Thursday, July 14, 2005

syurga n neraka..

"Pada pendapat saya, mungkin selepas membeli beg Gucci pada sebelah petang, rakyat Malaysia akan pulang ke rumah untuk menonton pertandingan al-Quran pula." lanjut..

"kau patut bangga jadi rakyat malaysia"
kata labu sambil jarinya menonyoh imej di cermin..

link pupus, baca di comments..


6 Comments:

Blogger spyz said...

Bersama Diplomat: Malaysia negara unik, beradat
Oleh Jamhariah Jaafar
(BH, 14/07/2005)

Rakyat negara ini mengamalkan cara hidup moden, tetapi masih kuat berpegang kepada ajaran agama, adat ketimuran.

“DALAM masa tiga minggu lagi kami akan meninggalkan negara ini. Secara tiba-tiba saya berasa betapa masa berlalu begitu pantas, seperti kami baru tiba di sini semalam,” kata Duta Ireland ke Malaysia, Daniel Mulhall, yang begitu berat untuk meninggalkan negara yang dianggap amat unik ini.

Kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Lumpur empat tahun lalu, Mulhall diselubungi kekeliruan apabila melihat penduduk negara ini yang sangat moden pada satu sudut, tetapi di sudut lain masih mempertahankan adat dan budaya yang menjadi kebanggaan rakyat pelbagai bangsa dan agama.

Ketika itu, kehadirannya tanpa ditemani keluarga dan tidak mempunyai kenalan, membuatkan Mulhall terpegun melihat perbezaan kehidupan amat unik yang ditonjolkan rakyat negara ini.

“Minggu pertama saya keseorangan di sini. Saya kagum melihat rakyat Malaysia yang membeli-belah pelbagai jenama terkemuka dunia di KLCC, minum kopi di Starbucks, tidak ubah seperti berada di London, Paris, New York atau Dublin sendiri.

“Saya terkejut melihat rakyat negara ini begitu maju dan menjadi masyarakat pengguna yang mengagumkan. Semua orang memakai atau membeli jenama terkemuka dunia.

“Apabila pulang ke rumah dan duduk di depan televisyen untuk memperbaiki bahasa Melayu, saya terkejut apabila melihat ada pertandingan membaca al-Quran disiar secara langsung.

“Pada waktu itu, saya menjadi keliru kerana di satu sudut saya melihat rakyat Malaysia yang sangat moden, begitu kebaratan, tetapi sebelah malam ada pula kegiatan keagamaan.

“Kedua-dua ini adalah Malaysia. Pada pendapat saya, mungkin selepas membeli beg Gucci pada sebelah petang, rakyat Malaysia akan pulang ke rumah untuk menonton pertandingan al-Quran pula.

“Dua pandangan yang jauh berbeza ini bagi saya hanya berlaku di negara ini. Selepas pengalaman itu, ternyata perbezaan antara dua dunia ini terus berlaku dengan nyata dan boleh dilihat pada bila-bila masa,” kata duta yang akan mengakhiri tugasnya di Kuala Lumpur akhir bulan ini.

Mulhall berkata, inilah keunikan yang perlu dikekalkan rakyat Malaysia kerana gandingan antara dunia moden dan pengekalan sikap serta sifat ketimuran, adalah faktor yang membuatkan ramai masyarakat dunia jatuh cinta dengan negara ini.

Tambahnya, walaupun dalam gerakan menuju ke arah negara maju dan dikagumi kerana memiliki bangunan dan prasarana canggih seperti Menara Berkembar Petronas, pusat pentadbiran Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, masih ramai rakyat negara ini yang mempertahankan tradisi lama, lengkap dengan adat istiadat, budaya yang sopan dan sikap hormat yang dikagumi orang luar.

“Kemudahan dan prasarana anda semuanya menggambarkan suasana abad ke-21, lebih banyak gambaran masa depan daripada masa lalu. Tetapi pada masa sama budaya di sini masih berasaskan kepada tradisi lama.

“Contohnya, cara memberi penghormatan kepada raja, cara memberi ucapan di mana anda memerlukan 10 minit untuk menyebut nama tetamu terhormat dan mereka yang hadir. Itu belum lagi membabitkan pakaian tradisional yang masih menjadi sanjungan dan keutamaan rakyat.

“Jika dilihat daripada aspek adat dan budaya, orang luar akan menganggap Malaysia masih dibelenggu dengan adat lama, tetapi kewujudan Menara Berkembar, Cyberjaya dan televisyen kabel pula memberi gambaran warga yang sangat moden.

“Malaysia adalah antara negara di dunia yang saya ketahui masih mampu untuk mengadunkan masyarakat moden dan tradisi dalam satu kehidupan,” katanya yang ternyata masih tidak jemu bertanya penulis mengenai pemikiran moden, tetapi pada masa sama masih berpegang teguh kepada agama dan budaya Timur.

Mulhall juga ketawa apabila bercakap mengenai lelaki di negara ini, terutama bangsa Melayu yang tidak segan silu untuk memakai baju berwarna terang seperti merah jambu, ungu, hijau, warna yang sangat jarang menjadi pilihan lelaki Barat.

“Apabila ke majlis budaya atau perkahwinan, kaum lelaki anda memakai baju berwarna terang. Saya pernah melihat (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) memakai baju Melayu berwarna merah jambu yang terang, di mana kebanyakan lelaki Eropah tidak berani untuk memakai warna seumpama itu,” katanya.

Tetapi, apa yang paling dirindu mengenai negara ini adalah cuaca yang mudah diramal dan matahari yang memancar sepanjang tahun. Berbanding di Ireland, cuaca menjadi tumpuan mereka setiap hari kerana ia boleh memberi kesan terhadap kehidupan harian.

“Di sini saya tidak pernah melihat ramalan cuaca, tidak relevan langsung. Persoalan di sini adalah sama ada ia hujan atau tidak, tidak ada siapa dapat meramalkannya dengan tepat. Saya akan rindukan cuaca panas dan matahari yang memancar setiap masa,” katanya.

Duta yang mempunyai dua anak dan sering menghabiskan cutinya di destinasi pelancongan tempatan, pasti berasa kehilangan tempat percutian menarik, pulau tropika yang hijau airnya dan teman yang kini sangat akrab dengan mereka.

“Dalam masa tiga minggu lagi, kami akan meninggalkan semua keindahan ini, sukar untuk terima. Apabila menoleh semula ke belakang terasa betapa kami akan rindukan semua ini,” katanya.

Ireland dan Malaysia berkongsi banyak pengalaman sama. Kedua-duanya adalah bekas tanah jajahan Britain dan mencapai kemerdekaan sebelum menukar wajah daripada negara pertanian kepada negara berteknologi tinggi serta mencatat pertumbuhan ekonomi mengagumkan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

Ireland yang terkenal di Malaysia kerana pemain bola sepaknya yang ketika ini bermain di Liga Inggeris, Roy Keane, mempunyai hubungan dua hala yang semakin erat dengan Malaysia. Dengan eksport kedua-dua negara kini bertumpu kepada bidang teknologi, bioteknologi dan farmaseutikal, jumlah pelajar dari Malaysia ke negara itu juga meningkat lebih dua kali ganda.

Ketika ini, seramai 1,300 pelajar Malaysia berada di pusat pengajian tinggi di negara itu dan kebanyakan mereka mengambil jurusan perubatan, kejuruteraan, sains, teknologi dan pelbagai ijazah dalam bidang perniagaan.

Bagaimanapun, Ireland yang hanya mempunyai empat juta penduduk, sering disalah anggap sebagai negara yang masih dibelenggu konflik keganasan, sedangkan kali terakhir keganasan serius melanda negara itu pada 1998.

Mulhall mengaku pertelingkahan dan konflik yang dicetus oleh mereka yang menganggap diri sebagai pejuang kemerdekaan, sebenarnya sudah lama berlalu. Konflik berlarutan selama 25 tahun sejak 1969, secara tidak langsung mencemarkan imej negara itu, walaupun ia hanya berlaku di wilayah utara.

Bagaimanapun, beliau sedar warisan sejarah amat sukar untuk dikikis. Justeru, tugasnya sebagai diplomat antara lain menjelaskan keadaan dan hakikat sebenar yang berlaku. Begitu juga dengan imej sebagai negara pertanian, sedangkan Ireland sekarang bukan saja melonjak menjadi negara perindustrian, malah mencapai status negara maju apabila melangkah masuk ke abad 21.

“Dengan penyertaan ke dalam Kesatuan Eropah (EU), Ireland kini bukan saja menjadi tumpuan pelabur asing, malah mengalami perubahan yang amat besar dalam tempoh 30 tahun lalu.

“Justeru, sebagai duta tugas saya adalah untuk menjelaskan mengenai perubahan itu. Saya akan menggunakan semua peluang yang ada untuk memastikan rakyat Malaysia lebih mengetahui mengenai realiti sebenar Ireland. Jika saya tidak melakukan tugas itu, anda tidak akan mendapat gambaran sebenar,” katanya.

Mengenai kekeliruan apabila ada yang menganggap Ireland adalah sebahagian daripada Britain, Mulhall berkata, kekecewaan tentu terasa jika ada orang menganggap Malaysia adalah sebahagian daripada Indonesia.

“Saya tahu ramai yang keliru dengan geografi Eropah dan tidak tahu di mana letaknya Ireland. seperti juga ramai penduduk Eropah tidak begitu mahir mengenai geografi negara di rantau ini,” katanya.

Ireland adalah adalah antara tanah jajahan Britain selama lebih satu kurun dan memerdekakan diri pada 1922 serta menjadi negara pertama dalam jajahan Inggeris yang merdeka sebelum menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1950.

“Kami adalah negara pertama yang memperjuangkan misi supaya semua negara dibebaskan daripada penjajahan, terutama negara di benua Afrika dan Asia.

“Kami adalah ‘trail blazers’ dan negara yang mengetuai arus ke arah kemerdekaan. Banyak negara di Asia dan Afrika melihat kami sebagai contoh, bagaimana sebuah negara yang dijajah selama satu kurun boleh mencapai kemerdekaan,” katanya mengimbau sejarah lalu.

7/14/2005 06:12:00 PM  
Blogger sinaganaga said...

>>Kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Lumpur empat tahun lalu, Mulhall diselubungi kekeliruan apabila melihat penduduk negara ini yang sangat moden pada satu sudut, tetapi di sudut lain masih mempertahankan adat dan budaya yang menjadi kebanggaan rakyat pelbagai bangsa dan agama.

Ya ya, Encik Mulhall, kami sahaja di dunia ini yang menunggang motorsikal dengan memakai terbalik jaket separa kulit. Kami akan kekalkan kelaziman ini.

7/14/2005 08:19:00 PM  
Blogger Bukunota said...

tyt mulhall (bukan mulah): barangkali orang yg tengok musabaqah itu, orang yg tak mampu beli gucci kerana orang yg mampu beli gucci mungkin sedang tengok astro dan akademi fantasia!

7/18/2005 12:00:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Off Topik ....

Spyz, nak tanya sikit. Awatnya yang keluar mengundi tu kurang daripada 40 peratus saja?

Dah hampir empat tahun bermasalah
ingkatkan tentu semua bersemangat nak mengundi untuk membetulkan keadaan.

~Paklong

7/19/2005 12:54:00 PM  
Blogger d'arkampo said...

“Jika dilihat daripada aspek adat dan budaya, orang luar akan menganggap Malaysia masih dibelenggu dengan adat lama, tetapi kewujudan Menara Berkembar, Cyberjaya dan televisyen kabel pula memberi gambaran warga yang sangat moden."

Ya..apabila saya melangkah masuk ke tandas awam di stesyen bas di pinggir ibu kota. Ia memberi gambaran dan bauan yang sungguh moden.

7/19/2005 02:02:00 PM  
Blogger sinaganaga said...

off topic.

matjan, beruang, rimau;
hadiah juring ada pada spyz.
maklum.
naga

7/19/2005 06:02:00 PM  

Post a Comment

<< Home