Wednesday, May 10, 2006

moralnya ialah...

Message sent from 0163576767
Message sent at 10/05/2006 08:42:02
Message text:
jgn jadi bidan sendiri

dan

jgn beranak dlm kereta!!!

p/s badi 'elite'???


4 Comments:

Blogger kunci hilang said...

spyz,
ada dvd 'taxi'?

5/10/2006 10:50:00 PM  
Blogger tuan tanah said...

ditalak satu pun ada moral rupanya... ooo...

haha. saya blur!

5/11/2006 01:21:00 AM  
Blogger spyz said...

KH - 'taxi' yg cerita france tu takde, tapi 'taxi driver' yg robert de niro tu adalah..

TT - semua benda ada moral. moral-benda utk dijadikan sama ada tauladan ataupun sempadan..

serius plak aku jawab.. hehe

5/11/2006 07:07:00 AM  
Blogger spyz said...

UPDATE : 12/05/06

[u wrong, i wrong, hope to learn something right from all of this mess...]

Edisi Nasional: Janji Norman kepada Abby

Oleh Nor Akmar Samudin dan Mohd Razlan Salleh
am@hmetro.com.my

GOMBAK: “Secara terbuka hari ini (semalam) saya mohon maaf kepada Abby atas apa yang berlaku. Tempoh perceraian kami juga amat singkat kerana saya terlalu sayangkan keluarga.

“Saya tak boleh hidup tanpa isteri dan anak-anak kerana merekalah kekuatan dan `tulang belakang’ saya.“Apa yang berlaku memberi banyak pengajaran kepada saya iaitu walau apa pun yang terjadi dalam rumah tangga, elakkan perceraian,” itulah luahan hati Norman Hakim, 30, sebaik merujuk kembali dengan Abby di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Gombak Timur di Hulu Klang di sini, semalam.

Sebelum itu, Norman dan Abby mendaftar perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya bersyukur kerana segala mimpi ngeri yang dihadapi selama seminggu ini sudah pun berakhir.

“Kami sepakat untuk hidup bersama semula dengan hati terbuka dan tulus ikhlas demi anak-anak. Bagi memelihara kerukunan rumah tangga, saya berjanji tidak akan melakukan perkara tidak elok lagi selepas ini,” katanya.

Pasangan yang sama-sama popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu, masing-masing memegang watak Ketua Inspektor Aliza dan Inspektor Haris, bercerai Jumaat lalu, gara-gara dakwaan kemunculan orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 3 dan Marissa Dania Hakim, 10 bulan.

“Selepas berbincang dan saling meluahkan perasaan masing-masing, saya dan Abby sepakat menyelesaikan kes perceraian kami dengan terus rujuk semula atas kerelaan kami berdua.

“Dengan apa yang berlaku, kami kembali mengkaji kelemahan dan kekurangan masing-masing serta jangan lagi memikirkan perkara buruk.

“Bagi menyelesaikan setiap masalah yang timbul, kami perlu buang ego masing-masing kerana ia adalah penyebab keruntuhan rumah tangga,” katanya.

Sepanjang sesi temubual itu Norman dan Abby menitiskan air mata menyebabkan suasana menjadi hening seketika.

Pasangan suami isteri itu kembali memaparkan kemesraan mereka apabila Norman memeluk Abby untuk menenangkan perasaannya yang sebak.

“Apa yang berlaku pada 5 Mei lalu (tarikh Norman melafazkan cerai terhadap Abby), bukan atas kehendak kami tetapi terjadi juga kerana masing-masing dalam keadaan sangat tertekan dan begitu kritikal.

“Dalam keadaan marah dan diri yang alpa, ada anasir ketiga yang menambahkan lagi kekusutan sedia ada. Saya akui saya jatuhkan talak satu terhadap Abby apabila emosi mulai menguasai diri.

“Walaupun saya sudah buat silap, Abby masih maafkan saya, malah dia tidak pernah memburukkan saya,” katanya.

Sementara itu, Abby turut mengaku kesilapannya memohon cerai daripada Norman ketika dalam keadaan tertekan.

Mengenai orang ketiga yang didakwa merosakkan rumah tangganya, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, berkata dia tidak akan memaafkannya sama sekali.

“Saya tidak mahu berjumpa atau berhubung dengannya lagi kerana dia tiada kepentingan dalam hidup saya.

“Saya mudah memaafkan orang tetapi apabila wanita itu kata dia tidak tahu langsung mengenai hubungannya dengan Norman, saya cukup terkilan dengan sikapnya itu.

“Bagaimanapun, saya bersyukur sangat kerana dapat kembali bersama suami dan Insya-Allah, kami akan membuat majlis kesyukuran selepas ini,” katanya sambil mengesat air mata.

Terdahulu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon merujuk semula selepas tujuh hari menceraikan Abby hasil perbincangan dari hati ke hati terutama membabitkan masa depan keluarga dan anak-anak.

Pasangan berkenaan yang hadir bersama dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi.

Norman yang bersongkok dan berpakaian serba hitam manakala Abby berbaju kurung serba merah jambu, terus ke kaunter mahkamah untuk mendaftarkan perceraian mereka.

Pasangan berkenaan kemudian ke Pejabat Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai, untuk mendaftarkan pengesahan pengakuan rujuk yang dilafazkan.

Pengesahan rujuk itu dilakukan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai Gombak Timur, Mohamed Shouid Awalludin, kira-kira jam 10.45 pagi.

sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/BeritaUtama/20060512090249/Article/indexm_html

5/12/2006 12:46:00 PM  

Post a Comment

<< Home