Thursday, November 01, 2001


anak...

aku jarang posting entry yg 'personal personal thing' kat blog aku nih.. aku lebih suka citer 'general general thing', tapi selalunya related ngan diri aku jugak.. tapi kali ni aku nak citer pasal anak aku...

anak aku yg no. 1, umur dia dah 3th 7 bln. yg no. 2, baru nak masuk 7 bulan (nice planning hah.. heheh...). dua2 sihat walafiat, cuma yg kecik tu aje ada masalah kulit sikit.. 'eczema' ke hapa ntah. dah pegi specialist 2 kali (kopak ratus-ratus...), tapi tak elok2 gak. doktor kata tu memang penyakit genetik dan mungkin berlarutan sampai ke besar.. tak kisahlah tu.. yg penting tubuh badan dia sihat.. cuma kurang hensem sikit aje dari bapak dia.. heheh...

yg kakak nama Nurul Hafizah bte ??. kenapa pilih nama tuh?.. masa wife aku pregnant dia nak sangat anak lelaki dan dah siap pilih nama lagik.. Muhammad Hafiz kononnya.. bila scan rupa2nya pempuan.. terpaksa carik nama lain.. dia nak pilih nama 'Batrisyia'.. aku sangat2 tak setuju, bangkang 100%.. aku takut nanti org panggil anak aku 'bateri national ke, bateri energizer ke hapa..'.. tak sesuai langsung.. satu hal plak lagi kalau anak aku jadi 'rendah diri'('introvert' kot?..) ke hapa dek gelaran tuh.. dah t'paksa pulak aku jadi pakar psikologi tak bertauliah nak memulihkan 'kendiri' dia.. so, aku pun pilih nama Nurul Hafizah.. modified dari nama Muhammad Hafiz tuh.. dua-dua puas hati.. win-win situation (aku bukan diktator.. okey...). tapi kitorang tak panggil dia ngan nama tuh pun. memula dulu panggil 'pijah', tapi ada plak yg pandai2 panggil dia 'pizza hut'.. sekarang kitorang panggil dia 'memel' (sebut may-mail). singkatan dari 'comel'.. ye.. macam bapak dia jugak.. hahaha.. tuihhh...

w/pun dia dah agak 'besar', dah boleh faham apa kita cakap, dah boleh mintak tolong sikit2, tapi aku tak pernah ajar dia m'baca, menulis dan mengira secara serius lagi (aku dengar ramai org sekarang hantar anak ke kindergarten dalam umur2 camni..). adalah aku belikan huruf2 yg kena susun dalam blok2 tuh, tapi aku tak pernah ajar dia ini huruf apa, itu huruf apa.. tapi dia boleh susun huruf tu dgn betul sampai habis (aku rasa dia pakai hentam tengok bentuk huruf2 tu aje dan kaler2 kat blok tu..). aku pernah belikan buku yg macam mana nak tulis huruf2 satu persatu tuh, tapi aku tak pernah ajar pun, dan akhirnya buku tuh jadi tempat dia menconteng dgn kaler pensil dan akhirnya jadi koyak rabak.. aku tak tau sama ada tindakan aku tak 'mengajar' dia ni betul ke tidak. tapi yg pastinya aku ingat dulu masa aku kecik2, aku mula belajar semua benda tuh masa aku dah masuk tadika, umur aku 6 tahun. sebelum tuh aku sibuk dgn 'dunia kanak2' aku aje...

sebenarnya aku tak nak meng'spoilt'kan 'zaman kanak2' anak aku. aku tak nak dia dibebankan dgn benda2 yg 'berat2', yg tak sepatutnya dalam umur yg masih begitu muda.. bukan aku tak nak anak aku jadi 'genius' macam budak2 sekarang nih (dan macam bapak dia jugak.. heheh...), tapi aku tak mau dia rasa terbeban dgn 'high expectation' mak bapaknya. takut dia jadi 'stress'. wife aku citer, ada anak murid dia (form 1, pempuan).. ngadu kat dia, mak dia suruh belajar 'siang malam' sampai tak cukup rehat dibuatnya budak tu. dahlah gitu nak bersosial ngan kawan2 sebaya pun tak boleh kecuali masa kat sekolah. dia kata pagi pegi tuition, malam lepas makan kena study lagi sampai 11pm, baru boleh tidur. kerja sekolah pun terpaksa buat masa kat sekolah aje, kat rumah kena study, bukan utk buat kerja rumah kata emaknya. weekend plak kena belajar piano ke hapa ntah. kesiannya budak tuh, sampai dia ngadu kat wife aku dia nak 'bunuh diri'.. ye.. aku tak tipu.. (wife aku memang agak motherly sikit ngan budak2.. sbb tu budak2 suka ngadu kat dia..). sampaikan macam tu sekali... apalah nak jadi mak bapak sekarang ni (mak dia ex-laywer dan nak train anak dia jadi lawyer gak kononnya..). ada satu hari tu budak tu pengsan dalam kelas. ye.. dia pengsan, tak tau apa sebabnya, terpaksa panggil mak bapaknya datang sekolah. bebudak kelas dia buat lawak, depa kata budak pempuan tu ".. forgot to breath...". ada-ada aje depa ni..

lagi satu sbb kenapa aku tak nak ajar anak aku terlalu awal ialah kalau tak silap aku, bebudak sekarang darjah 1 sampai darjah 3 pun masih belajar ABC, 123 lagi.. (aku tak sure, kalau salah tolong betulkan..). dahlah sekolah tadika depa belajar benda tu semua. masuk sekolah rendah pun masih belajar benda yg sama, tak ke boring nanti bebudak tu dibuatnya (zaman sekarang dah ada sistem 'kelas lompat' tu kan? lompat dari darjah 2 terus masuk darjah 4 tak silap aku..). tu yg buat budak2 jadi boring pegi sekolah, tu yg sampai bebudak boleh buat 'perlakuan seksual' dalam kelas tuh.. budak darjah 4 tak silap aku.. eiii.. memacam bebudak sekarang ni.. naik ngeri aku mendengarnya..

zaman dulu mak bapak hantar anak gi sekolah, lepas tu.. hah.. pepandai ngkolah. kalau cikgu ngajar elok sikit, haa eloklah jadinya. kalau cikgu ajar lebih kurang, takat pandai membaca, menulis, mengira tu pun dah cukup baik dah tu. takde tuition tuition, takde 'summer camp' ke hapa kejadah ntah, tak payah nak study group study group. paling canggih pun adalah 'kelas malam' sebulan dua sblm tiba periksa besar2 macam PMR, SRP, SPM ke.. (aku dulu camtulah.. org lain aku tak tau...). tapi hasilnya aku rasa taklah seburuk macam masalah sosial yg melanda budak2 sekolah sekarang nih..

mungkin faktor persekitaran dan suasana keliling dgn pembangunan yg pesat telah merobah corak pemikiran anak2 zaman sekarang. yelah.. dulu mana ada banyak shopping kompleks utk tempat melepak. dulu mana ada pusat video games tempat belajar jadi 'brutal'. dulu mana ada cyber cafe (baca : internet) tempat mencari 'ilmu-ilmu' yg takde dalam buku. dulu mana ada vcd yg jual tepi2 jalan macam jual ayam kat pasar. dulu mana ada banyak pusat2 hiburan (baca : disko @ karaoke) yg bukak sampai 4,5 pagi utk org berhibur. dulu mana ada Astro yg membawa bersamanya budaya2 'hedonistik' yg memualkan. dulu mana ada pusat 'mandi buih sabun' macam dekat tempat aku keje nih.. kata orang pembangunan juga membawa bersamanya gejala2 negatif kan. betul gak tu.. pisau gunanya utk memotong benda, tapi boleh jugak guna utk bunuh org, tikam org, ugut org.. takde benda yg perfect dalam dunia ni kan.. terpulang pada kita utk 'mengguna'nya dgn betul..

aku rasa mungkin sistem pendidikan kita sekarang pun ada menyumbang kepada masalah ni. sistem sekarang aku rasa terlalu 'exam oriented' sampai budak2/mak bapak pun jadi stress. kalau boleh semua budak kena dapat pangkat 1 dalam peperiksaan SPM depa, hingga mengabaikan perkembangan sosial, rohani dan jasmani budak2 sekarang. yg depa ingat periksa, periksa, periksa... tu belum cerita pasal perkembangan mental budak2 lagi...

sistem sekarang ajar 1+1=2. kalau jawap selain tu dari gerenti salah, takde salah melainkan salah semata2. sebenarnya kalau ikutkan secara lebih 'global', 1+1 tak semestinya 2. boleh jadi 3, boleh jadi 4, boleh jadi 5 dan sebagainya. contoh yg paling mudah dan yg aku terfikir camni :-

secara lazimnya memanglah 1+1=2. tapi kalau kalau 1 org lelaki + 1 org pempuan, tentulah hasilnya jadi 3 kan? (kalau tak mandullah..). mungkin jugak jadi 4, kalau anak kembar 2. mungkin jugak jadi 5, kalau anak kembar 3. mungkin jugak jadi 100 kalau anak kembar 98.. (fuyyooo.. banyaknya.. ada ke org camni.. ingat anak tikus apa.. ). camtulah jugak contohnya 5+5=10. memanglah secara lazimnya 10 hasil dari 5+5. tapi.. 1+9 juga 10, 2+8 jugak 10, 3+7 jugak 10, 4+6 jugak 10. kan???..

tapi benda tu semua cikgu tak ajar kat sekolah kan?.. (mungkin tak boleh kot.. takut bebudak konfius agaknya..). yg depa ajar macam aku cakap tadilah.. 1+1=2, 5+5=10. hasilnya dapatlah manusia yg berfikiran 'kaku', yg hanya ada satu jawapan utk setiap persoalan. seterusnya itulah yg di'apply'kan dalam hidup.. bila tak dapat 'jawapan yg satu' tu, mulalah depa jadi tension konon.. nak bunuh dirilah, nak terjun bangunanlah, nak langgar bangunanlah (ada ke..?..).

apa yg aku nak citer tadi sebenarnya ialah sistem pendidikan kita terlalu 'rigid', terlalu 'skema' hingga membantutkan perkembangan pemikiran kreatif, analitikal dan kritikal otak mereka. aku lebih suka sistem pendidikan kat US yg lebih terbuka. (ikut apa yg aku tengok kat tvlah.. aku pun bukan pernah gi sana..). sistem pendidikan depa bukan sahaja boleh menghasilkan manusia yg berfikiran luas, tapi juga berfikiran lebih kritikal. 'Dead Poet Society' adalah contoh movie yg mungkin dapat menjelaskan hal ini dgn lebih tepat... (aku rasa mungkin jugak strategi kerajaan kita sekarang ialah utk menghasilkan 'yesman' shj supaya rakyat tak akan mempersoalkan segala tindakan mereka..).

aku rasa dalam falsafah pendidikan negara bukan itu matlamat sebenarnya (aku ada baca sikitlah masa wife aku dok maktab dulu..). tak silap aku antaranya utk manghasilkan insan 'kamil', yg matang dari segi fizikal, mental dan rohaninya (aku tak ingat sangat dah sbb banyak dan panjang sangat..). entahlah.. aku m'bebel banyak2 bukan ada faedah pun.. aku bukan boleh mengubah 'dasar2 negara' dgn bebelan aku nih.. ibarat 'seluang menodak baung' kata Shahnon Ahmad.. tapi mungkin boleh menjadi sesuatu yg boleh difikirkan kepada korang yg baca blog aku ni..

pehhh... punyalah jauh aku melalut hari nih... sampai citer anak aku pun dah hilang... takpelah.. mungkin lain kali aku sambung plak.. (moralnya, jangan percaya 'tajuk' posting aku kat atas tuh.. itu cuma 'gimmick' aje dan mungkin juga 'pembuka idea' aku aje utk terus menulis.. hahaha...).

just for yr info.. anak no. 2 aku lelaki, nama dia Muhammad Ariff, kenapa pilih nama tuh? sbb aku nak dia jadi 'Yang Ariff Tuan Hakim Muhammad Ariff". aku nak dia jadi hakim 'yg relevan' utk menggantikan hakim yg selalu 'tak relevan' tuh..

[komen/respon]


0 Comments:

Post a Comment

<< Home