Friday, November 30, 2001


kuih raya sindrom...

erkkk.. oklah.. oklah.. nampaknya ramai yg marah2 aku sbb lama tak update. kan aku dah bagi disclaimer hari tu.. heheh..

so, hari ni dgn berbesar hati aku updatelah w/pun bukan dari idea aku sendiri. dosa 'ek kalo kecewakan hati orang nih.. yelah.. org datang dgn harapan ada citer baru.. nengok2 camtu jugak.. frust.. aku pun camtu jugak sebenarnya..

oklah.. this article aku pernah bagi kat wife aku masa kitorang tengah jiwang karat dulu.. sat aku check date kat kad ni.. haaa.. ada pun.. 28/10/95..

The Grapefruit Syndrome
by Lola B. Walters in The Ensign - aku ambik dr Reader's Digest

My husband and I had been married about two years - just long enough for me to realize that he was a normal man rather than a hero - when I read an article recommending that couples regularly discuss the habits they find annoying in each other. I talked to my husband about the idea, and he agreed to give it a try.

As I recall, we were to name five things we found irritating, and I started off. After more than fifty years, I remember only my first complaint: grapefruit. I told him that I didn't like the way he ate grapefruit. He peeled it and ate it like an orange. Could a woman be expected to spend a lifetime watching her husband eat a grapefruit like that?. Although I've forgotten them, I'm sure the rest of my complaints were similar.

After I finished, it was his turn. I still carry a mental image of his handsome young face as he gathered his brows together in a thoughtful, puzzled frown and the looked at me with his large, blue-gray eyes. "Well, to tell the truth," he said, "I can't think of anything I don't like about you, honey."

Tears ran down my face, I had found fault with him over such trivial things as the way he ate grapefruit, while he hadn't noticed any of my own annoying habits.

I wish I could say that this cured me of fault-finding. It didn't. But it did make me aware early in my marriage that husbands and wives need to keep in perspective the small differences in their habits and personalities. Whenever I hear of couples being incompatible, I always wonder if they are suffering from the Grapefruit Syndrome.

sorry if i'm not really understand u. i'm working on it everytime we quarrelled.

bergaduh bukan bermakna tak sayang, cuma 'clash of thinking' or 'difference in opinion'. use it to more understand each other.

all 'yes' and no 'no' make the world rigid and our lifes boring...

sign


heheh.. yg italic tu aku yg tulis..

[Sign Gesbuk]


Sunday, November 25, 2001


Julia...

dua hari lepas, spt biasa di bulan puasa ni.. aku 'tertidur' awal.. heheh.. bila terjaga, aku tengok jam dah 12 tgh mlm. aku bangun dan dalam perjalanan ke dapur aku 'on'kan tv.. kebetulan NTV7 tengah siarkan rancangan 'Late Night with David Letterman' dgn tetamu jemputannya julia roberts.. JULIA ROBERTS???.. terus aku terpaku depan tv dalam keadaan separuh sedar tapi mata dibukak besar-besar.. dia sedang mempromosikan filem barunya.. 'ocean's eleven'.. lakonan bersama george clooney, brad pitt (poad.. jgn perasan..), matt damon dan andy garcia.. macam best aje.. try search the net..

aku memang minat dgn lakonan julia roberts.. w/pun dia taklah secantik mana (cantik ke??..), tapi lakonannya punya karisma yg tersendiri utk aku terus mengikuti filem2nya hingga ke akhir cerita.. kalau nak dibandingkan dgn celebriti negara kita, aku rasa dia ni macam wan zaleha radzi.. sampai sekarang pun org masih sebut dan ingat dia sbg pengacara majalah 3 yg berwibawa.. kira legendalah tu..

filem pertama julia roberts yg aku tengok ialah 'pretty women'.. woohooo.. tak payah ulas pjg2lah semua org dah tau kehebatan filem tersebut.. org kata citer tu macam 'cinderella moden' sbb tu lah aku tak jemu2 tengok citer ni w/pun berulangkali..

w/pun citer2 lain lakonan dia aku tak berapa minat sangat (sbb dah hilang sentuhan magic dia spt dalam 'pretty women' tu..), tapi 'my best friend's wedding' adalah antara citer dia yg aku suka.. satu lagi aku minat 'gelak' dia yg jadi macam 'trademark' utk setiap filem lakonannya.. dan masa jadi jemputan David Letterman tu pun dia gelak camtu sebanyak 3 kali.. (heheh.. siap kira lagi..).

"oh spyz.. ko kata ko suka tengok citer serius.. tapi kenapa tengok citer cintan cintun macam tu??.." heheh..

aku pun tak tau nak kategorikan aku minat filem macam mana.. sbb filem dokumentari pun aku minat gak.. especially national geographic dan yg sewaktu dgnnya.. basically aku minat citer yg based on a true story, aku suka period movie yg menceritakan kisah sebenar di zaman tersebut ataupun kisah separuh benar.. org panggil epic movie kot.. aku kurang arif ttg istilah2 ni.. aku juga minat filem biography org2 terkenal.. cerita mafia/mobster adalah antara pilihan utama aku.. love story juga antara koleksi VCD aku yg terbanyak.. separuhnya aku tengok kat wayang, lepas tu beli VCDnya.. tapi banyak jugak yg tak dapat nak beli sbb filem dah lama dan susah nak cari..

senang citer, aku listkanlah antara koleksi VCD aku kat sini (ini sebhg shj sbb ada yg org pinjam lepas tu, buat harta.. kesian aku.. ). aku pun dah lama tak beli VCD sbb sejak dah ada anak 2 nih, masa makin kurang utk tengok citer2 ni semua.. kalo tengok pun tak dapat nak concentrate.. sekarang ni pun ada 3,4 VCD baru yg aku dah beli tapi tak sempat tengok lagi.. citer dia dah basi pun..

love story..

1. pretty women. julia roberts & richard gere. citer 'mesti tonton' utk org yg tengah bercinta.. heheh..

2. my best friend's wedding. julia roberts, cameron diaz & dermot mulroney. baru semalam aku mengulang tengok citer nih..

3. runaway bride. julia roberts & richard gere sekali lagi. kononnya 'pretty women 2'.. tapi hampehh.. tak best..

4. french kiss. billy crystal & debra winger. best.. aku memang minat lakonan billy crystal.. lawak giler.. aku suka betul bila dia jadi host 'academy awards'.. kreatif..

5. titanic. ni semua org ada jugak kot..

6. the bodyguard. whitney houstan & kevin constner. lakonan whitney.. hampehh.. tapi lagu2 best.. i will always love u.. sampai mat salleh hantar org gi kubur pun pasang lagu ni..

7. sleepless in seattle. tom hanks & mag ryan. best.. best.. nak2 masa ending dia jumpa kat empire tower tu.. ada sikit persamaan ngan 'love affair'.. akan tau sbbnya kalau baca kat net..

8. intersection. richard gere & sharon stone. baru 1,2 bulan lepas tayang kat tv..

9. sommersby. richard gere & jodie foster.. period movie zaman amerika masih dlm perang saudara.. aku beli videonya lepas baca artikel T. Elisa yg aku posting beberapa hari lalu..

10. indecent proposal. robert redford & demi moore.. kurang sesuai dgn budaya/agama kita.. ada ke dia bagi sorang millionaire 'sewa' bini dia dgn bayaran 1 juta utk 1 malam.. tapi moral of the story best.. money can buy people.. but not her/his heart..

11. 4 weddings and a funeral. hugh grant & andie macdowell. best.. best.. lawak giler.. aku tengok wayang, lepas tu beli VCD lagi..

12. notting hill. julia roberts & hugh grant. sekali lagi cuba nak mengulang '4 weddings and a funeral'.. hampehh.. tak banyak citer love story yg 'menjadi' kalau disambung.. kecuali 'sembilu'.. hahaha.. *tuih*.. bandingkan mentaliti penonton kita ngan depa..


kalo korang perasan.. citer love story mat saleh.. mesti ada selit dgn lagu2 klasik popular dari penyanyi2 lama.. tu yg jadikan ianya lebih romantik dan aku suka..

mafia/mobster..

1. the godfather. the first one. marlon brando & robert de niro, menang academy award tahun 70an. a very slow movie, tapi kalau nak faham camne keluarga mafia terbentuk.. tengoklah citer ni.. (org kata, godfather 2 & 3 tak best, so, aku tak beli..). aku minat robert de niro sama macam aku minat al pacino.. sangat berkarisma dgn watak2 mafianya..

2. bonano. pun sama.. panjang, 3 VCD.. based on a true story on bonano family, keluara mafia..

3. once upon a time in america. best.. tapi pjg sampai 4 VCD. lakonan robert de niro, james wood, joe pesci dll. pernah tayang kat tv sampai terpaksa buat 3 series sbb pjg sangat.. tapi best..

4. godfellas. robert de niro, joe pesci & ray liotta. arahan martin scorsese. brutal gile.. terutamanya joe pesci tu..

5. the untouchables. kevin costner, robert de niro, sean connery. based on a true story. pasal ke'mafia'an si al capone yg terkenal tu..


lain2 kategori..

1. I love trouble. julia roberts & nick nolte. citer penyiasatan ala James Bond.. biasa aje..

2. basic instinct. sharon stone.. ehmm.. erkkk.. no komen.. hehe...

3. platoon. charlie sheen. arahan Oliver Stone. org kata inilah antara citer perang vietnam yg paling dekat to the reality.. semua citer oliver stone memang best termasuk 'natural born killers' yg brutal tu..

4. heaven & earth. tommy lee jones. arahan oliver stone dan citer perang vietnam jugak. love story antara bekas askar america ngan pempuan vietnam..

5. born on 4th of july. tom cruise. pun sama, oliver stone dan citer perang vietnam.. tapi lebih kepada trauma bekas tentera pasca lepas perang..

6. forrest gump. tom hanks.. aku minat gila citer ni.. macam baca buku sejarah amerika dari perspektif seorg rakyat biasa yg sangat 'jujur/lurus bendul'..

7. american beauty. kevin spacey & annette bening. camnelah citer 'kotor' camni boleh menang 'academy awards'..

8. devils advocate. al pacino & keanu reeves. aku memang minat semua lakonan al pacino.. very charismatic.. skrip citer yg dia berlakon mesti guna ayat2 yg best dan very powerful words..

9. scent of a women. al pacino & chris o'donnell. pun sama.. aku rasa kalau al pacino ni ngurat awek melayu, mesti 'cair' sampai lembik lutut dengar ayat2 dia yg power.. tapi ini bukan love story..

10. gandhi. tak yah citerlah, semua org dah tau.. citer ni jugak cipta guinness record. ada satu scene.. tayang cuma beberapa saat aje, tapi amik masa lama nak buat sbb 'pelakon'nya terlampau ramai. tak silap aku masa perarakan bawak mayat gandhi utk dibakar..

11. JFK (John F Kennedy). lakonan mantap kevin costner. arahan Oliver Stone. satu filem yg boleh memahamkan aku apa itu 'teori konspirasi' yg sebenarnya..

12. tombstone. lakonan sapa tak ingat. tapi citer ni sama ngan 'wyatt earp' lakonan kevin costner.. based on a true story si wyatt earp dan adik beradiknya iaitu police marshall zaman koboi..

13. unforgiven. clint eastwood, gene hackman, morgan freeman & richard harris. citer koboi gak..
satu lagi citer koboi clint eastwood yg best 'money, ???, & apa benda ntah', pjg sangat tajuknya.. tapi aku tak tengok lagi.. heheh..

14. dances with wolves. kevin costner. epic movie. menang 7 oscar pada 1990 juga menang 'best picture'.. kisah askar amerika jatuh cinta ngan awek red indian masa 'perang saudara' di amerika dulu..

15. braveheart. mel gibson. epic movie jugak.. mesti tonton.. boleh faham camne sejarah scotland, ireland dan england perang zaman dulu2..

16. the english patient. ralph fiennes & juliette binoche. love story dan citer masa perang dunia kedua.. quite slow phase movie.. tapi interesting..

17. schindler's list. arahan tak lain tak bukan steven speilberg. tak boleh tayang kat malaysia sbb citer pasal yahudi yg cuba menyelamatkan kaumnya di zaman nazi..

18. psycho. tapi yg ni new version, bukan yg alfred hitchcock original version tu.. org kata yg tu lagi best. kecik2 dulu, aku suka baca citer penyiasatan alfred hitchcock (termasuk hardy's boys dan enid blyton), tapi versi melayulah.. maklumlah aku sekolah kampung.. cita2 pun kononnya nak jadi ahli penyiasat.. chehhh..

19. mrs doubtfire. robbin williams & sally field. saja mengisi masa lapang aku..

20. gremlin. citer ni mengingatkan aku masa ak sekolah kat JB dulu. ada ke lagi panggung REX ngan LIDO tu hah??..

21. mr bean. heheh.. semua 4 koleksi.. tak termasuk movie dan live show dia yg dirakamkan..


hindustan..

1. sangam. hahaha.. klasik gila.. tapi aku rasa filem ni setaraf ngan 'kuch kuch hota hai' masa zamannya dulu..

2. kuch kuch hota hai. semua dah tau.. satu2nya citer hindustan moden yg aku tengok berulang kali..

3. dil ser. antara filem hindustan yg agak lain dari citer hindustan biasa. org kata pengarah filem ni citer dia memang lain sikit.. dia jugak arahkan filem tamil.. nama dia mani ratnam tak silap aku..


(ada beberapa lagi citer hindustan lain yg aku beli tapi tak pernah habis tengok.. heheh..)

citer melayu..

1. sembilu. hahahaha.. serius.. aku ada beli.. tapi videolah.. dah berkulat pun.. masa tu VCD tak poplar lagi.. masa ni aku tengah 'hangat' di panah asmara cinta jiwang karat..

2. soal hati. org kata best.. aku pun belilah.. bolehlahh.. standard citer melayu.. tapi tak logik gila.. ada ke keje salesgirl pakai kereta canggih nak mampus.. ---> harap maaf, kenyataan ini ditarik balik.. kesilapan amat dikesali.. terima kasih kepada yg menegur..


dah tengok tapi takde VCD..

1. lawrence of arabia. peter o'toole & anthonny quinn. citer ni based on a true story.. kisah pahlawan sebuah negara islam, turki menentang penjajah inggeris.. very long movie..

2. walk in a cloud. keanu reeves & anthony quinn jugak. love story pasal askar yg baru balik perang jatuh cinta dgn anak tokey ladang anggur..

3. love affair. annette bening & warren beatty (husband & wife). ni citer yg dibuat semula. zaman hitam putih dulu pelakon lelakinya sangat poplar, cary grant. kisah depa nak jumpa di atas empire tower tapi tak kesampaian. dlm citer 'sleepless in seattle' pun ada mention pasal citer ni..

4. when harry met sally. billy crystal & mag ryan. hahaha.. aku minat betul citer ni, dah banyak kali tayang kat tv, tapi selalu terlepas nak tengok, dapat tengok sekerat2 aje.. hampeh betul..

5. shawsank redemption. tim robbins & morgan freeman.. pasal sorang pegawai bank yg dipenjarakan kemudian melarikan diri dari penjara dgn sebuah pahat/tukul kecik.. interesting movie about 'hope'.. "fear can hold you prisoner, hope can set you free.."

6. sleepers. antara pelakonnya al pacino & kevin bacon. pasal 4 budak yg dipenjarakan dan diseksa kemdian balas dendam pada warden2 tersebut.. kontrovesi sbb katanya citer ni based on a true story tapi takde sumber yg boleh mengesahkannya.. ada novel dgn tajuk yg sama..

7. time to kill. samuel l jackson (aku selalu konfius antara dia dgn morgan freeman..) kisah perkauman dan court battle. citer pasal anak dia yg dirogol kemdian dia dibicarakan sbb bunuh/tembak perogol anaknya. pernah tayang kat tv.. pun ada novel jugak..

8. up, close and personal. robert redfort & michelle pfeiffer. love story dan kisah dunia kewartawanan..

9. message in a bottle. kevin costner & robin wright penn. best.. kisah sorang wartawan yg jumpa botol kat tepi pantai yg ada love message di dalamnya. dia pi carik penulis message tu dan jatuh cinta..

10. you've got mail. tom hanks & meg ryan. heheh.. ni cinta zaman internet.. takde ke citer melayu ada idea nak buat citer camni??.. simple yet interesting..

11. philadelphia. tom hanks & denzel washington. seorang peguam dipecat dari syarikat guaman yg besar sbb ada AIDS. dia terpaksa cari peguam lain utk sue balik.. lagu best oleh bruce springsteen.. tak ingat tajuk..

12. cast away. tom hanks & helen hunt.. erk.. aku rasa 'si william the volleyball' lagi banyak scene dari helen hunt.. heheh.. pengantar courier yg kapal terbangnya jatuh di laut dan dan hidup sorang2 di sebuah pulau selama berapa tahun ntah. aku harap filem ni bolehkan tom hanks menang best actor buat kali ke 3 lepas 'philadelphia' & 'forrest gump'. tapi kalah ngan 'gladiator'.. chehhh.. aku peminat tom hanks jugak.. lagi pun aku tak pernah tengok 'gladiator'.. heheh..

13. while you were sleeping. peter gallagher & sandra bullock. sorang awek tukang jual token subway train suka kat sorang lelaki yg dia jumpa tiap2 hari.. lepas tu mamat tu accident (koma), dia tolong.. dan seterusnya.. maleh nak citer pepanjang..


selain citer di atas ada lagi citer2 lain jenis picisan & takde grade termasuk action movie yg popular.. tapi tak banyaklah sbb aku tak minat sangat citer yg sekali tengok dah faham keseluruhan citer dan tak best utk diulang2 tengok ni..

semua citer di atas dalam bentuk VCD atau video (tapi dah berkulat) yg dibeli dgn rasa tak berdosanya di petaling street dan kawasan yg sewaktu dgnnya. dgn erti kata lain.. semuanya cetak rompak. rugi beli yg original.. mahal.. bukan boleh bawak mati pun. dosa ke beli barang cetak rompak ni haa??.. org kata macam 'mencuri'..

kalau korang perasan jugak.. kebanyakan koleksi VCD aku ialah citer2 yg pernah menang oscar di academy awards, sekurang2nya pun masuk pencalonan akhir.. sebenarnya mula2 dulu, aku cuba nak buat koleksi semua filem yg pernah menang 'filem terbaik' academy awards.. tapi terhalang atas2 faktor2 duit dan masa (nak cari kekadang susah, terutamanya citer yg dah lama2..). lagipun.. aku bukanlah fanatik filem sangat.. sekadar minat aje..

[Sign Gesbuk]

p/s oleh kerana entry aku hari ni agak panjang, so.. korang jangan harap sangatlah aku akan update lagi dgn segera.. heheh.. alasan.. alasan.. padahal pemaleh.. camnepun aku bagi tajuk dulu utk entry akan datang.. 'kuih raya..'..


Wednesday, November 21, 2001


sekolah...

sejak masuk bulan posa ni.. rasa malas pulak aku nak mengupdate jernel aku ni (tapi aku semakin rajin membaca jurnal dan menyain gesbuk org..). bukan apa.. lepas buka puasa aje, mata aku dah kecik semacam.. kekadang nak tunggu isyak pun aku boleh terlelap.. punyalah ngantuk.. (mungkin setan yg ada dalam badan aku sebelum ni ialah setan yg tahan mengantuk.. bila masuk bulan posa, dia dah keluar.. tinggal diri aku yg sebenarnya.. dgn perkataan lain.. aku ni sebenarnya kuat tidur.. hahaha..).

membaca entry sera 12/11/2001 berkenaan kitab muthola'al badrin yg diberikan oleh Tok Ghimau kepadanya, mengingatkan aku kepada zaman aku bersekolah agama di johor dulu.. (kenapalah sejak bulan posa nih aku asyik bernostalgia aje yek..).

aku masuk sekolah agama masa aku dah darjah 4 sekolah rendah.. sepatutnya darjah 3 dah boleh masuk sekolah agama darjah 1 dah.. aku pun tak tau kenapa aku lambat masuk sekolah agama.. (aku rasa mungkin masa hari sepatutnya mendaftar tu, bapak aku tak dapat carik aku sbb aku tengah sibuk melastik burung kat ladang kelapa sawit agaknya.. heheh..). tapi bila masuk darjah 3 sekolah agama, aku dapat lompat terus darjah 4.. sbbnya sekolah tu terlampau ramai yg darjah 3, kelas tak muat dan result aku jugak agak baik.. maknanya aku sudah sama dgn budak2 lain yg masuk sekolah agama masa depa darjah 3 sekolah rendah..

sebelum tuh elok gak aku citer tentang sistem sekolah agama di negeri johor ni sbb aku rasa ia agak berlainan dgn negeri2 lain. jgn silap faham, sekolah agama yg aku maksudkan ni ialah yg berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ).. bukan sekolah agama persendirian ataupun jenis yg campur2 dgn pelajaran sekolah menengah biasa (sekular?). yg aku maksudkan ialah sekolah agama yg hanya ajar bab2 agama shj.. antaranya Tauhid, Ibadah (fardu ain dan kifayah), Tafsir Al-Quran, Tajwid, Jenayah (hukum hakam ie. hudud, qisas dll), Bahasa Arab, Munakahat (bab nikah kahwin), Muamalat (bab jual beli) dan lain2 lagi yg aku tak ingat sangat dah.. satu lagi kalau tak lulus masa periksa penggal ketiga, takleh naik ke darjah seterusnya.. dgn erti kata lain.. kena ulang darjah yg sama semula sampai lulus.. sbb tu kekadang dah sekolah form 2 pun tapi masih dok darjah 2 sekolah agama.. (tapi biasanya depa cabut dah.. sbb adik dia yg darjah 4 pun dok satu kelas dgn dia kat sekolah agama.. malulah.. hahaha..).

kitab muthola'al badrin yg disebutkan sera tu sangat istimewa kerana banyak sebab (for yr info, semua buku sekolah agama dipanggil 'kitab'..). pertamanya buku tu agak tebal 3/4 inci lebih kurang. keduanya kitab tu digunakan selama 3 tahun iaitu dari darjah 4-6. ketiganya ia dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Ibadat, Munakahat, Muamalat dan Jenayah. keempatnya ia dalam tulisan jawi sepenuhnya dan bahasa yg digunakan tersangatlah klasik.

aku masih ingat lagi design/layout kitab tersebut. ianya seperti kitab al-quran sekarang di mana ada petak ditengah2 dgn tulisan jawi di dalamnya dan di tepi kelilingnya ada ruang kosong selebar 1 inci. oleh kerana kitab ini menggunakan bahasa yg agak susah nak faham, ruang tepi tersebut berguna utk menulis nota2 kecil dan ringkasan. bayangkan bila ia digunakan dari darjah 4-6, penuh tepi tu dgn tulisan yg macam2..

tak silap aku kitab ini ditulis oleh seorang pengarang berasal dari Riau, Indonesia. bila baca aje, rasa macam menatap buku Hikayat Pelayaran Abdullah yg terkenal tu.. antara ayatnya ' .. ini satu fasal pada menyatakan bab thaharah. adapun thaharah itu adalah... ". selain itu tulisan jawi yg digunakan pun agak pelik. utk perkataan 'bumi' dieja 'ba wau mim' (bunyinya 'bom'.. hahaha..). yg menariknya kitab ini sangatlah detail dan tak silap aku jugak telah diolahbahasakan oleh JAIJ ke dalam bahasa melayu standard sekarang dan diterbitkan secara berasingan menurut bab2 yg aku sebutkan tadi..

masa masuk darjah 5 sekolah agama (form 1 sekolah menengah).. aku duduk kat hostel sbb masa tu aku bersekolah di EC, JB. sekolah agama yg paling dekat ketika itu ialah di Sekolah Agama Bukit Zaharah.. iaitu di atas bukit depan bangunan wisma persekutuan (sekarang dah tutup tak silap aku sbb dah jadi muzium..). utk ke sekolah tersebut aku terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 5km pegi, 5km balik setiap hari.. bukan takleh naik bas, tapi sangat tak boleh diharap bas south johor tuh.. lebih baik jalan kaki. begitulah kuatnya semangat aku nak gi sekolah agama masa tu.. dalam perjalanan tu aku kena lalu hospital besar, rumah mayat, panjat bukit, lalu banglow usang kat jalan masjid abu bakar tu, lalu taman bunga kat istana besar JB tu.. barulah sampai sekolah. paling best sekali bila musim buah2an sbb kat taman bunga tu ada banyak pokok rambutan.. kitorang (5 org) baling aje ngan kayu nak ambik rambutan tuh.. nak panjat takut baju sekolah kotor.. yg tak beshnya.. balik sekolah agama dah tengah hari.. penat giler.. lepas tu nak makan lagi, nak bersiap2 gi sekolah menengah lagi.. penat yg teramat.. sbb tu lah aku selalu ponteng.. seminggu 3,4 hari aje pegi..

bila aku masuk darjah 6 sekolah agama (form 2), tinggal aku 2 org aje lagi yg sanggup mengharungi semua tu.. lagilah aku hilang semangat nak gi sekolah.. tapi akhirnya tamat jugak walaupun tak melayakkan aku utk naik kelas khas. lepas darjah 6, kalau lulus dgn 70% ke atas boleh masuk kelas khas di mana masa nih boleh ambik exam sanawi sanawi apa benda ntah.. lepas tu kalau lulus boleh jadi cikgu agama.. kalau best lagi boleh gi Al-Azhar.. tapi biasanya sampai takat jadi ustaz/ustazah ajelah.. sbb masa tuh biasanya dah abiss form 5 dan ada yg masuk U dan sebagainya..

sampai sekarang aku tak ambik lagi sijil tamat darjah enam tuh sbb tak tau nak ambik kat mana yg sebenarnya.. ada yg kata kena ambik kat JAIJ, ada yg kata ambik kat sekolah agama ayer molek.. sbbnya bila sekolah agama bukit zaharah tu dah jadi muzium, semua pengurusannya berpindah ke sekolah agama ayer molek tu.. ntah.. mana satu betul pun aku tak tau.. mungkin satu hari aku kena ambik jugak sijil tu.. boleh tunjuk kat anak, cucu aku yg aku pernah tamat sekolah agama sampai darjah enam.. mungkin boleh gantung kat dinding macam org gantung degree/master/phd sekarang nih.. sijil tadika takmo gantung ke??.. hahaha...

aku rasa negeri johor mempunyai sistem pendidikan sekolah agama yg tersusun dan bersistematik kerana soalan peperiksaan akhir tahunnya juga disediakan oleh JAIJ. selain itu guru2nya juga bertauliah dan sekolah2nya pun dijaga sepenuhnya dgn baik. aku pernah berharap agar dapat membesarkan anak aku di johor supaya dia mendapat pendidikan agama yg sebaik mungkin (nak harap bapak dia bukan boleh harap sangat pun, dalam kelas asyik tidur aje..). sekurang2nya kalau tak boleh jadi ahli agama pun, jadi ustaz/ustazah utk diri sendiri pun cukuplah.. tapi.. nak belajar agama.. kat mana2 pun boleh kan??.. antara nak ngan tak nak aje..

ermmm... panjang lagi kalo nak citer semuanya.. cukuplah utk kali ini 'kisah para anbia' kita adik2 sekelian.. minggu depan kita berjumpa lagi dgn kisah yg lain pula.. sekian.. selamat berpisah.. assalammualaikum... ( amacam.. ada gaya macam wardina tak..heheh....)

[Sign Gesbuk]


Sunday, November 18, 2001


puasa...

hari ni masuk hari kedua puasa.. dan seperti biasa.. aku puasa.. heheh.. macamlah aku ada excuse.. tapi.. kalau org tak nak puasa nih.. macam2 alasan dia boleh buat kan??.. paling koman sekali.. gastrik.. memanglah betul ada org yg gastrik sampai berlapar sikit pun takleh.. tapi ramai jugak yg jadi doktor utk diri sendiri.. sendiri diagnosis, sendiri buat keputusan, sendiri bagi MC utk diri sendiri..

satu lagi alasan popular.. tak sahur.. chehhh.. budak Afghanistan yg tak makan berhari2 tu boleh hidup.. apalah nak dibandingkan dgn tak makan selama 18 jam misalnya.. lagipun itu salah satu tujuan kita puasa kan?.. merasai bagaimana peritnya penderitaan org lain yg miskin supaya kita lebih bersyukur dgn nikmatNya dan supaya kita berusaha lebih kuat lagi utk membantu mereka yg memerlukan..

satu lagi alasan.. lupa niat.. logik ke alasan ni??.. setau aku yg sekolah tak habis ni.. niat tu maknanya 'lintasan di dalam hati'.. dgn makna lain.. kalau benda tu terlintas aje kat dalam fikiran/hati kita.. kira 'niat'lah tu.. entahlah.. nanti aku tanya Astora Jabat.. hahaha...

bulan puasa selalunya sinonim dgn pasar ramadhan, bubur lambuk, terawih, kurma, ikan bakar, cendol, air tebu.. ok.. ok.. meleleh plak karang air liur tuh..

bulan puasa juga mengingatkan kita zaman kanak2.. kenapa haa??.. mungkin kerana berpuasa masa tu mencabar dan banyak godaannya.. lagi pun mungkin 'ganjaran'nya jugak lumayan.. RM1 utk sehari berpuasa masa aku kecik dulu, dah cukup utk bermewah2 masa hari raya.. lagipun bulan puasa, mak bapak selalunya bagi kebebasan utk keluar rumah malam2.. (akulah.. ngkorang aku tak tau..).. alasannya nak pegi masjid sembahyang terawih.. tapi biasanya melencong ke tempat lain..

zaman dulu jugak boleh beli dan main mercun dgn bebas.. sampai aku boleh jadi tokey 'main tikam2' yg hadiahnya mercun dan bunga api.. kaya wooo.. masa raya.. mercun ngan bunga api yg org tikam tak kena, boleh buat main sendiri.. banyak pulak tu.. tapi dosanya tak ingat (tak tau kot masa tu..).. kecik2 lagi dah jadi tokey judi.. hahaha...

satu lagi boleh main meriam.. oleh kerana tempat aku susah nak cari pokok buluh.. kitorang main meriam guna tin susu (yg agak besar..) yg disambung2.. mula2 cari tin susu banyak2.. lepas tu tebuk kedua2 hujungnya.. gali lubang kat tanah dgn kecondongan 30 darjah.. susun tin lebih kurang panjang 6 kaki.. kambus lubang, tapi make sure tin yg di penghujung belakang sekali boleh dikeluarkan dgn mudah sbb dalam tu nak letak karbait.. letak air.. letakkan tin tersebut semula dan sendal hujungnya dgn batu supaya rapat dgn tin di depannya.. kemudian.. cucuh dgn api pada lubang kecil kat tin tersebut... KABOOOOMMMMMM.. satu felda boleh dengar (taklah.. kelentong aje..).. tapi cukuplah bunyinya utk buat org tua marah2 sbb memekak aje takleh nak tidur.. hahaha...

budaya lampu likor jugak tak boleh dilupakan.. zaman dulu semua buat sendiri.. takde main beli2 nih.. buat pakai tin susu jugak.. kena cari tin susu yg tak dipotong habis penutupnya.. tebuk lubang kat penutup tu utk letakkan aluminium foil (biasanya dari tin milo & tin susu jugak) yg digulung cantik utk dimasukkan kain sumbu.. sumbu pulak biasanya dari dapur minyak tanah (cap Butterfly.. heheh..) yg dah tak pakai.. atau pakai kain perca pun boleh jugak.. lepas tu lawan rumah sapa paling banyak lampu likor.. kira hebatlah masa tu..

tapi budak sekarang dah tak reti nak buat benda tu semua lagi agaknya.. lampu likor boleh beli.. separuhnya sekarang tak pakai lampu likor pun.. pakai lampu lip lap lip lap macam kat restoren tom yam tu.. (kenapa kedai tom yam mesti ada lampu ni haa??.. jadi ikon plak macam kedai gunting dgn benda merah biru berpusing tuhh..). mercun dah takde dah.. (adalah sikit2 yg jual tanpa permit punya..). meriam buluh.. entah.. mungkin kat kampung2 ada lagi kot..

ahhhhh.. rindunya aku zaman kanak2.. sekarang aku dah anak sendiri.. mungkin aku boleh turunkan sikit 'ilmu' aku kat dia plak.. tapi mesti tak sama kan??..

Nur Ramadhan : Rahsia Tersembunyi Di Bulan Ramadhan

[Sign Gesbuk]


Saturday, November 17, 2001


Gathering...

semua gengjurnal yg pegi dah update site masing pasal gathering tu, aku aje yg tak buat lagi. bukan malas, tapi aku ada banyak kerja sikit kebelakangan ni. aku tengok traffic ke site aku makin bertambah. kesian depa yg datang ke site aku kalau tujuannya nak baca ulasan aku pasal gathering tu.. (adalah hipokrit paling besar kalau ada org buat online jurnal tapi kata "buat utk diri sendiri, bukan utk org lain baca..". tak baik tipu diri sendiri.. kalau betullah buat utk diri sendiri, kenapa letak gesbuk??..). seronok plak baca citer geng yg lain. masing2 dgn pengalaman dan citer masing2..

overall.. aku rasa gengjurnal gathering ni 'one of the greatest moment that happened in my life this year'.. pertamanya, inilah kali pertama aku bersua muka dgn org2 yg aku cuma pernal 'kenal' dari jurnal masing2. ada yg aku pernah baca & sign gesbuk depa (dan kekadang berbalas e-mail), ada yg pernah baca aje, ada yg cuma pernah jengok sekali-sekala dan ada yg aku tak pernah jengah langsung.. sori ekk.. aku pun dah tak terlarat nak baca semua.. keduanya, aku tak sangka begitu kuat sekali ikatan dan komitmen yg diberikan oleh mereka yg datang utk menjayakan gathering ni terutama sekali mereka yg berkerja keras di belakang tabir.. tahniah aku ucapkan.. daripada tukang buat site genjurnal sampailah ke tukang masak, tukang bungkus hadiah dan seterusnya.. aku rasa kalau depa ni diupah utk jadi tukang tampal poster pilihanraya, mau penuh satu KL nih dgn poster parti ???...

aku keluar rumah agak lambat sikit. lebih kurang pukul 10pg. baru nak keluar pintu rumah, handphone bunyik.. wife aku angkat.. putus. wife aku return call guna phone rumah.. mie rupanya. dia kata " pegi tak?.. 18 org dah sampai..". wife aku jawab " on the way.. on the way..". hahaha.. aku gelakkan dia. setau aku jawapan 'on the way' tu ialah jawapan paling popular dari salesman/marketing executive aje.. bila customer/client call pasal appointment " on the way.. on the way..".. piirahhh.. padahal ntah kat mana2 ntah.. 'on the way' konon.. tapi itu 'white lies' kot.. carik makan.. (tak berkat tu.. heheh...)

sebenarnya, malam sebelumnya aku gi company annual dinner kat sunway lagoon hotel.. biasalah.. kalau company besar2 nih buat annual dinner, lepas tu mesti ada 'dance' sekali.. tapi aku tak joinlah.. cuci mata aje.. heheh.. perkara paling best sekali terjadi ialah.. aku menang 'lucky draw'.. yeehaa.. ya beda bedu.. walaupun cuma dapat toaster aje.. tapi aku happy semacam sbb inilah kali pertama aku menang hadiah w/pun dah sepuluh kali pegi annual dinner nih.. tahun lepas, 2 org yg duduk semeja dgn aku menang antara 2 grand prizes.. sorang menang tv 14in, sorang lagi menang tv 21in.. bayangkanlah tensionnya aku masa tu.. daripada 1000 org yg ada, 2 org daripada meja aku yg menang.. nombor depa dekat2 pulak tu dgn nombor aku... hampeh betul..

okeh.. okeh.. sambung balik citer gathering tadik.. aku sampai lebih kurang pukul 10.40pg dgn disambut oleh mie.. wahh.. ramai yg dah ada kat situ.. aku paling lewat kot.. sorilah kalau aku dah melambat2kan majlis tuh.. lepas tu aku salam2 dgn mana2 yg patut (lelakilah tu..) dan register dan serah prezen kat kak aquil (ehh.. dia tak garang pun ngan aku.. camne dgn geng lain diorang kata garang hah??..). ada antara gengjurnal yg aku dah kenal sbb dah selalu nampak gambar depa.. dan ada yg ingat2 lupa.. yg tak kenal langsung pun ada gak.. heheh... bila nampak tok ghimau.. aku rasa lega.. haaa.. at least ada gak 'lelaki yg dah tak bujang' datang.. salute kat tok ghimau.. dari JB datang jugak.. kesian jugak kat dia sbb masa dia jemput semua gengjurnal pegi Waterfall Kota Tinggi hari tuh, sorang gengjurnal pun tak tunjuk muka.. takpe tok.. next time make sure buat gathering kat luar KL.. biar semua kena jalan jauh2 jugak.. tapi kalau sampai panjat gunung, masuk hutan tuh.. aku kena pikir 2,3 kali jugaklah.. orang bujang okeylah.. kalau aku, mungkin terpaksalah tinggal anak binilah pulak.. takpe.. boleh jadi org bujang sekejap.. heheh..

masa sesi 'memecahkan air batu'.. aku satu group ngan nett, sera, cik daun, fajar, meer dan cumi kot (sori ek.. aku tak kenal..) sempatlah aku borak ngan nett kejap.. ooo.. ngko kutuk budak kota ye nett.. takpe.. takpe.. nanti aku kumpul budak gengjurnal dari kota.. kitorang pakat kutuk budak kluang pulak.. setau aku sera ngan peaquor pun budak kota jugak.. nanti ko nett.. nanti.. aku pakat ngan diorang 'spam' gesbuk ngko banyak2.. hahaha...

w/pun masih ada 'air batu' yg belum pecah.. tapi aku rasa buat permulaan itu sudah mencukupi utk menggambarkan kemesraan antara sesama gengjurnal.. sekurang2nya, w/pun tak dapat bertegur sapa antara semua yg hadir, tapi lain kali jumpa kat mana2.. at least dah kenal muka.. bolehlah belanja air tebu ke, belanja air buah gelas besar ke.. heheh..

lepas tu sessi makan2.. aku tak dapat makan banyak sbb pagi tu dah breakfest kat rumah.. tapi sempatlah merasa semua benda yg ada kat situ.. mee goreng, agar2 yg sedap hingga menjilat pinggan tuh, kek lapis, kek cokelat dll..

tengah hari aku ingat nak ambik kesempatan tu utk borak2 ngan semua yg hadir, anak aku pulak (memel - may-mail) sibuk merengek nak mandi kat kolam air tuh.. terpaksalah aku bawak jugak.. sbb memang harituh dah janji ngan dia nak bawak dia mandi kat situ.. apa boleh buat..

petang.. sessi aku plak.. 'personality test'.. sebenarnya aku tak cadang pun nak buat sessi ni.. tapi bila dah hampir dgn hari gathering tu.. aku tengok mie tak tulis apa2 lagi kat aktviti 1 ngan aktiviti 2 tu.. aku pun call mie nak tanya kalau2 takde apa2 aktiviti khusus utk hari tersebut.. the rest.. spt yg aku dah posting sblm gathering hari tuh..

seriously.. itulah kali pertama aku mengendalikan satu sessi yg seumpamanya.. w/pun masa study dulu, banyak jugak kursus kepimpinan yg aku pegi.. tapi biasanya aku jadi peserta pasif aje.. aku bukanlah org yg mempunyai PR yg baik.. biasanya kalau nak cakap depan public, mesti suara aku menggigil semacam.. (aku rasa ramai org punyai masalah ni - fear of public speaking).. tapi hari tu aku dapat control diri aku dgn agak baik w/pun tak selancar mana.. mungkin sbb aku rasa macam bukan dgn 'org2 yg tak dikenali'.. sebaliknya macam dgn 'org2 yg dah dikenali cuma tak pernah bersua muka'..

kepada gengjurnal yg tak datang tapi nak cuba buat jugak 'personality test' tu.. cuba pegi link ni Personality Profile Test .. ikut seperti arahan yg diberikan, seeloknya diprint page tuh senang sikit nak buat.. kalau tak faham e-mail me personally (aku malas nak type pepanjang kat sini..). kalau nak lebih advance lagi.. beli buku 'personality plus' by florence littauer. buku ni ada banyak version.. ada yg for teenagers, ada yg for couples dan macam2 lagi.. so, pilihlah mana satu yg sesuai.. (mungkin lepas nih aku boleh claim komisen dari penerbitnya sbb bagi publisiti percuma kat sini.. heheh...).

lepas tu.. acara bertukar2 hadiah dan mengambil gambar.. malas nak ulas panjang2.. org lain semua dah citer.. aku pun terpaksa balik awal hri tuh sbb sekali lagi anak aku dah merengek nak main buai, gelungsur dan macam2 lagi kat taman permainan tu.. mintak maaf bebanyak kepada gengjurnal yg hadir sbb tak dapat nak berbual panjang dan berkenalan lebih lanjut.. bukan aku sombong atau tak nak layan.. tapi keadaan tak mengizinkan.. lagipun aku nih pemalu sikit sebenarnya.. hahaha.. macam anak dara pulak.. seriously.. (jigo.. sekarang ko boleh teka aku dalam kategori mana.. sanguine? cholaric? phlegmatic? atau melancholy?..).

[Komen/Respon/Bincang]
[Sign Gesbuk]


Monday, November 12, 2001


mari ber'jiwang'...

aku malas nak menulis apa2 hari ni. cuma kali ni aku nak share satu artikel yg ada dalam simpanan aku. macam dulu jugak.. about marriage. sbb apa marriage?.. sbb aku rasa ramai orang yg masih konfius dan takut/malu nak membincangkannya secara terbuka. mungkin segan nanti kena panggil 'jiwang'... but lifes must go on.. satu hari, InsyaAllah, korang akan kawin jugak...

disclaimer : artikel ni tiada kaitan dgn aku ataupun org lain yg aku kenal, termasuk gengjernel semua. jangan membuat interpretasi yg bukan-bukan. bacalah sebagai 'things to ponder' shj...

When Learning To Trust Is A Must
by T.Elisa. NST. date ???(around '95/96)

We got married almost two and a half years ago. We were overseas, away from our parents and relatives, so the wed-ding preparation was tough. It wasn't that stressful, though, since we had the final say in everything.

Why did we get married? Let's just say that we came to a point in our relationship where marriage was the next best step. (Contrary to rumours, no, I was not pregnant and am still not pregnant -- yet).

Also, contrary to popular belief (of our sponsors and MSD), our grades did not plunge. In fact my husband and I did better in our studies thereafter.

Perhaps it was because we were in different universities, so we didn't live together. The only time we met was during semester breaks.

So, was it love? I thought so. My husband is a responsible, loving, caring and understanding man. He's level-headed, he knows what he wants, he's hardworking and he's got a great sense of humour. The problem was me.

My first boyfriend left me just a few days before I found out that my father was having an affair. I will not go through the details, but let me just say that I was traumatised. I mean if you can't trust a man you've known for 18 years, who can you trust?

I trusted my husband to love me and not leave me, but only for a period of time. Somehow, I didn't trust him to stay with me forever. I kept thinking: one day he's going to meet a better wom-an and leave me.

With that fear lodged at the back of my mind and compounded by the fact that I couldn't see him as often as I wanted to, I became paranoid. Every little wrong thing he did annoyed me. If he called me late, I would start thinking that he had found another woman. So I would check his wallet, his bank statements, his backpack and his closet when I was over at his place for the break.

I went crazy. When we weren't married I expressed my feelings freely because it didn't matter that much if we decided to break up. After the marriage I suppressed everything, afraid that if I let go, I'd get hurt should he leave me.

When he finally figured out why I had become so weird and volatile, I had to endure a long lecture.

"I'm not like your father, or your previous boyfriend. Your father ruined his marriage, don't let him ruin yours."

"I love you, I married you. I've made a commitment, I won't leave you. I'd be stupid if I ever did. Now don't you be stupid and think that I would."

"You don't trust me now, but one day you're going to trust me more than you trust yourself."


It was hard after that. It was very difficult to teach myself to be less suspicious, to be more trusting, to be less defensive, to be more open about my feelings, to be less angry and to be more happy.

But I managed to do it in the end. Nowadays when I get angry with him, I think about all the wonderful things he has done for me. Ride his motorcycle for 1,440km in the cold October days just to see me over the weekend, hug and console me after Sommersby (as well as to endure the whole movie).

Now that we're back home, we still don't see each other that much. Both being engineers but in different fields, we have our responsibilities towards our respective companies. I was worried at first, "what if we changed and suddenly found that we didn't know each other any more?" His solution: "get to know each other all over again."

Everytime he comes home it's like and adventure. He finds that I'm becoming a stronger, braver and more innovative person; I find that he's more confident of his abilities, he's got a tan and he misses me a lot! No doubt we've had our share of arguments, but we've learnt to use our arguments as a tool to understand each other better, and not as a weapon to cut each other down.

You can say that our marriage is pretty unconventional -- no house; no kids (yet), we only have dinner together when he's off duty. About the only constant we have in our lives is this bond we made with each other and our motorcycle. Our relatives and friends ask "How can someone do that? Leave his wife all alone? I would be worried."

But l am not alone and I'm not worried, because finally, I trust him. And I feel that I shouldn't be breaking my back to make my marriage like everybody else's because I am happy with what l have.

So is it still love?. Definitely. It is too powerful and magical to be anything else.

[Komen/Respon/Bincang]
[Sign Gesbuk]


Friday, November 09, 2001


mie oh mie...

lupa plak nak citer.. balik dari midvalley tuh, wife aku kemas2 barang yg dibeli masa gi the mines ngan midvalley tadi.. baru perasan rupanya baju anak aku yg beli kat reject shop tu takde.. tak tau mana tinggal.. aku pun tak dapat nak recall sbb dah penat sangat.. bangun pagi baru aku teringat.. mungkin aku bayar aje kot, tapi terlupa nak ambik barang tu dari cashier tu.. sbb masa tuh terkejar2 nak pegi midvalley plak..

sampai aje ofis hari semalam (Khamis, 8/11/2001) terus aku call reject shop tuh. depa kata memang ada customer tertinggal barang kat cashier semalam.. sahih aku punyalah tu.. nasib baik aku masih simpan lagi receipt semalam.. (moralnya : lepas beli barang, jangan terus buang receipt, camtuh jugak slip credit card.. kita tak tau kemungkinan yg terjadi di kemudian hari.. ). lunch time, sekali lagi aku ke reject shop, the mines tuh.. nasib baik staff diorang baik2 dan amanah, kekadang ada separuh tempat kalau jadik camtuh, diorang 'kebas' semacam ajek... w/pun barang yg aku beli tu harganya tak seberapa, tapi duit jugak tuh..

petang aku surfing gengjernel site macam biasa. aku tengok mie dah letak aturcara majlis.. bila aku teliti, nampak macam ada sesuatu yg kurang jelas.. 'aktiviti 1' tu apa? 'aktiviti 2' tu apa? dah decide nak buat apa ke belum?. tiba2 timbul plak idea kat kepala aku nak sumbangkan sesuatu utk gengjernal gathering ni.. yelah.. nak sumbangkan duit, aku bukan ahli korporat ke hapa.. nak buat kerja2 urus setia pun aku tengok ramai dah buat dah.. so, aku pun call mie..

sebenarnya inilah kali pertama aku nak bercakap dgn gengjernel.. suspen pun ada.. sbb aku nengok kat gambar, mie ni badan besar.. disergahnya aku kang.. terus tak terkeluar apa nak cakap.. heheh..(jgn marah mie...). aku call h/phone dia.. aku perkenalkan diri aku ahli gengjernel.. " sapa..." dia tanya. " spyz... kenal tak?..". " ohh.. dah dengar nama tu kenallah...". nasib baik dia kenal aku jugak sbb aku rasa dia tak pernah jengah jernel aku (dgn andaian dia tak pernah sign gesbuk aku..). tapi mungkin dia kenal sbb aku pernah sign gesbuk gengjernel nih... aku pun tanya kat dia pasal detail aturcara tuh dan bagi idea aku sikit.. mie kata ok.. lepas tu aku e-mail kat dia 'material' yg aku cakap kat dia tuh.. aku mintak dia call aku utk konfirm sama ada dapat attachment tu ke tidak, sbb fail tu agak besar.. aku takut mailbox dia penuh.. yelah.. webmasterlah katakan. tunggu punya tunggu, tak call call jugak.. sesambil tu aku check gesbuk aku... lahhhh... *refer apa mie kata kat gesbuk pada 8/11/2001, pukul 3.28.pm*... hahahaha... terus aku call mie sekali lagi dan borak2 kejap...

so, hari semalam adalah hari pertama aku bercakap (dlm tepon shj..) dgn gengjernel yg juga webmaster site gengjernel dan mie jugak orang pertama yg tau nama sebenar aku dan mungkin jugak tempat kerja aku... hahaha.. simpan dulu mie.. jgn bagitau org sampai gathering nanti.. ok.. sekian...

[komen/respon]
* setiap komen/respon anda akan menerima maklumbalas dari Spyz. sila check semula komen/respon anda selepas beberapa jam/hari/minggu... (ikut kelapangan masa Spyz.. ). terima kasih *



sehari yg penat...

3 hari aku tak update. bukan malas, tapi penat. bukan takde cerita, banyak.. tapi tak larat nak menyusun ayat menjadi bait-bait kata yang indah untuk dipersembahkan kepadamu. chewahh... jiwang plak.. rasa macam zaman bercinta.. hahaha...

hari rabu (7/11/2001) hari tu aku cuti sebenarnya. bukan nak cuti sangat pun (aku suka gi kerja.. mesti boss aku suka kan??..). aku cuti sbb nak menghantar wife aku pegi temuduga pengesahan jawatan kat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. pelik jugak org gomen ni, org sektor swasta 3 atau 6 bulan dah confirmed dah. depa dekat 1 tahun baru nak gi interview...

aku tak pernah pegi putrajaya. serius nih.. aku rasa org yg dok luar KL lagi ramai yg pernah pegi Putrajaya dari org KL sendiri. biasalah tu kan.. bila benda tu dekat dan senang nak pegi, kita biasanya tangguh2kan.. bukan tak nak pegi, tapi.. " alah.. besok besok boleh pegi.. bukan jauh sangat, tak larinya Putrajaya tuh.. ". camtulah yg aku rasa, org lain aku tak tau. dan jangan heran jugak.. Menara KL tu pun aku tak pernah pegi.. hahaha.. member aku dari JB datang KL, dah 2 kali dipanjatnya.. maksud aku naik lif dialah..

biasanya bila nak pegi tempat yg aku tak pernah pegi, aku akan survey dulu jalan ke tempat tuh.. memang dah jadi habit aku camtuh. bukannya apa.. aku tak suka 'sesat'. pada aku sesat ni satu benda yg membuang masa, tenaga dan emosi aku amat tak stabil bila sesat.. dgn perkataan lain.. aku cepat naik angin.. aku lebih rela pegi survey dulu w/pun jauh daripada aku tersesat di kemudian hari.. TAPI.. kali ni aku tak pegi survey macam biasa.. sbbnya member aku yg pernah pegi sana kata, w/pun putrajaya tu luas tapi tak banyak building kat sana, lagipun jalan one-way dan luas, tempatnya pun lengang.. bukan macam KL.. berserabut.. so, aku pun percaya cakap dia...

oleh kerana interview tu start pukul 8pg, pukul 7 aku keluar dah. takut jalan jem, jauh dan paling phobia sekali.. 'sesat' (aku pegi naik motor, so, kalau sesat pun senang nak redah semacam..). dan seperti yg dijangka... jeng.. jeng.. jeng... *drum roll*





aku tak sesat.. yeaahoo.. ya beda bedu... yeehaaa... (bunyi macam koboi naik kuda..). betul macam member aku cakap tuh.. sebijik.. tambah2 lagi signboard jalan pun very clear dan banyak pak guard dan polis yg boleh tumpang tanya.. aku lega.. sampai pun agak awal.. 7.40 pagi. sementara wife aku gi interview, aku lepak kat kantin building tu.. sempat habis 2 gelas air dan sepinggan nasik lemak. lupa plak tadi nak beli paper, nasib baik aku bawak buku 'animal farm' yg tak habis2 lagi baca tuh.. baru chapter 3, lembapnya aku nih kan... hahaha... sambil tu aku tengok org gomen punya etika kerja. sampai keje pukul 7.55pg, atau mungkin lewat dari tuh sikit (member lain 'punch'kan kot..), lepak kat kantin, minum2 sambil borak2 cerita semasa, gossip2 sikit, kutuk boss sikit.. dekat pukul 10pg baru blah dari kantin.. tu pun tak tau pegi mana.. hahaha... bestnya keje gomen ni kan...

10.45pg baru wife aku habis interview, temankan dia breakfeast plak.. gembira sungguh dia w/pun tak dapat jawab beberapa soalan umum.. ada ke soalan 'SUKOM tu apa' dan 'CD-ROM tu apa' pun tak dapat jawab.. buat malu aje..

*kelekuk*
" adoiii... "
" ooo... kutuk2 saya kat jernel awak ye... "
*sengih*
" heheh... "
.

lepas tu kena sound dek interviewer tuh suruh baca dan langgan paper tetiap hari.. (ye.. di kata 'langgan', bukan beli kat kedai tetiap hari.. nanti lupa katanya..). yg dia gembira sangat tu bukannya apa, sbb jumpa 3,4 org geng masa kat maktab dulu.. tu yg seronok sangat tuh..

masa masih banyak lagi.. so, kitorang pun 'jalan jalan, cari makan...' ehhh.. tak.. jalan2 tengok putrajaya yg 'gah' sangat tuh.. memang pun.. landskap cantik, building pun nampak tersusun dan tak berapa tinggi sangat, kawasan luas, ada tasik, taman botani, ada 'mahligai', ada 'wetland' (kawasan tanah paya yg diubahsuai fungsinya dgn teknologi terkini utk menapis air (secara semulajadi) yg masuk ke tasik utama supaya air tu bersih dan jernih..) dan macam2 lagilah.. kena pegi sendiri kalau nak tau.. (wife aku kira tiang lampu jalan kat putrajaya ada 5 jenis design yg takde kat tempat lain.. hahaha...). tapi kitorang sempat naik menara tinggi kat wetland tu aje, sbb hari dah tengah hari.. panas... malangnya, menara tuh tak berada pada lokasi yg betul2 strategik sbb cuma nampak kawasan wetland tu aje. banyak bangunan dan pemandangan lain yg terlindung. tak silap aku ada satu lagi bukit yg boleh nampak semua kawasan putrajaya tuh, tapi aku tak jumpa jalan nak naik ke atas bukit tuh..

hari panas, kitorang blah dari situ pukul 11.30 tgh. tak balik rumah terus, tapi gi jumpa geng lama wife aku kat UPM, dia dah jadi tutor kat situ. ingat hajat hati nak jugak aku jumpa Rudy, tapi aku tak tau no. phone dan ofis dia kat mana, lagipun member wife aku ajak gi lunch kat The Mines. so, hari ni aku breakfeast kat Putrajaya, lunch kat The Mines.. dinner tak tau lagi.. mungkin Paris, New York, London.. hahaha...

lepas tu kitorang ronda2 jap kat The Mines tuh, lama dah tak gi sini.. masa bercinta dulu selalu gak kitorang lepak kat sini sbb masa bujang dulu kitorang duduk kat Sri Serdang. banyak jugak perubahan dah berlaku, tapi yg wife aku perasan cuma satu.. kedai Habib Jewels kat situ dah takde.. eiii.. org pempuan ni.. benda camtu nampak aje... lepas tu dia singgah kat 'World Of Cartoon' (WOC) carik baju si kecik kejap, aku malas nak tunggu.. aku pusing2 singgah kedai IT kat situ kejap.. bila aku pegi WOC tu semula, tengok2 dia dah takde.. alamak.. mana pulak peginya nih.. puas aku tawaf The Mines tuh... last sekali jumpa depan kedai baju.. ada citer best katanya sambil sengih2 kat aku.. rupa2nya masa dia carik baju si kecik tadi tuh, dia tengok sekejap aje, sbb mahal katanya.. lepas tu dia carik aku.. rupa2nya ada sorang mamat sudah follow dia.. wife aku sudah suspen.. dia masuk kat kedai adidas kat situ.. mamat tu pun sama.. lepas tu mamat tu tanya "..bla.. bla.. bla.. boleh berkenalan... bla.. bla.. bla.. sapa nama... etc.. ". masa wife aku citer kat aku.. aku gelakkan dia 'gila babas'.. sampai senak perut aku.. cehhh.. ada ke wife aku nak dinguratnya.. aku kata kat wife aku, " sebenarnya mamat tu rabun, lepas tu lupa pulak nak pakai spek, sbb tu dia nak ngurat awak..." ..hahaha.. (gelak jeles sebenarnya sbb takde org nak ngurat aku.. heheh.. ). nak suruh mamat tu blah wife aku kata ".. saya dah ada suamilah...". punyalah gelabah wife aku, sampai ke situ pulak jawapnya.. lagi sekali aku gelakkan dia.. hahaha... " apa.. ingat kalau org ngurat tu, semua nak ajak kawin ke..." .. hahaha... yg mamat ni pun satu.. ngurat stail 'kampungan' gila, macam budak sekolah, tak ada kelas langsung.. kebetulan masa aku jumpa wife aku kat depan kedai baju tuh, ada sorang mamat jalan depan aku dgn laju.. ohhh.. mamat tulah wife aku kata.. patut pun.. muka 'pervert' semacam ajek.. lepas tu kitorang singgah plak kat Reject Shop beli baju si kecik dua org tuh...

tengok jam dah pukul 2 ptg.. kitorang pun blah ke Midvalley plak sbb nak tengok 'Kaki Bakar' kat GSC.. nasib baik sempat.. wife aku dah sound awal2.. kalau dia tertidur jangan kejut dia.. rupa2nya bukan dia aje yg nak tertidur, aku pun sama.. heheh.. mungkin dah terlampau penat agaknya jalan ke sana ke sini.. lagipun citer tu agak 'berat'.. tak larat nak fikir dah.. aku malas nak citer pepanjang pasal 'Kaki Bakar' nih.. kesimpulan aku yg paling mudah.. citer dia macam the first Rambo.. seorg bekas tentera yg sangat berjaya dalam kerjayanya, lepas tu, balik negeri dia tapi langsung takde org nak 'appreciate' kerja/sumbangan dia.. sbb tu dia 'mengamuk'.. sikit2 nak bakar, sikit nak bakar.. macam Rambo jugak.. bezanya si Kakang ni ialah bekas pejuang yg menentang Belanda kat Indonesia dulu (sbb tu dialog dan lagu citer ni berunsur 'jawa'..). berhijrah ke Malaysia tapi hidup melarat aje sbb takde kerja tetap... banyak lagi unsur2 'kemanusiaan' dlm citer tuh.. tapi aku malas nak ulas.. tengok sendiri.. nilai sendiri.. (sebenarnya aku pun kurang jelas mesej citer tuh sbb tengok dalam keadaan 'separuh sedar'.. penat campur mengantuk.. mungkin kena tengok sekali lagi.. tengok VCDlah pulak... ).

habis wayang, ronda2 sat kat Midvalley tuh.. belikan mainan anak aku kat Jaya Jusco. hari tu dia merengek sangat nak main benda plastik macam 'Lego' tuh.. tapi aku tak beli Legolah.. mahal sangat.. beli yg murah aje.. janji ada. cuba cari 'flash card' huruf2 yg macam Kak P-Nut suggest tuh.. takde plak.. mungkin ada, aku yg tak jumpa agaknya.. berjalan pun kaki dah 'merewang' semacam.. silap2 langgar semut pun boleh tergolek aku agaknya...

balik rumah mandi2, solat, baring2... zzzzzzZZZZZZZZZZ... sedar2 dah pukul 11.30 mlm. bangun makan malam sat.. (oh ye... jadinya aku tak dinner kat Paris, New York atau London tuh...). check jernel dan gesbuk aku, respon mana yg patut... zzzzZZZZZZZZ...

[komen/respon]
* setiap komen/respon anda akan menerima maklumbalas dari Spyz. sila check semula komen/respon anda selepas beberapa jam/hari/minggu... (ikut kelapangan masa Spyz.. ). terima kasih *


Tuesday, November 06, 2001


komen/respon...

berkenaan 'masalah sosial generasi kedua felda' semalam.. aku tak dapat cari link berita tuh. tapi korang boleh baca respon aku kat gesbuk/respon aku nih yg Cikgu Midad hantar semalam, 5/11/2001.

aku rasa cara aku buat ruangan respon kat gesbuk ni agak 'bercelaru' sikit sbb gesbuk ni takde indeks no. yg boleh refer direct ke respon tuh. aku lebih suka macam livejournal punya 'comments' tuh. aku bercadang nak tukar format lain yg akan mengasingkan antara respon dgn sign gesbuk. any suggestion pls???. tapi jangan lah susah susah sangat, nanti aku tak reti buat.. hahaha... atau.. ada orang boleh buatkan untuk aku??.. heheh...

[komen/respon]
**setiap komen/respon anda akan menerima maklumbalas dari Spyz. sila check semula komen/respon anda selepas beberapa jam/hari/minggu... (ikut kelapangan masa Spyz.. ). terima kasih**


Monday, November 05, 2001


AKU BUDAK...

AKU BUDAK FELDA.. aku tak malu utk mengaku itu w/pun citer 'Jemapoh..' ada kutuk budak felda ".. ngko ni kluor dari felda mana?.." kata Tini. dgn perkataan lain yg 'lebih sopan' sebenarnya ialah "..ngko ni kluor dari ulu/estet mana?..". kekadang budak felda aku tengok pun malu nak tulis alamat dia ada perkataan felda, dia tulis huruf f dalam kurungan aje cthnya : (f) ulu papan... tapi aku tak boleh lari dari kenyataan bahawa ialah 'aku anak peneroka felda'. sebenarnya aku bukanlah lahir di felda, tapi bapak aku masuk/pindah felda masa umur aku 5 tahun. dan aku sangat merindui zaman kanak2 aku di sana sbb aku ramai kawan. w/pun kehidupan ketika itu agak susah sbb kelapa sawit belum keluarkan hasil, tapi hidup aku sentiasa ceria (budak2 memanglah sentiasa ceria kan??..).

bagi yg belum/tak tau, FELDA ialah singkatan dari 'FEderal Land Development Authority' (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). ia diwujudkan semasa pemerintahan Tun Abdul Razak utk membantu membantu golongan rakyat termiskin dan tidak bertanah memperbaiki taraf hidup mereka. mereka akan diberikan 10 ekar tanah ladang dan 1/4 ekar tanah tapak rumah yg juga telah siap dibina sebuah rumah papan (tapi cuma ada 1 bilik shj..). aku rasa rancangan felda adalah antara kejayaan terbesar Tun Abdul Razak dalam membantu rakyat termiskin kerana ia memberikan mereka 'pancing', bukannya 'ikan'. (org kata Tun Razak bagi rakyat tanah, tapi Dr M ambik semula tanah rakyat.. ironisnya kan??..).

mula2 dulu peneroka felda kena bukak tanah ladang mereka sendiri. kena tebang hutan sendiri, kena bersihkan tanah sendiri dan kemdian tanam pokok kelapa sawit atau getah sendiri. sbb tulah mereka dipanggil 'peneroka felda'. dulu masa aku sekolah rendah, aku tak tau kenapa kena tulis pekerjaan bapa : peneroka. setau aku peneroka tu macam Christopher Columbus tuh.. yg meneroka lautan dan benua baru hingga terbentuknya negara US.. antara tanah rancangan felda terawal yg aku tau ialah felda Lurah Bilut, Temerloh, Pahang dan felda Taib Andak, Kulai, Johor. tapi masa bapak aku masuk felda dulu.. semua tuh dah siap, cuma kena tunggu kelapa sawit keluarkan hasil shj lagi.

rancangan felda sebenarnya adalah sebuah perkampungan melayu yg sangat besar. ada juga bukan melayu ttp sangat minoriti, mungkin 1% shj. ada juga yg menganggap felda ni sebuah 'estet' yg dipunyai oleh kerajaan. sbb tulah org anggap budak felda nih macam budak estet agaknya. sesebuah felda biasanya mengandungi lebih kurang 400-500 buah rumah/keluarga. selain itu ada juga kawasan rumah pegawai, pejabat, rumah kedai, padang permainan, sekolah tadika/rendah dll. ada juga felda yg terdapat di dalamnya kilang kelapa sawit/getah utk memproses hasil ladang dari felda tersebut dan juga felda2 berhampiran. kedai terbesar di felda sebenarnya ialah Perbadanan Niaga Felda (kedai PNF - tapi sekarang dah tukar nama tak silap aku sbb dah diswastakan). kat kedai ni peneroka boleh berbelanja barang dapur secara kredit/hutang yg kemdiannya akan ditolak drpd gaji mereka setiap bulan. kekadang kalau ambik terlampau banyak barang, gaji boleh jadi 'negatif' dan ada jugak yg ambik kesempatan ambik barang kat kedai ni dan menjualnya di kedai runcit utk mendapat 'instant cash'..

kehidupan di felda sebenarnya tidaklah 'semewah' yg diwar2kan dan taklah jugak 'sesusah' spt yg digembar-gemburkan. aku rasa korang mesti pernah dengar satu citer yg sangat mahsyur itu tentang kemewahan peneroka felda.

citer dia camni : satu hari depa lepak kat kedai kopi, minum2 sambil sembang2.. ye.. depa memang suka buat kerja tu sbb depa memang tak banyak kerja yg sebenarnya. kalau felda kelapa sawit, depa perlu 'potong buah' cuma 3-4 kali shj sebulan sbb buah sawit bukan masak tiap2 hari. kalau felda getah pulak, pukul 10 pg dah habis noreh dah.. pada satu hari ada sorang mamat nih telah terjatuh duit 50 sen dia atas lantai dan terpelanting ke tempat gelap sikit. datang sorang mamat lagik keluarkan duit note 50 ringgit dan bakar duit tuh utk suluh carik tempat duit 50 sen tu jatuh.. faham kan?.. aku tak tau citer ni benar atau satu propaganda sbb nampak macam exaggerate aje. kalau betul pun, mungkin sebenarnya dia nak bakar kertas, tapi terbakar duit 50 ringgit tuh.. tak logik jugak kan??.. entahlah.. aku pun tak tau.. apa yg aku nak bagitau sebenarnya ialah camtulah kemewahan peneroka felda yg cuba nak digambarkan..

tak boleh dinafikan kekadang kehidupan peneroka felda nih memang mewah. tapi biasanya ia ada pasang surutnya tersendiri iaitu bergantung kepada harga pasaran komoditi kelapa sawit/getah di pasaran antarabangsa sbb kebanyakan bahan mentah ni (sawit/getah) diekspot ke luar negera. kalau masih ingat tahun 1998, masa kegawatan ekonomi dahulu, peneroka feldalah golongan yg paling tak terjejas (bahkan mungkin gembira..) sbb masa tu kadar tukaran wang asing utk US dollar pernah mencecah RM4.95. bayangkanlah betapa mewahnya depa masa tuh sbb boleh cecah sampai RM4000 sebulan. 'org kaya segera' depa kata. ikut tahap pemikiran depalah...

tapi, macam aku kata tadi, pendapatan mereka tak sentiasa tetap. kelapa sawit/getah pun ada musim hasilnya banyak, ada masa musim melawas. kalau kena musim surut nih.. tu yg sampai gaji jadi negatif tuh..

sebenarnya taklah semua hidup peneroka ni bergantung pada hasil ladang depa aje. bagi yg rajin dan mungkin ada pendidikan sikit, depa juga ada pendapatan sampingan. ada yg bukak kedai runcit kat kawasan felda tuh, ada yg bukak kedai makan, kedai jahit, kedai gunting rambut, bawak teksi dsb. bagi yg lebih advance sikit, ada jugak yg jadi kontraktor kecil2an buat tender2 kecil kerajaan (potong rumput, bersih longkang, projek tanam semula dsb). ada jugak yg bisnes sendiri, selalunya bidang pengangkutan macam teksi sewa, van/bas kilang dan bas sekolah sbb sekolah menengah biasanya ada kat certain2 felda aje dan kekadang terpaksa pegi ke sekolah di bandar2 besar yg terdekat. kat tempat aku ada sorang peneroka yg boleh dikatakan 'sangat kaya'. dia punya rumah setaraf macam rumah org kat Bukit Damansara atau Kenny Hill, kereta mewah, 4WD bersusun2 depan rumah. sebenarnya dia masuk felda tempat aku baru aje lagi, 'peringkat kedua' diorang panggil.. rupa2nya dia ni ialah seorg kontraktor besar yg ada connection dgn politician.. dan seperti biasa dgn secara automatik org pilih jadi ketua cawangan U**O kat tempat aku.. dgn harapan dapatlah tempias2 projek yg dia dapat tuh..

secara keseluruhannya kehidupan peneroka adalah macam kat kampung2 melayu tradisional yg lain jugak. w/pun kebanyakan peneroka felda cuma lulusan darjah 6 (atau lebih rendah dari itu..) tapi mereka ada sistem pemerintahan macam kat kg2 biasa jugak. setiap felda biasanya dibahagikan kpd blok-blok. satu blok dianggotai oleh lebih kurang 25 orang peneroka dgn diketuai oleh ketua blok. ketua blok ni biasanya org yg sedikit berpendidikanlah sbb banyak kerja dia. kira itu, kira ini, mesyuarat itu, mesyuarat ini dll. ketua blok report ke pegawai blok iaitu kakitangan felda di pejabat felda tersebut. dan begitulah seterusnya ke pengurus felda -> pejabat felda kawasan, negeri dan ibupejabat felda kat Jalan Semarak, KL). aku rasa felda adalah antara organisasi yg paling tersusun dalam rancangan membangun rakyat termiskin berbanding dgn Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yg ada sekarang nih.. sbb tulah felda antara program kerajaan yg mendapat pengiktirafan United Nation dan cuba ditiru oleh negara2 di benua Afrika.. tapi aku tak tau pulak sejauh mana kejayaan depa..

tapi sekarang zaman dah berubah.. kebanyakan anak peneroka dah besar2 dan ada yg dah bekerja dan berkahwin (macam akulah...). so, hidup depa taklah sesusah dulu lagi. dulu, mana nak besarkan anak2 yg masih kecil/sekolah lagi, mana nak kerjakan ladang sendiri lagi dan macam2 lagi lagi himpitan hidup. sekarang, kebanyakannya pun dah dapat geran tanah atas nama masing2 dan kebanyakan kerja2 ladang pun selalunya diupah aje kepada buruh2 Indonesia sebab dah tak larat nak kerjakan sendiri dah.. (ladang bapak aku sedang dalam proses tanam semula..). membekalkan buruh2 Indonesia utk kerja ladang ni pun adalah satu lagi bisnes yg telah ceburi oleh peneroka, sama ada legal or illegally. masa aku kecik2 dulu upah utk potong setandan kelapa sawit cuma 20 sen aje. sekarang dah cecah sampai RM1 setandan. dan biasanya depa bukan kerja utk seorang peneroka shj (10 ekar), tapi sebanyak2 yg mungkin selagi terlarat...

sebelum aku terlupa.. tanah ladang 10 ekar dan 1/4 ekar tapak rumah yg depa dapat tu sebenarnya bukanlah diberi secara percuma.. tapi kena bayar kepada kerajaan/felda secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan. ikut perjanjian tak silap aku selama 20 tahun, amountnya aku tak sure.. (nanti aku tanya bapak aku yek..). tetapi biasanya tempoh pembayaran tu boleh jadi lebih dari 20 tahun sbb kekadang bila ekonomi gawat, kerajaan terpaksa kurangkan jumlah ansuran bulanan tuh atau tak potong langsung dari gaji depa sbb pendapatan peneroka terlalu sedikit.. nak ambik barang dapur kat kedai PNF tu pun kekadang tak cukup.. ada masanya dekat 30 tahun barulah habis bayar dan dapat geran. geran pulak ada yg secara individu, ada jugak yg secara berkelompok (satu geran tapi ada banyak nama..) tujuannya aku agak supaya peneroka tak boleh jual atau susah sikit nak jual tanah depa sesuka hati. citer pasal jual tanah ni pun ada kisah lain pulak..tapi aku rasa dah panjang sangat aku tulis nih.. nanti boring pulak korang baca... tengoklah lain kali aku sambung balik.. banyak lagi kalau nak citer semua.. pasal pembangunan semula tanah felda, pasal mentaliti peneroka dan anak peneroka felda, pasal 'jutawan segera', pasal jual tanah yg aku sebut tadi tuh.. dlll....

sebenarnya apa yg aku nak tulis memula tadi ialah pasal 'masalah sosial dikalangan generasi kedua felda'.. (biasalah aku ni kan.. selalu lari dari tajuk.. kalau buat karangan BM masa SPM dah sah mesti kantul punya.. heheh...). aku nak ulas lapuran sokabar UM, Sabtu, 3/11/2001.. tapi dah terlampau pjg ni, korang baca ajelah link dia ni..

alamak.. tak jumpa plak, nanti aku jumpa aku letaklah yek

beberapa minggu lepas ada sorang 'Tan Sri' (tak ingat nama.. tapi aku rasa dia anak felda jugak..) yg mengutarakan pasal masalah generasi kedua felda nih. depa buat satu forum kat KL yg mengumpulkan anak2 felda utk membincangkan jalan penyelesaian kepada masalah generasi kedua nih. satu usaha yg sepatutnya dah lama dibuat, memandangkan keadaannya sekarang dah semakin meruncing. dalam belanjawan baru2 nih pun ada sentuh pasal hak isteri peneroka felda. sebelum nih, nama kat geran tanah tu cuma nama suami shj, masalahnya timbul bila isteri tu kena ceraikan ke, atau suami buat 'cawangan' lain ke.. dah terpaksa bergaduh-gaduh pulak berebut harta pusaka...

aku rasa kerajaan sekarang pun dah terpaksa (diulangi 'terpaksa'..) mula ambik berat masalah2 peneroka felda sekarang nih sbb nampaknya mereka dah mula cenderung utk memihak kepada pihak pembangkang.. padahal selama ni, merekalah golongan yg paling kuat memihak kepada kerajaan. sbb tu jarang masalah2 peneroka ni yg diketengahkan sebelum nih.. sekarang ekonomi dah gawat, barang2 ekspot industri kilang dah merosot, barulah depa nampak kepentingan sektor pertanian yg semakin dilupakan nih.. barulah nak minta peneroka/estet bela lembu kat ladanglah, barulah nak pinda akta itu, akta inilah.. dulu tak pernah ambik kisah pun...

[komen/respon]


Saturday, November 03, 2001


tiba-tiba...

aku tak pernah tengok citer 'Perempuan, Isteri dan ... ', aku tak pernah tengok 'Black Widow' (wajah ayu?..), aku tak pernah tengok 'Jogho', aku tak pernah tengok 'Kaki Bakar' ...

tapi bila aku baca artikel/interview dgn U-Wei di bawah ni... tiba2 aku rasa 'aku mesti tonton' filem2 tu semua ...

mungkin aku dah terlalu banyak ketinggalan dalam dunia filem melayu ni sbb aku dah 'hilang minat' dgn citer2 'sampah' yg digembar-gemburkan di media perdana...

mungkin aku terlalu 'memandang rendah' terhadap kemampuan pengarah2 filem 'org kita' ...

mungkin aku terlalu memilih...

"Saya tidak dipengaruhi Hollywood - U-Wei''

satu lagi.. dah lama dulu pernah kluar kat paper jugak tapi artikel/interview dgn org yg sama...

"Saya buat filem bukan kerana bisnes - U-Wei''

sapa ada vcd citer2 kat atas tuh ????... pinjam boleh ???... hahahaha...

[komen/respon]

p/s 'Kaki Bakar' sedang ditayangkan di GSC Mid Valley sekarang...


Thursday, November 01, 2001


anak...

aku jarang posting entry yg 'personal personal thing' kat blog aku nih.. aku lebih suka citer 'general general thing', tapi selalunya related ngan diri aku jugak.. tapi kali ni aku nak citer pasal anak aku...

anak aku yg no. 1, umur dia dah 3th 7 bln. yg no. 2, baru nak masuk 7 bulan (nice planning hah.. heheh...). dua2 sihat walafiat, cuma yg kecik tu aje ada masalah kulit sikit.. 'eczema' ke hapa ntah. dah pegi specialist 2 kali (kopak ratus-ratus...), tapi tak elok2 gak. doktor kata tu memang penyakit genetik dan mungkin berlarutan sampai ke besar.. tak kisahlah tu.. yg penting tubuh badan dia sihat.. cuma kurang hensem sikit aje dari bapak dia.. heheh...

yg kakak nama Nurul Hafizah bte ??. kenapa pilih nama tuh?.. masa wife aku pregnant dia nak sangat anak lelaki dan dah siap pilih nama lagik.. Muhammad Hafiz kononnya.. bila scan rupa2nya pempuan.. terpaksa carik nama lain.. dia nak pilih nama 'Batrisyia'.. aku sangat2 tak setuju, bangkang 100%.. aku takut nanti org panggil anak aku 'bateri national ke, bateri energizer ke hapa..'.. tak sesuai langsung.. satu hal plak lagi kalau anak aku jadi 'rendah diri'('introvert' kot?..) ke hapa dek gelaran tuh.. dah t'paksa pulak aku jadi pakar psikologi tak bertauliah nak memulihkan 'kendiri' dia.. so, aku pun pilih nama Nurul Hafizah.. modified dari nama Muhammad Hafiz tuh.. dua-dua puas hati.. win-win situation (aku bukan diktator.. okey...). tapi kitorang tak panggil dia ngan nama tuh pun. memula dulu panggil 'pijah', tapi ada plak yg pandai2 panggil dia 'pizza hut'.. sekarang kitorang panggil dia 'memel' (sebut may-mail). singkatan dari 'comel'.. ye.. macam bapak dia jugak.. hahaha.. tuihhh...

w/pun dia dah agak 'besar', dah boleh faham apa kita cakap, dah boleh mintak tolong sikit2, tapi aku tak pernah ajar dia m'baca, menulis dan mengira secara serius lagi (aku dengar ramai org sekarang hantar anak ke kindergarten dalam umur2 camni..). adalah aku belikan huruf2 yg kena susun dalam blok2 tuh, tapi aku tak pernah ajar dia ini huruf apa, itu huruf apa.. tapi dia boleh susun huruf tu dgn betul sampai habis (aku rasa dia pakai hentam tengok bentuk huruf2 tu aje dan kaler2 kat blok tu..). aku pernah belikan buku yg macam mana nak tulis huruf2 satu persatu tuh, tapi aku tak pernah ajar pun, dan akhirnya buku tuh jadi tempat dia menconteng dgn kaler pensil dan akhirnya jadi koyak rabak.. aku tak tau sama ada tindakan aku tak 'mengajar' dia ni betul ke tidak. tapi yg pastinya aku ingat dulu masa aku kecik2, aku mula belajar semua benda tuh masa aku dah masuk tadika, umur aku 6 tahun. sebelum tuh aku sibuk dgn 'dunia kanak2' aku aje...

sebenarnya aku tak nak meng'spoilt'kan 'zaman kanak2' anak aku. aku tak nak dia dibebankan dgn benda2 yg 'berat2', yg tak sepatutnya dalam umur yg masih begitu muda.. bukan aku tak nak anak aku jadi 'genius' macam budak2 sekarang nih (dan macam bapak dia jugak.. heheh...), tapi aku tak mau dia rasa terbeban dgn 'high expectation' mak bapaknya. takut dia jadi 'stress'. wife aku citer, ada anak murid dia (form 1, pempuan).. ngadu kat dia, mak dia suruh belajar 'siang malam' sampai tak cukup rehat dibuatnya budak tu. dahlah gitu nak bersosial ngan kawan2 sebaya pun tak boleh kecuali masa kat sekolah. dia kata pagi pegi tuition, malam lepas makan kena study lagi sampai 11pm, baru boleh tidur. kerja sekolah pun terpaksa buat masa kat sekolah aje, kat rumah kena study, bukan utk buat kerja rumah kata emaknya. weekend plak kena belajar piano ke hapa ntah. kesiannya budak tuh, sampai dia ngadu kat wife aku dia nak 'bunuh diri'.. ye.. aku tak tipu.. (wife aku memang agak motherly sikit ngan budak2.. sbb tu budak2 suka ngadu kat dia..). sampaikan macam tu sekali... apalah nak jadi mak bapak sekarang ni (mak dia ex-laywer dan nak train anak dia jadi lawyer gak kononnya..). ada satu hari tu budak tu pengsan dalam kelas. ye.. dia pengsan, tak tau apa sebabnya, terpaksa panggil mak bapaknya datang sekolah. bebudak kelas dia buat lawak, depa kata budak pempuan tu ".. forgot to breath...". ada-ada aje depa ni..

lagi satu sbb kenapa aku tak nak ajar anak aku terlalu awal ialah kalau tak silap aku, bebudak sekarang darjah 1 sampai darjah 3 pun masih belajar ABC, 123 lagi.. (aku tak sure, kalau salah tolong betulkan..). dahlah sekolah tadika depa belajar benda tu semua. masuk sekolah rendah pun masih belajar benda yg sama, tak ke boring nanti bebudak tu dibuatnya (zaman sekarang dah ada sistem 'kelas lompat' tu kan? lompat dari darjah 2 terus masuk darjah 4 tak silap aku..). tu yg buat budak2 jadi boring pegi sekolah, tu yg sampai bebudak boleh buat 'perlakuan seksual' dalam kelas tuh.. budak darjah 4 tak silap aku.. eiii.. memacam bebudak sekarang ni.. naik ngeri aku mendengarnya..

zaman dulu mak bapak hantar anak gi sekolah, lepas tu.. hah.. pepandai ngkolah. kalau cikgu ngajar elok sikit, haa eloklah jadinya. kalau cikgu ajar lebih kurang, takat pandai membaca, menulis, mengira tu pun dah cukup baik dah tu. takde tuition tuition, takde 'summer camp' ke hapa kejadah ntah, tak payah nak study group study group. paling canggih pun adalah 'kelas malam' sebulan dua sblm tiba periksa besar2 macam PMR, SRP, SPM ke.. (aku dulu camtulah.. org lain aku tak tau...). tapi hasilnya aku rasa taklah seburuk macam masalah sosial yg melanda budak2 sekolah sekarang nih..

mungkin faktor persekitaran dan suasana keliling dgn pembangunan yg pesat telah merobah corak pemikiran anak2 zaman sekarang. yelah.. dulu mana ada banyak shopping kompleks utk tempat melepak. dulu mana ada pusat video games tempat belajar jadi 'brutal'. dulu mana ada cyber cafe (baca : internet) tempat mencari 'ilmu-ilmu' yg takde dalam buku. dulu mana ada vcd yg jual tepi2 jalan macam jual ayam kat pasar. dulu mana ada banyak pusat2 hiburan (baca : disko @ karaoke) yg bukak sampai 4,5 pagi utk org berhibur. dulu mana ada Astro yg membawa bersamanya budaya2 'hedonistik' yg memualkan. dulu mana ada pusat 'mandi buih sabun' macam dekat tempat aku keje nih.. kata orang pembangunan juga membawa bersamanya gejala2 negatif kan. betul gak tu.. pisau gunanya utk memotong benda, tapi boleh jugak guna utk bunuh org, tikam org, ugut org.. takde benda yg perfect dalam dunia ni kan.. terpulang pada kita utk 'mengguna'nya dgn betul..

aku rasa mungkin sistem pendidikan kita sekarang pun ada menyumbang kepada masalah ni. sistem sekarang aku rasa terlalu 'exam oriented' sampai budak2/mak bapak pun jadi stress. kalau boleh semua budak kena dapat pangkat 1 dalam peperiksaan SPM depa, hingga mengabaikan perkembangan sosial, rohani dan jasmani budak2 sekarang. yg depa ingat periksa, periksa, periksa... tu belum cerita pasal perkembangan mental budak2 lagi...

sistem sekarang ajar 1+1=2. kalau jawap selain tu dari gerenti salah, takde salah melainkan salah semata2. sebenarnya kalau ikutkan secara lebih 'global', 1+1 tak semestinya 2. boleh jadi 3, boleh jadi 4, boleh jadi 5 dan sebagainya. contoh yg paling mudah dan yg aku terfikir camni :-

secara lazimnya memanglah 1+1=2. tapi kalau kalau 1 org lelaki + 1 org pempuan, tentulah hasilnya jadi 3 kan? (kalau tak mandullah..). mungkin jugak jadi 4, kalau anak kembar 2. mungkin jugak jadi 5, kalau anak kembar 3. mungkin jugak jadi 100 kalau anak kembar 98.. (fuyyooo.. banyaknya.. ada ke org camni.. ingat anak tikus apa.. ). camtulah jugak contohnya 5+5=10. memanglah secara lazimnya 10 hasil dari 5+5. tapi.. 1+9 juga 10, 2+8 jugak 10, 3+7 jugak 10, 4+6 jugak 10. kan???..

tapi benda tu semua cikgu tak ajar kat sekolah kan?.. (mungkin tak boleh kot.. takut bebudak konfius agaknya..). yg depa ajar macam aku cakap tadilah.. 1+1=2, 5+5=10. hasilnya dapatlah manusia yg berfikiran 'kaku', yg hanya ada satu jawapan utk setiap persoalan. seterusnya itulah yg di'apply'kan dalam hidup.. bila tak dapat 'jawapan yg satu' tu, mulalah depa jadi tension konon.. nak bunuh dirilah, nak terjun bangunanlah, nak langgar bangunanlah (ada ke..?..).

apa yg aku nak citer tadi sebenarnya ialah sistem pendidikan kita terlalu 'rigid', terlalu 'skema' hingga membantutkan perkembangan pemikiran kreatif, analitikal dan kritikal otak mereka. aku lebih suka sistem pendidikan kat US yg lebih terbuka. (ikut apa yg aku tengok kat tvlah.. aku pun bukan pernah gi sana..). sistem pendidikan depa bukan sahaja boleh menghasilkan manusia yg berfikiran luas, tapi juga berfikiran lebih kritikal. 'Dead Poet Society' adalah contoh movie yg mungkin dapat menjelaskan hal ini dgn lebih tepat... (aku rasa mungkin jugak strategi kerajaan kita sekarang ialah utk menghasilkan 'yesman' shj supaya rakyat tak akan mempersoalkan segala tindakan mereka..).

aku rasa dalam falsafah pendidikan negara bukan itu matlamat sebenarnya (aku ada baca sikitlah masa wife aku dok maktab dulu..). tak silap aku antaranya utk manghasilkan insan 'kamil', yg matang dari segi fizikal, mental dan rohaninya (aku tak ingat sangat dah sbb banyak dan panjang sangat..). entahlah.. aku m'bebel banyak2 bukan ada faedah pun.. aku bukan boleh mengubah 'dasar2 negara' dgn bebelan aku nih.. ibarat 'seluang menodak baung' kata Shahnon Ahmad.. tapi mungkin boleh menjadi sesuatu yg boleh difikirkan kepada korang yg baca blog aku ni..

pehhh... punyalah jauh aku melalut hari nih... sampai citer anak aku pun dah hilang... takpelah.. mungkin lain kali aku sambung plak.. (moralnya, jangan percaya 'tajuk' posting aku kat atas tuh.. itu cuma 'gimmick' aje dan mungkin juga 'pembuka idea' aku aje utk terus menulis.. hahaha...).

just for yr info.. anak no. 2 aku lelaki, nama dia Muhammad Ariff, kenapa pilih nama tuh? sbb aku nak dia jadi 'Yang Ariff Tuan Hakim Muhammad Ariff". aku nak dia jadi hakim 'yg relevan' utk menggantikan hakim yg selalu 'tak relevan' tuh..

[komen/respon]