Tuesday, October 04, 2005

dan tasbih itu menjadi kenangan..



ahad, 10.15 mlm..

"P, epet1 telefon, nenek baru meninggal kejap tadi..". abah.

berkira2 mahu pulang seorang atau seberataan2. memel ada periksa sekolah agama n sekolah kebangsaan esok. ahhh.. terlalu dunia kau ni spyz.. 12.30tgh malam, gerak. semua..

aku tak tahu utk 'rasa' macam mana ketika itu. sedih, pilu, gembira.. apatah lagi bila memandu sejauh 400km di malam yg gelap diiringi hujan lebat sekitar ayer keroh. sedih, kerana aku tiada di sampingnya ketika beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir (sonata musim salju??). pilu, aku antara cucu yang rapat dengan dia, pernah tinggal bersamanya ketika umur aku 5@6 tahun.. gembira, keadaan beliau memang dah uzur sejak 2 bulan terakhir ini. khamis lalu pun dia baru pulang dari hospital setelah terlantar 2 hari. badannya sudah mati sebelah. mungkin mati itu lebih baik untuk dia. ahh.. terlalu kejam bunyinya..

6.30 pagi aku sampai di kota tinggi, ambik abah. mandi-manda, sarapan ala kadar, bertolak ke mersing. kereta sudah penuh di laman rumah nenek ketika aku sampai. ada yg aku kenal, ada yg tidak (ini yg lebih ramai).. yg pasti, semua cucu ada terkumpul kali ini, tak seorang pun tinggal w/pun ada yg sampai setelah selamat dikebumikan..

aku tolong mana yg boleh. orang kampung pun dah cukup ramai. tambah lagi sepupu sepapat dan sedara mara..

selamat kebumi menjelang tengah hari. panas terik, penat badan, mengantuk, nasib baik aku tak pengsan. lepas mandi aku curi masa melelapkan mata. tak sempat makan tengah hari pun.. hujan lagi.. lebat...

aku ambil cuti 2 hari. macam mana pun, kena pulang ke KL malam ini juga. esok memel kena ambil periksa, dia pula kena jaga periksa di sekolahnya..

5.30 petang, gerak. tiada lagi harum tangan nenek utk aku salam dan cium kali ini :-( :-( :-( yang tinggal hanyalah rumah usang yang semakin 'japok'3 itu..

12.00 mlm, sampai di KL semula.. 1000km perjalanan dalam masa 24 jam terlalu penat untuk aku mimpi apa2 malam ini..

nenek, kau salah seorang yang ingin aku berada di sisi.. di syurga nanti.. InsyaAllah.. Amin..

nota tapak kaki :
1. adik lelaki aku yg tinggal di kampung
2. banjar: kesemua sekali
3. banjar: reput, usang


3 Comments:

Anonymous Op said...

takziah dari kami spyz. bnyk2 bersabar dgn dugaanNya.

10/05/2005 05:17:00 AM  
Anonymous Syida said...

Takziah..

10/05/2005 11:01:00 AM  
Anonymous napang said...

salam Takziah

10/03/2007 10:15:00 PM  

Post a Comment

<< Home