Sunday, November 25, 2001


Julia...

dua hari lepas, spt biasa di bulan puasa ni.. aku 'tertidur' awal.. heheh.. bila terjaga, aku tengok jam dah 12 tgh mlm. aku bangun dan dalam perjalanan ke dapur aku 'on'kan tv.. kebetulan NTV7 tengah siarkan rancangan 'Late Night with David Letterman' dgn tetamu jemputannya julia roberts.. JULIA ROBERTS???.. terus aku terpaku depan tv dalam keadaan separuh sedar tapi mata dibukak besar-besar.. dia sedang mempromosikan filem barunya.. 'ocean's eleven'.. lakonan bersama george clooney, brad pitt (poad.. jgn perasan..), matt damon dan andy garcia.. macam best aje.. try search the net..

aku memang minat dgn lakonan julia roberts.. w/pun dia taklah secantik mana (cantik ke??..), tapi lakonannya punya karisma yg tersendiri utk aku terus mengikuti filem2nya hingga ke akhir cerita.. kalau nak dibandingkan dgn celebriti negara kita, aku rasa dia ni macam wan zaleha radzi.. sampai sekarang pun org masih sebut dan ingat dia sbg pengacara majalah 3 yg berwibawa.. kira legendalah tu..

filem pertama julia roberts yg aku tengok ialah 'pretty women'.. woohooo.. tak payah ulas pjg2lah semua org dah tau kehebatan filem tersebut.. org kata citer tu macam 'cinderella moden' sbb tu lah aku tak jemu2 tengok citer ni w/pun berulangkali..

w/pun citer2 lain lakonan dia aku tak berapa minat sangat (sbb dah hilang sentuhan magic dia spt dalam 'pretty women' tu..), tapi 'my best friend's wedding' adalah antara citer dia yg aku suka.. satu lagi aku minat 'gelak' dia yg jadi macam 'trademark' utk setiap filem lakonannya.. dan masa jadi jemputan David Letterman tu pun dia gelak camtu sebanyak 3 kali.. (heheh.. siap kira lagi..).

"oh spyz.. ko kata ko suka tengok citer serius.. tapi kenapa tengok citer cintan cintun macam tu??.." heheh..

aku pun tak tau nak kategorikan aku minat filem macam mana.. sbb filem dokumentari pun aku minat gak.. especially national geographic dan yg sewaktu dgnnya.. basically aku minat citer yg based on a true story, aku suka period movie yg menceritakan kisah sebenar di zaman tersebut ataupun kisah separuh benar.. org panggil epic movie kot.. aku kurang arif ttg istilah2 ni.. aku juga minat filem biography org2 terkenal.. cerita mafia/mobster adalah antara pilihan utama aku.. love story juga antara koleksi VCD aku yg terbanyak.. separuhnya aku tengok kat wayang, lepas tu beli VCDnya.. tapi banyak jugak yg tak dapat nak beli sbb filem dah lama dan susah nak cari..

senang citer, aku listkanlah antara koleksi VCD aku kat sini (ini sebhg shj sbb ada yg org pinjam lepas tu, buat harta.. kesian aku.. ). aku pun dah lama tak beli VCD sbb sejak dah ada anak 2 nih, masa makin kurang utk tengok citer2 ni semua.. kalo tengok pun tak dapat nak concentrate.. sekarang ni pun ada 3,4 VCD baru yg aku dah beli tapi tak sempat tengok lagi.. citer dia dah basi pun..

love story..

1. pretty women. julia roberts & richard gere. citer 'mesti tonton' utk org yg tengah bercinta.. heheh..

2. my best friend's wedding. julia roberts, cameron diaz & dermot mulroney. baru semalam aku mengulang tengok citer nih..

3. runaway bride. julia roberts & richard gere sekali lagi. kononnya 'pretty women 2'.. tapi hampehh.. tak best..

4. french kiss. billy crystal & debra winger. best.. aku memang minat lakonan billy crystal.. lawak giler.. aku suka betul bila dia jadi host 'academy awards'.. kreatif..

5. titanic. ni semua org ada jugak kot..

6. the bodyguard. whitney houstan & kevin constner. lakonan whitney.. hampehh.. tapi lagu2 best.. i will always love u.. sampai mat salleh hantar org gi kubur pun pasang lagu ni..

7. sleepless in seattle. tom hanks & mag ryan. best.. best.. nak2 masa ending dia jumpa kat empire tower tu.. ada sikit persamaan ngan 'love affair'.. akan tau sbbnya kalau baca kat net..

8. intersection. richard gere & sharon stone. baru 1,2 bulan lepas tayang kat tv..

9. sommersby. richard gere & jodie foster.. period movie zaman amerika masih dlm perang saudara.. aku beli videonya lepas baca artikel T. Elisa yg aku posting beberapa hari lalu..

10. indecent proposal. robert redford & demi moore.. kurang sesuai dgn budaya/agama kita.. ada ke dia bagi sorang millionaire 'sewa' bini dia dgn bayaran 1 juta utk 1 malam.. tapi moral of the story best.. money can buy people.. but not her/his heart..

11. 4 weddings and a funeral. hugh grant & andie macdowell. best.. best.. lawak giler.. aku tengok wayang, lepas tu beli VCD lagi..

12. notting hill. julia roberts & hugh grant. sekali lagi cuba nak mengulang '4 weddings and a funeral'.. hampehh.. tak banyak citer love story yg 'menjadi' kalau disambung.. kecuali 'sembilu'.. hahaha.. *tuih*.. bandingkan mentaliti penonton kita ngan depa..


kalo korang perasan.. citer love story mat saleh.. mesti ada selit dgn lagu2 klasik popular dari penyanyi2 lama.. tu yg jadikan ianya lebih romantik dan aku suka..

mafia/mobster..

1. the godfather. the first one. marlon brando & robert de niro, menang academy award tahun 70an. a very slow movie, tapi kalau nak faham camne keluarga mafia terbentuk.. tengoklah citer ni.. (org kata, godfather 2 & 3 tak best, so, aku tak beli..). aku minat robert de niro sama macam aku minat al pacino.. sangat berkarisma dgn watak2 mafianya..

2. bonano. pun sama.. panjang, 3 VCD.. based on a true story on bonano family, keluara mafia..

3. once upon a time in america. best.. tapi pjg sampai 4 VCD. lakonan robert de niro, james wood, joe pesci dll. pernah tayang kat tv sampai terpaksa buat 3 series sbb pjg sangat.. tapi best..

4. godfellas. robert de niro, joe pesci & ray liotta. arahan martin scorsese. brutal gile.. terutamanya joe pesci tu..

5. the untouchables. kevin costner, robert de niro, sean connery. based on a true story. pasal ke'mafia'an si al capone yg terkenal tu..


lain2 kategori..

1. I love trouble. julia roberts & nick nolte. citer penyiasatan ala James Bond.. biasa aje..

2. basic instinct. sharon stone.. ehmm.. erkkk.. no komen.. hehe...

3. platoon. charlie sheen. arahan Oliver Stone. org kata inilah antara citer perang vietnam yg paling dekat to the reality.. semua citer oliver stone memang best termasuk 'natural born killers' yg brutal tu..

4. heaven & earth. tommy lee jones. arahan oliver stone dan citer perang vietnam jugak. love story antara bekas askar america ngan pempuan vietnam..

5. born on 4th of july. tom cruise. pun sama, oliver stone dan citer perang vietnam.. tapi lebih kepada trauma bekas tentera pasca lepas perang..

6. forrest gump. tom hanks.. aku minat gila citer ni.. macam baca buku sejarah amerika dari perspektif seorg rakyat biasa yg sangat 'jujur/lurus bendul'..

7. american beauty. kevin spacey & annette bening. camnelah citer 'kotor' camni boleh menang 'academy awards'..

8. devils advocate. al pacino & keanu reeves. aku memang minat semua lakonan al pacino.. very charismatic.. skrip citer yg dia berlakon mesti guna ayat2 yg best dan very powerful words..

9. scent of a women. al pacino & chris o'donnell. pun sama.. aku rasa kalau al pacino ni ngurat awek melayu, mesti 'cair' sampai lembik lutut dengar ayat2 dia yg power.. tapi ini bukan love story..

10. gandhi. tak yah citerlah, semua org dah tau.. citer ni jugak cipta guinness record. ada satu scene.. tayang cuma beberapa saat aje, tapi amik masa lama nak buat sbb 'pelakon'nya terlampau ramai. tak silap aku masa perarakan bawak mayat gandhi utk dibakar..

11. JFK (John F Kennedy). lakonan mantap kevin costner. arahan Oliver Stone. satu filem yg boleh memahamkan aku apa itu 'teori konspirasi' yg sebenarnya..

12. tombstone. lakonan sapa tak ingat. tapi citer ni sama ngan 'wyatt earp' lakonan kevin costner.. based on a true story si wyatt earp dan adik beradiknya iaitu police marshall zaman koboi..

13. unforgiven. clint eastwood, gene hackman, morgan freeman & richard harris. citer koboi gak..
satu lagi citer koboi clint eastwood yg best 'money, ???, & apa benda ntah', pjg sangat tajuknya.. tapi aku tak tengok lagi.. heheh..

14. dances with wolves. kevin costner. epic movie. menang 7 oscar pada 1990 juga menang 'best picture'.. kisah askar amerika jatuh cinta ngan awek red indian masa 'perang saudara' di amerika dulu..

15. braveheart. mel gibson. epic movie jugak.. mesti tonton.. boleh faham camne sejarah scotland, ireland dan england perang zaman dulu2..

16. the english patient. ralph fiennes & juliette binoche. love story dan citer masa perang dunia kedua.. quite slow phase movie.. tapi interesting..

17. schindler's list. arahan tak lain tak bukan steven speilberg. tak boleh tayang kat malaysia sbb citer pasal yahudi yg cuba menyelamatkan kaumnya di zaman nazi..

18. psycho. tapi yg ni new version, bukan yg alfred hitchcock original version tu.. org kata yg tu lagi best. kecik2 dulu, aku suka baca citer penyiasatan alfred hitchcock (termasuk hardy's boys dan enid blyton), tapi versi melayulah.. maklumlah aku sekolah kampung.. cita2 pun kononnya nak jadi ahli penyiasat.. chehhh..

19. mrs doubtfire. robbin williams & sally field. saja mengisi masa lapang aku..

20. gremlin. citer ni mengingatkan aku masa ak sekolah kat JB dulu. ada ke lagi panggung REX ngan LIDO tu hah??..

21. mr bean. heheh.. semua 4 koleksi.. tak termasuk movie dan live show dia yg dirakamkan..


hindustan..

1. sangam. hahaha.. klasik gila.. tapi aku rasa filem ni setaraf ngan 'kuch kuch hota hai' masa zamannya dulu..

2. kuch kuch hota hai. semua dah tau.. satu2nya citer hindustan moden yg aku tengok berulang kali..

3. dil ser. antara filem hindustan yg agak lain dari citer hindustan biasa. org kata pengarah filem ni citer dia memang lain sikit.. dia jugak arahkan filem tamil.. nama dia mani ratnam tak silap aku..


(ada beberapa lagi citer hindustan lain yg aku beli tapi tak pernah habis tengok.. heheh..)

citer melayu..

1. sembilu. hahahaha.. serius.. aku ada beli.. tapi videolah.. dah berkulat pun.. masa tu VCD tak poplar lagi.. masa ni aku tengah 'hangat' di panah asmara cinta jiwang karat..

2. soal hati. org kata best.. aku pun belilah.. bolehlahh.. standard citer melayu.. tapi tak logik gila.. ada ke keje salesgirl pakai kereta canggih nak mampus.. ---> harap maaf, kenyataan ini ditarik balik.. kesilapan amat dikesali.. terima kasih kepada yg menegur..


dah tengok tapi takde VCD..

1. lawrence of arabia. peter o'toole & anthonny quinn. citer ni based on a true story.. kisah pahlawan sebuah negara islam, turki menentang penjajah inggeris.. very long movie..

2. walk in a cloud. keanu reeves & anthony quinn jugak. love story pasal askar yg baru balik perang jatuh cinta dgn anak tokey ladang anggur..

3. love affair. annette bening & warren beatty (husband & wife). ni citer yg dibuat semula. zaman hitam putih dulu pelakon lelakinya sangat poplar, cary grant. kisah depa nak jumpa di atas empire tower tapi tak kesampaian. dlm citer 'sleepless in seattle' pun ada mention pasal citer ni..

4. when harry met sally. billy crystal & mag ryan. hahaha.. aku minat betul citer ni, dah banyak kali tayang kat tv, tapi selalu terlepas nak tengok, dapat tengok sekerat2 aje.. hampeh betul..

5. shawsank redemption. tim robbins & morgan freeman.. pasal sorang pegawai bank yg dipenjarakan kemudian melarikan diri dari penjara dgn sebuah pahat/tukul kecik.. interesting movie about 'hope'.. "fear can hold you prisoner, hope can set you free.."

6. sleepers. antara pelakonnya al pacino & kevin bacon. pasal 4 budak yg dipenjarakan dan diseksa kemdian balas dendam pada warden2 tersebut.. kontrovesi sbb katanya citer ni based on a true story tapi takde sumber yg boleh mengesahkannya.. ada novel dgn tajuk yg sama..

7. time to kill. samuel l jackson (aku selalu konfius antara dia dgn morgan freeman..) kisah perkauman dan court battle. citer pasal anak dia yg dirogol kemdian dia dibicarakan sbb bunuh/tembak perogol anaknya. pernah tayang kat tv.. pun ada novel jugak..

8. up, close and personal. robert redfort & michelle pfeiffer. love story dan kisah dunia kewartawanan..

9. message in a bottle. kevin costner & robin wright penn. best.. kisah sorang wartawan yg jumpa botol kat tepi pantai yg ada love message di dalamnya. dia pi carik penulis message tu dan jatuh cinta..

10. you've got mail. tom hanks & meg ryan. heheh.. ni cinta zaman internet.. takde ke citer melayu ada idea nak buat citer camni??.. simple yet interesting..

11. philadelphia. tom hanks & denzel washington. seorang peguam dipecat dari syarikat guaman yg besar sbb ada AIDS. dia terpaksa cari peguam lain utk sue balik.. lagu best oleh bruce springsteen.. tak ingat tajuk..

12. cast away. tom hanks & helen hunt.. erk.. aku rasa 'si william the volleyball' lagi banyak scene dari helen hunt.. heheh.. pengantar courier yg kapal terbangnya jatuh di laut dan dan hidup sorang2 di sebuah pulau selama berapa tahun ntah. aku harap filem ni bolehkan tom hanks menang best actor buat kali ke 3 lepas 'philadelphia' & 'forrest gump'. tapi kalah ngan 'gladiator'.. chehhh.. aku peminat tom hanks jugak.. lagi pun aku tak pernah tengok 'gladiator'.. heheh..

13. while you were sleeping. peter gallagher & sandra bullock. sorang awek tukang jual token subway train suka kat sorang lelaki yg dia jumpa tiap2 hari.. lepas tu mamat tu accident (koma), dia tolong.. dan seterusnya.. maleh nak citer pepanjang..


selain citer di atas ada lagi citer2 lain jenis picisan & takde grade termasuk action movie yg popular.. tapi tak banyaklah sbb aku tak minat sangat citer yg sekali tengok dah faham keseluruhan citer dan tak best utk diulang2 tengok ni..

semua citer di atas dalam bentuk VCD atau video (tapi dah berkulat) yg dibeli dgn rasa tak berdosanya di petaling street dan kawasan yg sewaktu dgnnya. dgn erti kata lain.. semuanya cetak rompak. rugi beli yg original.. mahal.. bukan boleh bawak mati pun. dosa ke beli barang cetak rompak ni haa??.. org kata macam 'mencuri'..

kalau korang perasan jugak.. kebanyakan koleksi VCD aku ialah citer2 yg pernah menang oscar di academy awards, sekurang2nya pun masuk pencalonan akhir.. sebenarnya mula2 dulu, aku cuba nak buat koleksi semua filem yg pernah menang 'filem terbaik' academy awards.. tapi terhalang atas2 faktor2 duit dan masa (nak cari kekadang susah, terutamanya citer yg dah lama2..). lagipun.. aku bukanlah fanatik filem sangat.. sekadar minat aje..

[Sign Gesbuk]

p/s oleh kerana entry aku hari ni agak panjang, so.. korang jangan harap sangatlah aku akan update lagi dgn segera.. heheh.. alasan.. alasan.. padahal pemaleh.. camnepun aku bagi tajuk dulu utk entry akan datang.. 'kuih raya..'..


0 Comments:

Post a Comment

<< Home