Tuesday, July 12, 2005

kalau dah namanya ajal..

"Menurut Ahmad, ketika mangsa bersama abang dan seorang lagi rakan bermain dengan ikan itu, tiba-tiba seekor ikan melompat keluar dan masuk ke mulutnya."

Puyu ragut nyawa

link tamat tempoh, baca kat comments..


1 Comments:

Blogger spyz said...

Puyu ragut nyawa
Oleh Nasharuddin Muhammad
(HM, 12/07/2005)

JITRA: “Dua hari lalu, arwah membawa pulang ke rumah empat ikan puyu yang dipancingnya di Sungai Gunung Rambai.

“Saya minta ibunya menggoreng ikan itu, tetapi arwah membantah kerana sayang dan mahu memeliharanya. Tak sangka pula, ikan itu yang meragut nyawanya.” kata penoreh getah, Ahmad Johari, 43, bapa Samiun Ahmad, 8, kanak-kanak yang mati tercekik seekor ikan puyu hidup yang melompat masuk ke mulutnya, tengah hari, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, anak ketiga daripada empat beradik bermain dengan dua ikan puyu yang dipancingnya dan disimpan sementara dalam sebuah kolam di rumah jiran.

Menurut Ahmad, ketika mangsa bersama abang dan seorang lagi rakan bermain dengan ikan itu, tiba-tiba seekor ikan melompat keluar dan masuk ke mulutnya.

Katanya, mangsa pada mulanya dikatakan mahu menangkap ikan selebar kira-kira empat sentimeter dan panjang tujuh sentimeter, namun terlepas dan ikan itu terus melompak ke mulutnya.

“Ikan itu terus masuk ke kerongkong dan arwah terus menekan lehernya untuk cuba mengeluarkan ikan berkenaan, tetapi gagal.

“Arwah cuba menjerit meminta pertolongan, tetapi terus lemah dan pengsan sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai takdir, sudah ajal arwah meninggal dalam usia semuda ini. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belakang Kompleks Salleh Khan, dekat sini, semalam.

Ahmad berkata, ikan itu disimpan di kolam konkrit dan dua daripadanya hilang apabila melompat keluar dari kolam terbabit kelmarin dan hanya tinggal dua yang dipelihara arwah.

Sementara itu, jirannya yang melihat kejadian itu, Aslinda Mohd Salleh Khan, 39, berkata pada mulanya, Samiun dikatakan memegang ikan puyu itu dengan dua tapak tangannya.

Menurutnya, secara tiba-tiba ikan melompat masuk ke mulutnya sehingga menyebabkannya mangsa sesak nafas sambil memegang lehernya.

“Ketika itu, saya lihat ekor ikan puyu itu masih berada di luar bahagian mulutnya lalu menyuruh abangnya, Umaidi, 10, menarik ekor ikan itu keluar dari mulut.

“Dia takut dan saya memanggil bapanya memberitahu anaknya tertelan ikan puyu,” katanya.

Aslinda berkata, dalam sekelip mata ikan itu terus masuk ke mulut mangsa dan darah meleleh keluar dari mulutnya.

Menurutnya, dia bersama anaknya, Niaz Amiri Mohd Nasir, 12, yang juga rakan Samiun terus memapah mangsa masuk ke kereta untuk dibawa ke Hospital Jitra.

“Ketika di dalam kereta, Samiun memang tidak sedarkan diri.

“Saya memandu menggunakan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menepuk-nepuk belakang Samiun dengan harapan ikan itu keluar dari mulutnya,” katanya.

Katanya, setibanya di hospital, Samiun disahkan meninggal dunia pada jam 12.40 tengahari.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hijrah pada pukul 6.15 petang tadi.

7/12/2005 03:39:00 PM  

Post a Comment

<< Home