Thursday, July 07, 2005

lonely..

that 'lonely' song sound nice.
skrg zaman nyanyi-smula-lagu-pernah-popular.
revival..

lirik n lagu2 m nasir
(juga ebiet g ade.)


2 Comments:

Anonymous Op said...

kak shila balik kampung ke bang?
hehehe jom lantit!

7/08/2005 08:50:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Profesor akui Mawi boleh jadi idola
Oleh Azran Jaffar


BANGI: Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Saliha Hassan menyifatkan Mawi, peserta Akademi Fantasia 3 sebagai role model generasi muda Melayu terkini yang bijak menyelitkan unsur jati diri Melayu dan keagamaan ke dalam dunia hiburan.

Beliau melihat Mawi (gambar) sebagai seorang bersahsiah Islam dan Melayu, yakin dan selesa dengan dirinya, berorientasi "world' yang disukai anak muda sekarang. Malah, Mawi bukan sekadar artis baru, tapi cerminan sebahagian daripada anak muda.

Bagaimanapun, beliau mahu Mawi terus dengan penampilan ikhlas yang ada sekarang - berketayap, pakai kain pelekat, pandai silat, berzanji, kental ajaran agama termasuk menjadi qari selain boleh membawa pelbagai rentak lagu dengan kekuatan sendiri.

“Bagi saya, sebagaimana Siti Nurhaliza, Mawi saya akui juga boleh menjadi idola yang baik untuk generasi muda Melayu yang umumnya memang asyik dengan dunia hiburan,” katanya ketika mengulas ketrampilan Mawi dalam program AF3 yang begitu digemari sekarang.

Ketika ditanya siapa yang mengundi Mawi, Saliha berkata: “Saya tidak ada data konkrit, tetapi pada hemat saya kebanyakannya kalangan Melayu berumur 20-an hingga 30-an tahun. Ada juga golongan dewasa yang turut mengundi dan pihak yang menaja mengundinya.

Apa pun, Mawi sehingga ini kekal dengan undi terbanyak walaupun dia melakukan beberapa kesilapan ketika pertunjukan dan dikritik oleh juri profesional.

“Saya rasa ini yang menarik untuk dilihat implikasinya dari segi perkembangan sosial yang ada kaitan dengan politik semasa. Fenomena Mawi ini majoritinya membabitkan generasi muda, yakni bagi saya generasi pelapis negara.

“Dengan itu pandang dunia mereka penting untuk kita perhatikan dan fahami. Bukan saja Mawi berani dan selesa just being himself tetapi penyokong-penyokongnya juga cukup selesa dengan penampilan beliau dan genre muzik beliau... nasyid dan etnik, Islam dan Melayu,” katanya.

Saliha berkata, memang ramai ahli seni dan pemuzik menghasilkan muzik bersifat etnik dan ketuhanan. Tetapi, ‘ketuhanan’ adalah universal. Irama nasyid berbeza. Ia adalah genre tersendiri, ada kesyahduan, iaitu unsur spiritual yang berkaitan langsung dengan keIslaman.

source : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Mukadepan/20050709225734/Article/

7/11/2005 06:23:00 PM  

Post a Comment

<< Home