Saturday, August 27, 2005

artis mahu saman MC gara2 'tepukan gemuruh'

Sabtu.
Kuala Lumpur.

seorang tukang urut terkenal di ibukota memberitahu, sekurang2nya 50 orang artis malaysia telah menelefonnya utk mendapat perkhidmatan mengurut hari ini. beliau turut hairan apabila kesemua mereka hanya ingin mengurut bahagian tapak tangan sahaja kerana bengkak.

menurut sumber yg dipercayai, selebetri2 tersebut telah menghadiri sebuah majlis anugerah pada malam sebelumnya. apa yg membengangkan mereka ialah mereka 'disuruh' bertepuk tangan dengan gemuruh setiap kali pengacara majlis menghabiskan setiap ayat.

"saya bercadang menyaman pengacara tersebut kerana telah membuatkan jari2 saya yg comel ini bengkak" dakwa artis HYW.

seorang artis genit dari utara semenanjung yg dicalonkan sebagai 'pelakon kayu wanita terkeras' pula mengesyaki bahawa pengacara tersebut telah disuap oleh tukang urut tersebut bagi membuatkan para hadirin bertepuk tangan hingga menggegarkan dewan di mana majlis berlangsung.

"tetapi saya telah terlebih kuat tepuk kerana saya memakai gelang2 kecil sahaja malam tadi, kalau tepuk pelan2, nanti orang tak tau saya pakai gelang" ujarnya.

bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, pengacara majlis tersebut masih tidak dapat dihubungi utk mendapatkan penjelasan.

dalam masa yg sama, kesemua wartawan hiburan tanahair telah dikerahkan utk menjejaki pasangan pengantin 'baru yg tak baru sangatlah' setelah pasangan tersebut mengeluarkan kenyataan 'jangan ganggu kami'.


1 Comments:

Blogger sinaganaga said...

>>
dalam masa yg sama, kesemua wartawan hiburan tanahair telah dikerahkan utk menjejaki pasangan pengantin 'baru yg tak baru sangatlah' setelah pasangan tersebut mengeluarkan kenyataan 'jangan ganggu kami'.

Aku tahu siapa. Bukunota. Kan? Kan? Kan?

8/29/2005 08:14:00 PM  

Post a Comment

<< Home