Friday, November 09, 2001


sehari yg penat...

3 hari aku tak update. bukan malas, tapi penat. bukan takde cerita, banyak.. tapi tak larat nak menyusun ayat menjadi bait-bait kata yang indah untuk dipersembahkan kepadamu. chewahh... jiwang plak.. rasa macam zaman bercinta.. hahaha...

hari rabu (7/11/2001) hari tu aku cuti sebenarnya. bukan nak cuti sangat pun (aku suka gi kerja.. mesti boss aku suka kan??..). aku cuti sbb nak menghantar wife aku pegi temuduga pengesahan jawatan kat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. pelik jugak org gomen ni, org sektor swasta 3 atau 6 bulan dah confirmed dah. depa dekat 1 tahun baru nak gi interview...

aku tak pernah pegi putrajaya. serius nih.. aku rasa org yg dok luar KL lagi ramai yg pernah pegi Putrajaya dari org KL sendiri. biasalah tu kan.. bila benda tu dekat dan senang nak pegi, kita biasanya tangguh2kan.. bukan tak nak pegi, tapi.. " alah.. besok besok boleh pegi.. bukan jauh sangat, tak larinya Putrajaya tuh.. ". camtulah yg aku rasa, org lain aku tak tau. dan jangan heran jugak.. Menara KL tu pun aku tak pernah pegi.. hahaha.. member aku dari JB datang KL, dah 2 kali dipanjatnya.. maksud aku naik lif dialah..

biasanya bila nak pegi tempat yg aku tak pernah pegi, aku akan survey dulu jalan ke tempat tuh.. memang dah jadi habit aku camtuh. bukannya apa.. aku tak suka 'sesat'. pada aku sesat ni satu benda yg membuang masa, tenaga dan emosi aku amat tak stabil bila sesat.. dgn perkataan lain.. aku cepat naik angin.. aku lebih rela pegi survey dulu w/pun jauh daripada aku tersesat di kemudian hari.. TAPI.. kali ni aku tak pegi survey macam biasa.. sbbnya member aku yg pernah pegi sana kata, w/pun putrajaya tu luas tapi tak banyak building kat sana, lagipun jalan one-way dan luas, tempatnya pun lengang.. bukan macam KL.. berserabut.. so, aku pun percaya cakap dia...

oleh kerana interview tu start pukul 8pg, pukul 7 aku keluar dah. takut jalan jem, jauh dan paling phobia sekali.. 'sesat' (aku pegi naik motor, so, kalau sesat pun senang nak redah semacam..). dan seperti yg dijangka... jeng.. jeng.. jeng... *drum roll*





aku tak sesat.. yeaahoo.. ya beda bedu... yeehaaa... (bunyi macam koboi naik kuda..). betul macam member aku cakap tuh.. sebijik.. tambah2 lagi signboard jalan pun very clear dan banyak pak guard dan polis yg boleh tumpang tanya.. aku lega.. sampai pun agak awal.. 7.40 pagi. sementara wife aku gi interview, aku lepak kat kantin building tu.. sempat habis 2 gelas air dan sepinggan nasik lemak. lupa plak tadi nak beli paper, nasib baik aku bawak buku 'animal farm' yg tak habis2 lagi baca tuh.. baru chapter 3, lembapnya aku nih kan... hahaha... sambil tu aku tengok org gomen punya etika kerja. sampai keje pukul 7.55pg, atau mungkin lewat dari tuh sikit (member lain 'punch'kan kot..), lepak kat kantin, minum2 sambil borak2 cerita semasa, gossip2 sikit, kutuk boss sikit.. dekat pukul 10pg baru blah dari kantin.. tu pun tak tau pegi mana.. hahaha... bestnya keje gomen ni kan...

10.45pg baru wife aku habis interview, temankan dia breakfeast plak.. gembira sungguh dia w/pun tak dapat jawab beberapa soalan umum.. ada ke soalan 'SUKOM tu apa' dan 'CD-ROM tu apa' pun tak dapat jawab.. buat malu aje..

*kelekuk*
" adoiii... "
" ooo... kutuk2 saya kat jernel awak ye... "
*sengih*
" heheh... "
.

lepas tu kena sound dek interviewer tuh suruh baca dan langgan paper tetiap hari.. (ye.. di kata 'langgan', bukan beli kat kedai tetiap hari.. nanti lupa katanya..). yg dia gembira sangat tu bukannya apa, sbb jumpa 3,4 org geng masa kat maktab dulu.. tu yg seronok sangat tuh..

masa masih banyak lagi.. so, kitorang pun 'jalan jalan, cari makan...' ehhh.. tak.. jalan2 tengok putrajaya yg 'gah' sangat tuh.. memang pun.. landskap cantik, building pun nampak tersusun dan tak berapa tinggi sangat, kawasan luas, ada tasik, taman botani, ada 'mahligai', ada 'wetland' (kawasan tanah paya yg diubahsuai fungsinya dgn teknologi terkini utk menapis air (secara semulajadi) yg masuk ke tasik utama supaya air tu bersih dan jernih..) dan macam2 lagilah.. kena pegi sendiri kalau nak tau.. (wife aku kira tiang lampu jalan kat putrajaya ada 5 jenis design yg takde kat tempat lain.. hahaha...). tapi kitorang sempat naik menara tinggi kat wetland tu aje, sbb hari dah tengah hari.. panas... malangnya, menara tuh tak berada pada lokasi yg betul2 strategik sbb cuma nampak kawasan wetland tu aje. banyak bangunan dan pemandangan lain yg terlindung. tak silap aku ada satu lagi bukit yg boleh nampak semua kawasan putrajaya tuh, tapi aku tak jumpa jalan nak naik ke atas bukit tuh..

hari panas, kitorang blah dari situ pukul 11.30 tgh. tak balik rumah terus, tapi gi jumpa geng lama wife aku kat UPM, dia dah jadi tutor kat situ. ingat hajat hati nak jugak aku jumpa Rudy, tapi aku tak tau no. phone dan ofis dia kat mana, lagipun member wife aku ajak gi lunch kat The Mines. so, hari ni aku breakfeast kat Putrajaya, lunch kat The Mines.. dinner tak tau lagi.. mungkin Paris, New York, London.. hahaha...

lepas tu kitorang ronda2 jap kat The Mines tuh, lama dah tak gi sini.. masa bercinta dulu selalu gak kitorang lepak kat sini sbb masa bujang dulu kitorang duduk kat Sri Serdang. banyak jugak perubahan dah berlaku, tapi yg wife aku perasan cuma satu.. kedai Habib Jewels kat situ dah takde.. eiii.. org pempuan ni.. benda camtu nampak aje... lepas tu dia singgah kat 'World Of Cartoon' (WOC) carik baju si kecik kejap, aku malas nak tunggu.. aku pusing2 singgah kedai IT kat situ kejap.. bila aku pegi WOC tu semula, tengok2 dia dah takde.. alamak.. mana pulak peginya nih.. puas aku tawaf The Mines tuh... last sekali jumpa depan kedai baju.. ada citer best katanya sambil sengih2 kat aku.. rupa2nya masa dia carik baju si kecik tadi tuh, dia tengok sekejap aje, sbb mahal katanya.. lepas tu dia carik aku.. rupa2nya ada sorang mamat sudah follow dia.. wife aku sudah suspen.. dia masuk kat kedai adidas kat situ.. mamat tu pun sama.. lepas tu mamat tu tanya "..bla.. bla.. bla.. boleh berkenalan... bla.. bla.. bla.. sapa nama... etc.. ". masa wife aku citer kat aku.. aku gelakkan dia 'gila babas'.. sampai senak perut aku.. cehhh.. ada ke wife aku nak dinguratnya.. aku kata kat wife aku, " sebenarnya mamat tu rabun, lepas tu lupa pulak nak pakai spek, sbb tu dia nak ngurat awak..." ..hahaha.. (gelak jeles sebenarnya sbb takde org nak ngurat aku.. heheh.. ). nak suruh mamat tu blah wife aku kata ".. saya dah ada suamilah...". punyalah gelabah wife aku, sampai ke situ pulak jawapnya.. lagi sekali aku gelakkan dia.. hahaha... " apa.. ingat kalau org ngurat tu, semua nak ajak kawin ke..." .. hahaha... yg mamat ni pun satu.. ngurat stail 'kampungan' gila, macam budak sekolah, tak ada kelas langsung.. kebetulan masa aku jumpa wife aku kat depan kedai baju tuh, ada sorang mamat jalan depan aku dgn laju.. ohhh.. mamat tulah wife aku kata.. patut pun.. muka 'pervert' semacam ajek.. lepas tu kitorang singgah plak kat Reject Shop beli baju si kecik dua org tuh...

tengok jam dah pukul 2 ptg.. kitorang pun blah ke Midvalley plak sbb nak tengok 'Kaki Bakar' kat GSC.. nasib baik sempat.. wife aku dah sound awal2.. kalau dia tertidur jangan kejut dia.. rupa2nya bukan dia aje yg nak tertidur, aku pun sama.. heheh.. mungkin dah terlampau penat agaknya jalan ke sana ke sini.. lagipun citer tu agak 'berat'.. tak larat nak fikir dah.. aku malas nak citer pepanjang pasal 'Kaki Bakar' nih.. kesimpulan aku yg paling mudah.. citer dia macam the first Rambo.. seorg bekas tentera yg sangat berjaya dalam kerjayanya, lepas tu, balik negeri dia tapi langsung takde org nak 'appreciate' kerja/sumbangan dia.. sbb tu dia 'mengamuk'.. sikit2 nak bakar, sikit nak bakar.. macam Rambo jugak.. bezanya si Kakang ni ialah bekas pejuang yg menentang Belanda kat Indonesia dulu (sbb tu dialog dan lagu citer ni berunsur 'jawa'..). berhijrah ke Malaysia tapi hidup melarat aje sbb takde kerja tetap... banyak lagi unsur2 'kemanusiaan' dlm citer tuh.. tapi aku malas nak ulas.. tengok sendiri.. nilai sendiri.. (sebenarnya aku pun kurang jelas mesej citer tuh sbb tengok dalam keadaan 'separuh sedar'.. penat campur mengantuk.. mungkin kena tengok sekali lagi.. tengok VCDlah pulak... ).

habis wayang, ronda2 sat kat Midvalley tuh.. belikan mainan anak aku kat Jaya Jusco. hari tu dia merengek sangat nak main benda plastik macam 'Lego' tuh.. tapi aku tak beli Legolah.. mahal sangat.. beli yg murah aje.. janji ada. cuba cari 'flash card' huruf2 yg macam Kak P-Nut suggest tuh.. takde plak.. mungkin ada, aku yg tak jumpa agaknya.. berjalan pun kaki dah 'merewang' semacam.. silap2 langgar semut pun boleh tergolek aku agaknya...

balik rumah mandi2, solat, baring2... zzzzzzZZZZZZZZZZ... sedar2 dah pukul 11.30 mlm. bangun makan malam sat.. (oh ye... jadinya aku tak dinner kat Paris, New York atau London tuh...). check jernel dan gesbuk aku, respon mana yg patut... zzzzZZZZZZZZ...

[komen/respon]
* setiap komen/respon anda akan menerima maklumbalas dari Spyz. sila check semula komen/respon anda selepas beberapa jam/hari/minggu... (ikut kelapangan masa Spyz.. ). terima kasih *


0 Comments:

Post a Comment

<< Home