Thursday, July 13, 2006

no wedding but a funeral...

...

"awak, ada berita sedih..."

"hah?? kenapa???"

"ingat tak ciknana, dia dah meninggal..."

"hah? ye ke?? bila?? kenapa?? bla bla bla...
awak pegi lah melawat, dia kan such a 'good girl'..."



*******************


yeh.. 'good girl'...

kak sheila selalu menganggap dirinya sebagai 'orang luar' dalam GJ.
tidak ramai GJ yang menyapa beliau jika dalam keramaian GJ kecuali mereka yang memang dah selalu berjumpa.

tapi, tidak bagi ciknana.

mesra dgn semua orang. peramah. periang-happy go lucky. suka melayan kanak2. ringan tulang etc. kontras sekali dgn luarannya yg nampak 'keras'.. 'PR'nya bagus sekali...


*******************


tak pernah GJ ada majlis penyerahan kuasa kepada presiden baru, kecuali pada 2004. cikeasy kepada tokrimau.

masih aku ingat lagi majlis itu, foodcourt precint 8 putrajaya.

kerana lokasinya yg agak jauh, aku sukarela menjadi agen logistik (driver lah tu..). ramai juga yg bagi nama.

selepas maghrib aku bergegas di stesen putra bangsar.

"ehh.. sorang aje?? mana yang lain??"

"entah, diorang tumpang kereta lain kot"


dan beliau adalah ciknana.

dgn baju kerja yg masih tersarung, mulutnya tak putus2 bercerita. kebetulan beliau baru berpindah ke opis baru. aku meng'hmmm''hmmm'kan saja... [baca: spyz pemalu orangnya :-) ]

tamat majlis makan2, kutuk2, sorak2, huha huha, aku, tokrimau, cikeasy dan elin bercadang menyambung 'parti liar' kami di kajang.

"kalau bawak anak dara orang keluar, jangan lupa hantar pulang sampai depan pintu rumah" pesan nenek terngiang-ngiang di telinga aku.

aku serba-salah. mujur juga ada kereta mie. dan mereka terpaksa berhimpit2.

dan aku masih rasa bersalah. maafkan aku...


*************


beliau antara batch terawal dlm GJ, sekitar 2002. kami sama2 menjadi AJK ketika di bawah pimpinan presiden gila kuasa tokrimau.

jika ada acara 'meronggeng', adalah beliau. tidak hairan jika beliau mendapat anugerah 'GJ paling aktif' pada majlis gathering GJ 2004. ringan tulang orangnya. seingat aku tak pernah miss tiap kali gathering tahunan dan majlis2 utama GJ..

selain itu beliau juga sangat aktif dalam melayu.com. sebuah lagi komuniti siber yg dianggotainya. tidak ketinggalan TAers (textamerica photoblog)

pun begitu sekitar 2005 dan tahun ini beliau agak memencilkan diri atas sebab2 hanya beliau sendiri yang tahu.

kali terakhir aku berjumpa dengannya, 1 januari lalu, sewaktu gathering GJ di putrajaya. dan seperti selalu, tak lupa menyapa kami sekeluarga. masih terngiang2 suara beliau sewaktu bermain 'bola melekat' dengan memel di belakang dewan...

selepas itu kelibatnya tak aku lihat lagi. hanya namanya muncul di Juring II.. w/pun cuma seketika...

Suzana bt Mohd Shair @ CikNana,
w/pun boleh dikira dengan jari berapa kali kita pernah berjumpa, tapi kami sekeluarga tetap terasa kehilangan kau juga..

moga roh kau tenang di sisiNya. Aminnn...

Alfatihah.

link :

blog ciknana
texamerica ciknana - tgk last pic post
forum posting
kenangan lalu - thanks amyz


3 Comments:

Blogger amyz! said...

no words can express how guilty i am. and how regret i am that i never told her how much i love her~

7/15/2006 04:02:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... film editing schools

3/16/2007 07:56:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. » »

4/26/2007 02:26:00 AM  

Post a Comment

<< Home