Friday, October 14, 2005

kerja orang takde kerja..

.

..

...


5 Comments:

Blogger spyz said...

Nostalgia: Blues Gang belum ada tandingan
Oleh Zainuri Misfar

Terus utuh dan dikenali sehingga kini walaupun hampir 30 tahun dalam industri muzik Malaysia.

LAGU Apo Nak Dikato amat sinonim dengan Blues Gang. Lagu dalam loghat Negeri Sembilan yang menceritakan suasana di Kuala Pilah, Tampin, Teluk Kemang, Seremban dan Port Dickson disampaikan secara bersahaja.

Itulah muzik blues - muzik orang kulit hitam Afrika yang mengenai luahan perasaan mereka semasa menjadi hamba abdi. Kumpulan blues nombor satu di Malaysia ini nampaknya belum dapat ditandingi oleh mana-mana kumpulan muzik baru dalam genre muzik blues.

Kemunculan awal Blues Gang adalah kesinambungan atau lanjutan daripada muzik pop yeh yeh yang gah pertengahan tahun 1960-an dan awal 1970-an. Pop yeh yeh adalah istilah tempatan kerana ia muzik rock n roll atau dalam erti kata lain aliran blues versi orang kulit putih kerana muzik rock n roll dan blues mempunyai ciri hampir sama.

“Sejarah Blues Gang bermula awal tahun 70-an. Diberi nama Blues Gang sebab masa itu kami dipanggil budak-budak blues. Kami kerap bermain muzik blues. Makan blues, minum blues, tidur blues...jadi muzik blues memang mempengaruhi kami.

“Pada mulanya tidak ada pun nama Blues Gang. Kami tidak ada nama. Bila orang tanya, kamu dari kumpulan apa? Kita jawab tidak ada nama. Cuma kata, kami ni ‘blues gang’ atau geng kumpulan blues sebab selalu main muzik blues. Sejak itulah, nama Blues Gang dikenali sampai sekarang.

“Pendek kata, Blues Gang tu maknanya kumpulan Blues sebab kami selalu memainkan muzik blues,” Ito Mohamed, menyingkap sejarah Blues Gang.

Menurutnya, corak persembahan muzik Blues Gang banyak dipengaruhi pemuzik lagenda seperti James Gregory, selain BB King, Ray Charles dan Louis Amstrong.

Tambah Ito lagi, selepas dia memperoleh Diploma Chartered of Transport Institute dari Institut Teknologi Mara pada 1973, dia terus menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa sehingga sekarang.

“Orang pun hairan kenapa saya main muzik. Saya pun tak tau. Tapi masa itu mana ada pekerjaan yang sesuai dalam bidang pengangkutan,” katanya.

Selain Ito yang menjadi penyanyi utama dan bermain harp, anggota awal Blues Gang ialah Mat Dollah yang bermain gitar utama, Jim Madasamy (bass) dan Shaikh Abdul Karim Shaikh Ahmad (Karim) sebagai pemain dram selain menjadi penyanyi kedua kumpulan ini.

Apabila Mat Dollah berhijrah ke Australia, tempatnya digantikan Julian Mokhtar, kemudian masuk pula seorang anggota baru, Ghani Talib untuk bermain keyboard. Selepas bermain muzik berteraskan blues beberapa tahun, mereka muncul dengan album pertamanya, album Inggeris bertajuk Anytime Any Day pada 1978.

“Konsep muzik blues masa itu memang benar berbeza dari kumpulan lain yang kebanyakannya tampil dengan muzik disko seperti kumpulan Carefree dan Discovery,” jelas Ito lagi.

Setahun kemudian, Blues Gang muncul dengan album Melayu pertamanya berjudul Ibu dan pada 1980, mereka tampil dengan album ‘Cinta Oh Cinta’.

“Saya suka lagu Cinta Oh Cinta. Ia antara lagu masterpiece Blues Gang, kerana lagu itu sebenarnya bertemakan ketuhanan...cinta pada Yang Maha Besar. Tapi lagu Khatulistiwa juga besar maknanya. Ia lagu yang masih relevan dengan suasana sekarang mengenai kemajuan, perpaduan, keharmonian dan pemikiran orang kita,” katanya.

Rahsia lagu Apo Nak Dikato

Pada 1981, Blues Gang muncul pula dengan album Apo Nak Dikato, yang terus segar hingga sekarang.

“Lagu Apo Nak Dikato memang cerita sebenar. Lagu itu turut menceritakan pantai Port Dickson kerana dicemari dengan air najis khinzir. Tapi disebabkan saya tidak boleh sampaikan secara terus terang, saya tulis ‘air laut bertambah masin’ yang kalau difahami bermaksud air pantai Port Dickson sudah kotor teruk,” jelas Ito menceritakan di sebalik lagu itu.

Sehingga kini, Blues Gang sudah menghasilkan 13 album, manakala Ito pula mempunyai lapan album solo.

Apapun, nama Blues Gang tetap gagah sehingga sekarang. Lagunya apabila sesekali disiarkan di radio tetap memberikan nostalgia kepada peminatnya.

Selain Apo Nak Di Kato, Blues Gang juga popular dengan lagu Ibu, Oh! Mama Saya Mahu Kahwin, Bukan Senang Jadi Senang, Peristiwa Lama, Khatulistiwa, Cinta Oh Cinta, Sakit Sakit Sakit, Ceritaku dan Jambatan Tamparuli.


Khatulistiwa

Dari Langkawi kita belayar
Singgah sebentar berjual beli
Zaman kita nak kejar mengejar
Siapa yang lambat mesti ke tepi

Teluk Cempedak pantainya indah
Pasir putih cantik sekali
Bukannya mudah perkara mudah
Kalau tak cuba berkali-kali

(korus)

Hei..orang kita Khatulistiwa
Di mana juga Nusantara
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Itulah dia amalan hidup kita

Naik keretapi ke Sungai Petani
Ramainya orang ke pesta ria
Melayu Cina India Serani
Bersatuj jiwa bekerja semua

Good morning Sir dahulu kala
Selamat pagi Tuan ditukar ganti
Hapuskan kawan segala sengketa
Marilah hidup dalam hamoni

Marilah makan tembikai cina
Rasa tak puas menghilang dahaga
Wahai adik adik abang bertanya
Dah besar nanti nak jadi apa

Timur dan Barat utara selatan
Dari Surabaya ke Singapura
Memang sudah jadi sebut-sebutan
Tepuk dada tanya selera

Lagu & lirik: Ito Mohamad


Profil Blues Gang

Tahun ditubuhkan: 1976

Genre Muzik: Blues

Anggota Asal Blues Gang:
1. Ito Mohamad @ Mohd Arif Kendut - penyanyi utama/harp
2. Mat Dollah - gitar (diganti Julian Mokhtar selepas album pertama)
3. Shaikh Abdul Karim Shaikh Shaikh Ahmad - dram/penyanyi
4. Jim Madasamy - gitar bass
5. Ghani Talib - keyboard

Filem - Kembara Seniman Jalanan (1986)

Tempat Julian Mokhtar kini diganti Yan Anderson

Album Blues Gang
1. Anytime Any Day (1978)
2. Blues Gang (1979)
3. Cinta Oh Cinta (1980)
4. Tertipu (1980)
5. Apo Nak Dikato (1981)
7. Khatulistiwa (1982)
8. Living It Up (1983)
9. Zaman Berubah
10. Inikah Dia
11. Mencari Penyelesaian

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Hiburan/20051014080937/Article/

10/14/2005 06:24:00 PM  
Blogger spyz said...

mlay mail - 1 1nya sokabar harini yg bgtau sapa polis tsbt

*************

IGP's son in alleged scam to sell Ramadan Bazaar lots:
‘Let us allow ACA to complete probe’
GERALD RAJA and MARHALIM ABAS
KUALA LUMPUR, Oct 14
------------

"Let’s leave the ACA (Anti-Corruption Agency) to complete its investigations."

This is what Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Omar, whose son has been detained by the ACA for alleged corruption, told The Malay Mail last night.

"I have never tolerated corruption (in the force)."

The IGP, who has twin sons and a daughter, said: "As a father, I am very hurt by what has happened."

Bakri was commenting on the arrest of his son in connection with a scam to sell Ramadan Bazaar hawker lots.

The 30-year-old was believed to be one of two people remanded for three days by the ACA to facilitate investigations.

Yesterday, the duo were taken to court where magistrate Nazran Mohd Sham ordered that they be remanded.

It was alleged that the suspects were canvassing for buyers for the lots at RM11,000 each.

However, it could not be ascertained whether they were allocated hawker lots by City Hall for the bazaar.

City Hall only charges RM250 for each lot at the annual bazaars.

The bazaars are those located in Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India and Chow Kit area.

It is learnt that a report was lodged with the ACA by one of the people approached by the duo.

The complainant lodged the report after he was told it was a scam as the duo were not allocated lots.

With the co-operation of the intended victim, the ACA conducted an operation to rope in the suspects. When the money was handed over to the duo, the ACA arrested them.

Bakri, known for his no-nonsense attitude and a stickler for discipline, was appointed IGP on Nov 6, 2003, succeeding Tan Sri Norian Mai.

His appointment was well-received by both the public and the international community.

Bakri was due to retire last year but was offered a year’s extension, with an option to extend for another 12 months.

http://www.mmail.com.my/Current_News/MM/Friday/Frontpage/20051014102631/Article/index_html

10/14/2005 06:33:00 PM  
Blogger Bukunota said...

This comment has been removed by a blog administrator.

10/15/2005 12:47:00 PM  
Anonymous kelopaksakura said...

ni trend mana plak ni tulis blog dalam komen column? baru eh? :D

10/15/2005 03:13:00 PM  
Blogger oRaNG YaNG BoRiNG said...

erk.. pening aku baca komen nie...
komen ke entry nie?

10/17/2005 12:42:00 AM  

Post a Comment

<< Home