Tuesday, August 08, 2006

elegent (deafening?) silence vs bare all...

Law 4 :

Always Say Less than Necessary

When you are trying to impress people with words, the more you say, the more common you appear, and the less in control. Even if you are saying something banal, it will seem original if you make it vague, open-ended, and sphinxlike. Powerful people impress and intimidate by saying less. The more you say, the more likely you are to say something foolish.

link :
The 48 Laws of Power - Wikipedia
The 48 Laws of Power - List
Power, Seduction And War - The Robert Greene Blog
Even Artist Read the book

p/s tuan punya buku, wa pinjam sampai wa beli sendiri itu buku aah :-)


4 Comments:

Blogger tujuh86 said...

Robert Green sudah keluar buku baru. Tak ingat tajuk dia, tapi kali ni based on Sun Tzu's The Art of War.

Check it out!

8/08/2006 11:26:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

The 33 Strategies of War[http://www.amazon.com/gp/product/0670034576/ref=ase_robertgreene-20/104-9464247-4762355?s=books&v=glance&n=283155&tagActionCode=robertgreene-20]

8/09/2006 07:00:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Wawasan 2020 tetap jadi matlamat

Wawancara Pengerusi Bernama, Datuk Mohd Anuar Zaini bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri yang disiarkan TV3, jam 8.30 malam tadi.

************

Perdana Menteri mahu rakyat nikmati kehidupan lebih bermutu

PADA 31 Oktober 2003, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelima. Pelbagai kenyataan dan dasar baru telah dikeluarkan, meniupkan satu angin perubahan yang menjanjikan bayu pembaharuan.

Imaginasi ini telah diterima rakyat jelata seperti dicerminkan sokongan padu dan kemenangan Barisan Nasional pimpinan besar pada pilihan raya umum pada 2004 lalu. Janji-janji itu telah diterjemahkan baru-baru dalam bentuk pelan pembangunan yang begitu menyeluruh iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Apakah inti pati utama sebagai memenuhi manifestasi pilihan raya 2004 seperti yang terkandung di dalam RMK-9.

Yang pertama ialah RMK-9 mempunyai satu matlamat besar untuk mencapai Wawasan 2020. Itu yang pertama dan kita masih di atas landasan itu.

Kedua, ia ada hubung kait dengan usaha membangunkan modal insan bermutu. Kalau kita kekurangan modal insan yang bermutu, kita tidak boleh menjadi negara maju bagi mencapai Wawasan 2020.

Seperkara lagi, ia ada hubung kait dengan betapa pentingnya kita meningkatkan lagi nilai tambah. Selain modal insan, nilai tambah perlu ditingkatkan kerana kita mahu supaya perbezaan ketara diatasi seperti dari segi kedudukan ekonomi dan peluang untuk menikmati kemajuan.

Saya juga mahu rakyat dapat menikmati satu kehidupan yang bermutu.

Perkara-perkara yang menjadi keutamaan Datuk Seri ini memakan masa lama untuk dicapai umpamanya modal insan. Rakyat sudah dibiasakan dengan pembangunan fizikal hingga mereka beranggapan ia memberi manfaat langsung dan cepat.

Rancangan saya untuk membawa (mencapai) Wawasan 2020, maka, sebab itu perlu ada pendekatan yang mesti dilaksanakan sepanjang masa daripada sekarang sampai 2020, seperti RMK-9, RMK-10, RMK-11. Yang saya sebut tadi ialah teras yang menjadi perlu menjadi pegangan dalam semua rancangan berkenaan.

Sebab itu saya tekankan demikian, jika tidak longgarlah rancangan berkenaan, lepas itu barulah dalam RMK-9 umpamanya ada projek yang boleh dilihat dan hendak dilaksanakan itu. Pelbagai projek, ada pun yang telah diumumkan seperti membangunkan kawasan dan koridor baru yang mana pembangunannya telahpun dimulakan tahun ini.

Seperti yang diumumkan 880 projek bernilai RM15 bilion, ia adalah pembangunan fizikal, itu belum habis lagi, baru peringkat pertama.... nanti akan diumumkan lagi selepas ini dari semasa ke semasa.

Adakah ini perubahan yang cukup berbeza, sebab penilaian rakyat selama ini ialah Yang Amat Berhormat (YAB) sangat berhati-hati, bimbang dengan defisit negara. Tiba-tiba muncul dengan pengumuman besar - RM15 bilion yang akan dibelanjakan untuk 880 projek.

Ini kerana (kita) ada duit, dan kita boleh keluarkan wang itu. Dulu, ketika saya ambil alih (jadi PM) defisit (bajet) agak tinggi dan jika terus meningkat ia akan membawa kesan tidak baik, terutama persepsi terhadap diri saya dan juga menjadi masalah kerana saya adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, jadi dengan itu ia akan membawa kesan buruk kepada ekonomi.

Pada masa itu tentulah (perlu) diberi perhatian kepada defisit, tetapi kita berjaya mengurangkannya dari setahun ke setahun. Sewaktu ia dikurangkan, ekonomi masih menikmati pertumbuhan dan keadaan inflasi masih dapat dibendung pada waktu itu.. tapi bila harga minyak naik, apa boleh kita buat.

Tapi dengan inflasi dapat dikawal, ekonomi semakin bertumbuh dan defisit yang semakin rendah, ini adalah satu pencapaian baik yang perlu diakui.

Apabila defisit sudah turun, maka sekarang kita sudah sedia untuk memulakan perbelanjaan, pada masa dulu tak boleh. Dengan adanya peningkatan habuan sebab pendapatan Petronas pun meningkat (kerana harga minyak naik) maka bolehlah kita belanja wang dan kita guna pendekatan lain termasuk Inisiatif PFI.

Bagaimana dengan agihan peluang untuk rakyat menikmati RM15 bilion itu.

Ia akan dibelanjakan menerusi tender, semua orang akan dapat peluang untuk dapat kontrak berkenaan.

880 projek yang hendak ditender itu pula merangkumi projek besar dan kecil, untuk keperluan pelbagai kelas kontraktor daripada A sampailah F. Ia bukan satu konsentrasi kepada projek besar saja. 880 untuk semua kategori.

Itulah hasrat Datuk Seri untuk ia (tender) dibuat secara terbuka dan adil...

Ini akan merangsang sektor pembinaan yang sekarang agak lembap, dan kedai perkakasan semua akan turut menikmati (manfaatnya).

Biasanya walaupun ada hasrat baik daripada pemimpin, mereka tak ada masa untuk meneliti di peringkat pelaksanaan. Jadi mungkin sudah ada satu jurang antara hasrat ini dan peringkat mikro atau pelaksanaan, mungkin ada jurang antara niat dan pelaksanaan yang banyak (mengundang) keraguan selama ini

Itu juga kebimbangan saya, jadi dalam teras kelima RMK-9 ialah pelaksanaan. Pelaksanaan itu sendiri menjadi satu perancangan, sebab itu ditubuhkan NITF - satu jawatankuasa pelaksanaan, saya Pengerusi, (Datuk Seri) Najib sebagai timbalan dan menteri yang mewakili agensi pusat, jadi ahli jawatankuasa ini.

Saya yakin pelaksanaan perlu berjalan dengan baik tanpa kelam kabut, perlukan koordinasi, jadi pelaksanaan perlu dirancang.

Jika sudah ada perancangan, saya akan turun ke peringkat yang sudah berupa `mikro management’. Saya tak berapa minat dengan pengurusan pada peringkat terperinci seperti ini, kerana bukan kerja sebagai Perdana Menteri untuk berbuat begini. Kita ada menteri, kerana ia kerja mereka semua, kalau (mereka) tak boleh kita gantikan dengan orang lain.

Itu yang saya hendak, kita sudah ada dasar makro dan semua strategi sudah diatur, tetapi apabila kita sudah tetapkan bahawa pelaksanaan itu menjadi satu program, ia perlu dihalusi dan dilaksanakan dengan baik. Mahu tak mahu saya kena turun ke peringkat mikro dan lihat bagaimana projek berkenaan dilaksanakan..

Sebab itu dalam lawatan ke negeri, saya jumpa pegawai dan minta diterangkan (perkembangan projek). Baru-baru ini di Terengganu, saya minta pegawai terangkan apa yang berlaku di pejabat daerah supaya dapat dipercepatkan waktu kelulusan seperti kelulusan tanah yang mengambil masa sebelum ini.

Orang sekarang persoalkan mengenai peluang ekonomi dan tender, siapa yang dapat manfaat daripada peruntukan RM15 bilion tu, di bilik berita, pemberita kutip cerita bahawa RM15 bilion tu sudah diberikan? Pengumuman itu hanya wayang dan cakap saja sedangkan ada orang sudah mendapat projek.

Itu cakap tak betul langsung, seolah-olah saya menipu rakyat... dia membuat satu gambaran saya menipu rakyat, mengumumkan sesuatu (RM15 bilion-880 projek) yang sudah diberikan kepada orang lain,.. ini cakap fitnah.

Kalau betul berani, tulis surat, biar berani kerana benar. Cakap dan kita akan ambil tindakan. Saya nak dia buktikan di mana dia dapat maklumat dan kalau tak dapat (buktikan) rasalah padahnya.

Bagi surat kepada saya dan dia boleh bagi salinan kepada orang lain kalau dia nak bagi seperti kepada polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan mana-mana lagi agensi lain, sila kemukakan bukti dan jelaskan.

Ini dia (orang yang menuduh) nak menghina kerajaan, dia nak menghina saya. Mana boleh begitu.

Dakwaan sebegini mencalar imej bersih Datuk Seri, mengapa keadaan ini boleh berlaku

Saya tak tahu sebab-sebabnya, orang berkenaanlah yang tahu mengapa dia ada sebab untuk buat tuduhan memperlecehkan saya, mungkin dia ada agenda tertentu. Kalau dia tuduh saya rasuah, tulis saja, buat apa nak mengata, ini tunjukkan dia tak ikhlas dan mungkin saya boleh katakan dia jahat.

Ramai juga orang yang masih percaya Datuk Seri masih bersih, cuma mungkin ada orang sekeliling yang mempengaruhi, seperti Khairy Jamaludin, menantu YAB.

Begini! Khairy dulu bekerja dengan saya, sebagai pegawai dia ada peranan, semua pegawai berperanan memberi laporan, soal saya terima atau tidak, ini keputusan saya.

Apabila dah timbul cerita (kononnya) anak 28 tahun ini berpengaruh sangat, dia berhenti, dan tak mahu lagi bekerja dengan saya. Tapi dia pun nak hidup juga.

Jadi dia beli syer yang kecil, jadi rakan (pemegang saham) dalam ECM Libra Bhd sebagai seorang yang punyai syer kecil dan saya tahu dia ambil loan untuk tujuan berkenaan.

Tapi kalau katakan dia rampas, ambil pelbagai projek, tiada bukti pada saya beliau berbuat demikian (mendapat projek kerajaan). Tak ada.

Adakah jadi dilema yang berat kepada Datuk Seri, Khairy selain anggota keluarga Perdana Menteri, dia juga mempunyai pengaruh dalam politik.

Soalnya, kalau dia dah masuk menjadi ahli Pemuda dan pegang jawatan Naib Ketua, dan saya masih ingat, saya cakap terang-terang, tak tahulah kalau Hisham (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) marah kerana dia cakap;

“Saya (Hishammuddin) dah buat keputusan nak cadangkan Khairy jadi naib ketua pemuda, Pak Lah jangan kacau, ini hal Pemuda. Pemuda pilih siapa yang ia mahu, we want him (kami mahukan dia), Pak Lah jangan kacau.”

Bila jadi Naib Ketua Pemuda, dia kenalah buat kerja, sejauh mana pengaruh dia kepada Pemuda bergantung kepada apa yang boleh dilakukan, diusahakannya,.. soal dia jadi menantu saya, saya tak anggap itu sebagai faktor nombor satu. Kita tak boleh beri sesuatu hanya dengan menganggap dia anak si polan bin si polan.

Orang nak tahu sejauh mana kemampuan dia, mungkin pada peringkat pertama di boo seumpamanya, tapi pada perhimpunan Umno tahun sudah, dia (Khairy) begitu berkemampuan membawa usul Pemuda mengenai ekonomi, dan dipuji pula. Sebelum itu keadaannya lain.

Apa garis panduan untuk memisahkan antara ahli keluarga, hubungan dengan Naib Ketua Pemuda dan hubungan antara Perdana Menteri dan ketika dia memohon projek.

Saya lihat dia sebagai pemegang jawatan dalam Umno, dan Naib Ketua Pemuda Umno, (jika) dia bercakap adalah atas dasar Umno. Tak pernah dia gertak, tak pernah Khairy datang minta saya luluskan projek tertentu, tak pernah. Dia tahu saya tak akan beri, saya tak akan beri pada dia.

Adakah dia digunakan oleh orang berkepentingan.

Mungkin ada orang nak gunakan dia. Orang sebegini akan mencari anak, menantu, isteri dan kawan karib, kawan sekolah, orang kampung yang kenal saya. Macam-macam orang pergi cari orang di Kepala Batas dan lepas itu bertindan kertas (permohonan projek).

Semua orang yang nak sesuatu, akan cari siapa yang mereka ingat akan boleh membantu mereka, tapi yang penting dan akan buat keputusan adalah saya. Banyak orang marah kat saya, tak pernah bagi apa-apa kepada kepada mereka setelah beberapa lama jadi Perdana Menteri. Ada juga yang dapat tapi senyap saja ... yang tak dapat komplen bukan main panjang. Kita kena adil dalam hal ini, tak boleh ikut suka.

Adakah Datuk Seri terlalu berhati-hati, teliti, hinggakan banyak pelaksanaan projek pembangunan penting tertangguh.

Kalau perkara itu penting kita perlu masa untuk fikir mengenai perkara itu. Saya ada pengalaman dua tahun setengah sebagai PM, saya tahu orang kata kuasa PM itu banyak, tapi dalam hal ini saya tiada banyak pengalaman untuk membuat sesuatu secepat mungkin.

Saya tahu satu perkara sejak jadi PM, apa yang saya buat, buruk baiknya banyak orang akan terima kesannya. Kalau baik Alhamdulillah, tapi kalau buruk ramai orang akan menderita dan sengsara, ini yang saya takut.

Adakah kerana terlalu berlembut membuatkan orang salah anggap. Ini kerana mengikut konsep pengurusan Machiavelli umpamanya, pemimpin perlu popular dan ditakuti, dan jika ada satu pilihan saja, maka pilihannya ialah ditakuti.

Saya tahu dengan falsafah itu. Saya lebih suka saya dihormati. Sebagai orang Islam, saya tak pegang pada falsafah itu. Kita tak boleh kata matlamat menghalalkan cara, tak boleh begitu.

Rakyat lihat perbandingan, seperti watak Lee Kuan Yew di Singapura. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selama 22 tahun, begitu juga karektornya (ditakuti) barulah negara kita akan berjalan, bila Pak Lah datang, sifat terlalu berlembut itu disalah anggap sebagai lembap?

Bukan soal lembut atau keras. Soalnya tegas dengan pendirian di atas apa yang difikirkan wajar dan benar. Keras, lembut, lembik itu lain, yang penting pada saya kebenaran dan keadilan, kalau yang dibuat itu benar dan adil, maka ada ketegasan dalam keputusan itu, tak payahlah nak `gungho’ lagi.

Saya pernah buat keputusan yang susah kepada saya tapi saya buat selamba, tak payah nak tunjuk apa-apa.

Tapi ada dalam keadaan kami lihat dua menteri yang menghuraikan satu masalah dengan nada berbeza?

Nada berbeza tak mengapa, jangan maklumat. Sesetengah orang nadanya lembut. Datuk Seri S Samy Vellu cakap apa pun dengan (nada) keras, ada menteri lain, Mustapa Mohamed nada biasa saja. Yang penting jangan beza dari segi isi... itu yang selalu saya tegur dalam jemaah menteri.

Ada mereka yang cakap berlainan

Selalu kalau ada perbezaan, saya akan terus telefon mereka, masuk saja kereta saya telefon dan tanya mereka, untuk perbetulkan balik.

Pernah saya call (bekas Menteri Alam Sekitar) Datuk Lau Heng Ding, buat open burning saya tegur. Dr Khir Toyo, mengenai masalah 200 penanam sayur dikerah tinggalkan kawasan itu... walaupun illegal, saya katakan kat dia agar semak sebelum perang mulut terjadi antara pekebun Cina dan kerajaan Melayu ..., 80 peratus sayur KL datang dari kawasan itu,,. maka saya suruh Selangor halalkan kawasan itu dan jadikan kawasan penanaman sayur pelbagai kaum... begitu juga Datuk Seri Musa Aman...

Memandangkan kita di ambang menyambut kemerdekaan, orang ramai sekarang bimbang dengan penjajahan baru, terutama pemilikan saham asing dalam syarikat tempatan terutama dari Singapura?

Apa salahnya syarikat lain nak beli dalam syarikat kita. Itu baik kerana mereka yakin dengan kita...

Tapi yang penting, kontrol.... Setakat ini tiada syarikat kita yang dikuasai orang lain, soalnya kita buka kepada semua orang termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, Korea... kalau Singapura berminat dia beli la, tapi banyak orang bila sebut Singapura mereka melenting, saya pun tak faham kenapa, tanya merekalah...

Banyak persoalan dibangkitkan bahawa Pak Lah tidak menyokong Proton. Hari ini timbul kebimbangan seolah-olah pada era Pak Lah, projek Proton tak mendapat perhatian sama sekali?

Projek ini memang mendapat perhatian. Saya tahu Proton sebuah syarikat nasional, kebanggaan rakyat Malaysia dan saya tak akan benarkan Proton nanti tersungkur... jatuh.

Saya akan buat apa saja untuk membantu Proton dan ia banyak vendor dan kalau Proton sakit, banyak juga vendor akan sakit. Dengan itu saya telah mengambil kepastian Proton dipastikan tidak akan tersungkur atau gulung tikar.

Termasuk menilai semula NAP yang menjadi punca (kelemahan Proton)?

Ya kita tak ada masalah untuk menilai punca dan memperbaikinya .. pada saya tak pernah jadi masalah, kalau tak betul, kita betulkan dengan cepat.

Ramai orang tahu Datuk Seri ikhlas, tapi mungkin niat itu akan terganggu dengan kepentingan bisnes. Ada orang kata Kamaludin salah guna hubungan dengan Perdana Menteri untuk dapat bisnes

Kamal (Kamaluddin) tak pernah salah guna hubungan dengan saya. Kamal buat bisnes dalam satu bidang, integrated oil & gas yang mana hanya ada dua syarikat seumpamanya di dunia (satu di Amerika), dia tak terbabit dengan mana-mana syarikat lain itu syarikat dia.

Dia beroperasi di luar negara, kalau mana-mana orang tanya dia akan kata, bapa dah jadi PM, susah nak cari makan, maka dia beroperasi di luar negara. Lebih 80 peratus bisnesnya dari luar negara..., itu rezeki dia di luar negara. Petronas pernah juga beri kontrak untuk tender antarabangsa terbuka, itupun yang dia dapat itu terlalu kecil berbanding apa yang dia dapat dari luar negara.

Dia biasa bersaing dengan syarikat lain untuk mendapatkan tender, dia juga tender untuk projek dari Murphy, Shell dan Esso.

Itulah kerja dia. Kamaluddin tak pernah terlibat dalam mana-mana syarikat tempatan atau mana-mana konsesi, tak pernah kerajaan bail out (menyelamat) untuk dia.

Sejak jadi PM dan Menteri Kewangan, tidak pernah apa yang dia buat sampai pada pengetahuan saya yang kerananya saya angguk, tak dak langsung...dan dia pun bukan urus langsung syarikat itu, dia ada pengurusan, dia sebagai tuan punya (pemegang saham) dia buat dasar, seperti buat gerakan nak ambil alih syarikat Singapura yang ada 188 kapal untuk angkut arang batu di Indonesia.

Ada orang kata projek monorel di Pulau Pinang pun telah dikhaskan untuk Kamaludin

Mana cakap macam tu, siapa cakap macam tu. .I tell you Anuar, it’s hard to be nice you know?

Mungkin itu adakah sampai masanya untuk tak jadi nice, lembut

Saya pun bimbang juga takut terlajak... nanti jadi susah saya..

Mengapa Pak Lah memilih untuk berdiam diri terhadap dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Saya memilih berdiam diri kerana tak mahu bertengkar dengan Tun (Mahathir) dalam surat khabar... dan Tun sendiri pernah kata, dia rasa kecil hati kerana maklumat yang hendak didengar tidak diperoleh, maka kalau PM tak cakap, berilah menteri-menteri bercakap.

Jadi saya pilih supaya menteri bercakap. Banyak perkara yang Tun sebut, ia ada kaitan dengan menteri berkaitan dalam bidang kementerian tertentu, mereka bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat, rakyat yang ingin tahu...

Itu yang dijelaskan, jemaah menteri juga lebih suka jika saya tak bercakap, dan banyak orang yang menganggap saya tak bercakap itu adalah baik. Banyak yang datang supaya saya jangan cakap, nanti lebih kelam kabut, banyak juga yang tak seronok bila saya tak bercakap. Persoalan sekarang ditujukan kepada kerajaan dan kerajaan menjawab.

Bagaimana persoalan berkaitan keluarga

Saya tak suka membawa hal berkaitan keluarga, tapi saya tahu anak-anak saya tak terbabit dalam perkara yang menjadi tuduhan pihak tertentu, sekarang saudara tanya maka saya jawablah.

Anak saya tak terbabit dalam mana-mana konsesi kerajaan atau mengharapkan bail out atau bantuan dengan minta tu dan ini, semua mereka kerja sendiri, Khairy sebagai menantu, dia kerja sendiri, dia cari kerja takkanlah hidup tak ada pekerjaan, ada anak isteri macam mana nak jaga.

Dakwaan ini tak produktif, persepsi sebegini bagaimana nak menanganinya?

Persepsi berkembang cepat,... saya ni kalau masuk main bola, baru main 10 minit orang hukum saya macam mana ni... saya belum panas, belum tingkat tempo nak bergerak.

Cara saya berbeza dengan Tun Mahathir. Cara dia amat berlainan, tapi saya tak pernah lari daripada apa matlamat, matlamat saya Wawasan 2020. Mengenai cara, ia adalah cara saya seiring dengan keadaan sekarang, tambahan pula dengan harga minyak dah naik. kita kena pilih cara, saya bertanggungjawab apa yang saya fikir...

Orang kata semua diputuskan Khairy... Khairy mana ada Khairy,,, takkanlah selepas menderita sekian lama dalam politik begitu susah, bila dapat jadi PM saya serah kuasa kat dia, mana boleh...

Agenda besar RMK-9, ada yang kata orang Melayu saja dapat manfaat?

Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, basmi miskin tegar selewat-lewatnya menjelang 2010 tanpa mengira kaum, tapi orang Melayu yang lebih banyak miskin, jadi kita beri perhatian kepada golongan ramai, sedangkan kita tak pernah abaikan kaum lain ...India dapat dana khas.

Saya berpegang kuat kepada strategi bahawa apa juga kita buat akan mendapat manfaat daripada sekalian rakyat, saya PM dan Pengerusi BN, yang sokong saya semua kaum, takkanlah bila saya jadi PM, tak tolong semua kaum. Ini selaras dengan al-Quran, kita kena adil dengan semua manusia... bukan orang Islam saja.

Saya berpegang bahawa sebagai PM, ia adalah amal ibadah, ia fardu kifayah, bila lagi nak buat amal soleh, dengan kuasa begitu besar sebagai PM, tentu saya nak adil kepada semua... inilah pegangan saya...

Fokus untuk bekerja kepada rakyat. Formula bulan madu sepanjang hayat dengan Hendon (arwah), boleh dibahagikan kepada rakyat.

Kasih sayang, adil dan ikhlas. Inilah pegangan saya untuk manfaat semua rakyat.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Rencana/20060808002536/Article/

8/09/2006 07:03:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Transkrip sidang akhbar Dr Mahathir di Universiti Teknoloji Petronas

BERIKUT IALAH TRANSKRIP PENUH SOAL JAWAB PARA WARTAWAN DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SELEPAS BELIAU MENYAMPAIKAN CERAMAH MENGENAI PENTABIRAN DI UNIVERSITI TEKNOLOJI PETRONAS DI BANDAR SERI ISKANDAR ,PERAK, ISNIN, 6/8/06.

WARTAWAN : berhubung kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang menganggap 'roadshow' Tun akan menggugat UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang?

DR MAHATHIR : Saya tak tahulah… saya seorang aje, tak dak sapa pun sokong saya. Takkanlah satu kerajaan yang berkuasa, dengan menteri, dengan menteri besar dan dengan semua jabatan penerangan, nak takut pada satu orang.

Saya ingat… ini bukan pasal satu orang tapi takut nak dengar explanation yang orangramai boleh terima. Explanation mereka tak boleh diterima orangramai, itulah yang depa takut tu…pasal buat salah.

WARTAWAN (AGENDADAILY): Apakah Tun sedar bahawa tindakan ini boleh menggugat UMNO dan Barisan Nasional (BN)?

DR MAHATHIR : Saya tak menggugat UMNO ataupun BN, cuma pemimpin saja…pemimpin yang salah. Dulu Almarhum Tunku Abdul Rahman pun macam tu juga… Datuk Onn pun bila beliau buat sesuatu yang tak secucuk dengan UMNO… beliau terpaksa undur… tapi UMNO kekal.

Lepas itu Tunku Abdul Rahman pun…UMNO kekal. Lepas orang menentang saya, sampai nak bagi jatuh saya pun…UMNO kekal.

Kita bukan kecam UMNO…kita kecam kepimpinan yang tidak patuh kepada matlamat dan perjuangan UMNO… itu aje…

Saya tak pernah kecam UMNO dalam ucapan saya… saya kecam pemimpin yang menyeleweng daripada hasrat parti.

WARTAWAN : Khairy selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah mula menjawab beberapa persoalan yang mana Tun ajukan, apa komen Tun?

DR MAHATHIR : Jawab apa… dia bukan jawab. Di mana dia dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan… siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak.

Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi (pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra.

Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam RM9 juta…kalau boleh dapat.

WARTAWAN : Bagaimana jawapan Khairy tentang MV Agusta dan isu ' tingkat 4' di JPM?

DR MAHATHIR : Yang tu saya hairan, apa kena mengena dengan dia…saya tanya Proton, apa pasal dia jawab, kenapa dia jawab…suruhlah Azlan (Pengerusi Proton) jawab…jawab soalan saya tu…

WARTAWAN ; Apakah itu bermakna Khairy berkuasa dalam hal tersebut…

DR MAHATHIR : …dia seolah memberi pengakuan, dia memang buat arahan tu…itulah saya punya tekalah, betul atau tak betul tak tahulah…

Saya nak tanya, apakah dia bagi arahan pada menteri besar dan menteri…tanya menteri, depa tak jawablah…dia kata kami sokong, itulah menteri besar sekarang, bukan dia jawab …dia akan kata kami sokong.

Apa Pak Lah buat kami sokong…jadi you nak pergi tanya diorang, apa yang you dapat…apa jawapan yang dapat…

WARTAWAN (AGENDADAILY) : Dalam jawapan Khairy ada menyentuh soal dua buah syarikat Malaysia yang telah dikuasai oleh syarikat dari Singapura iaitu Alliance Bank oleh Temasek Holding dan Pantai Holding Berhad pula oleh Parkway.Asalnya individu bumiputera tertentu telah miliki saham dalam syarikat tersebut kemudiannya telah dijual kepada bukan bumiputera seterusnya jatuh ke tangan syarikat dari Singapura.Khairy belum lagi dedah siapa individu terbabit…siapakah individu bumiputera terbabit, boleh Tun komen?

DR MAHATHIR : Barangkali adalah…anak sayalah kot. Anak saya dulu ada saham dalam Pantai Holding, dia dah tak boleh nak teruskan perniagaan, dia juallah sahamnya kepada orang Malaysia.

Kalau orang Malaysia nak jual saham pada orang Singapura, kerajaan ada hak untuk halang tapi kerajaan tak mahu tahan (halang).

Bahkan sekarang kerajaan encourage syarikat dari Singapura membeli saham syarikat Malaysia…5 persen, dalam Telekom dan lain-lain…semua itu under government encouragement … but not my governmentlah…some other government...

WARTAWAN : Bagaimana dengan roadshow' dan bila mulanya?

DR MAHATHIR : Saya tak ada roadshow , ada orang panggil… saya pergilah. Tapi ini sampai nak bercakap dengan orang UMNO tak bagi… nak cakap dengan bukan UMNO, dah kata bahaya…semua orang dilarang dengar saya bercakap. Barangkali kerana saya cakap benarlah kot, sebab tulah depa larang.

WARTAWAN : Adakah Tun buat susunatur roadshow tu?

DR MAHATHIR : No… ada orang panggil saya pergilah..tapi saya tahu setiap kali ada orang panggil (jemput saya) akan dapat panggilan telefon suruh batalkan program tu…

Macam Mubarak di Kelantan baru-baru ini, depa panggil saya…bekas wakil rakyat, kawan-kawan saya semua ni…tapi dapat panggilan telefon daripada Perth Australia suruh cancel ..akhirnya Mubarak tarik diri tapi ada orang lain buat, Alumni bekas Ahli Parlimen yang ambilalih program tu…

Saya pi (pergi) lah… orang panggil, saya pergi.

WARTAWAN : Apa komen Tun ada dakwaan mengatakan ada usaha untuk halang Datuk Mukhriz merasmikan persidangan pemuda UMNO bahagian tertentu?

DR MAHATHIR : Ya..lah, itulah yang dianggap sebagai telus. Very transparent …sekarang ni very open…newspaper sekarang ni very open tulis report…support for the government.

Setiap kali ada sesuatu, pi tanya…yang Khairy buat ni…apa pendapat Adnan (MB Pahang), apa pendapat orang ni dan orang tu…masuklah gambar-gambar ni semua, semuanya sokong, tak payah dah bubuh gambar dah, kita pakai satu gambar saja kemudian yang lain kita pakai satu sentence …segala perintah patik sokong…

WARTAWAN : Dalam ucapan Tun ( semasa ceramah mengenai pentabiran) ada sentuh soal seseorang Perdana Menteri perlu diberi tempoh beberapa ketika, apakah Perdana Menteri sekarang diberi tempoh yang lebih panjang?

DR MAHATHIR : Itu terpulanglah pada rakyatlah…kalaulah kita dapat seorang Perdana Menteri yang menjual negeri ini, adakah kita nak tunggu lima tahun…kita kena ambil tindakan awal sikit.

Kalau dia ada buat perancangan yang kita tidak tahu ia akan berjaya atau tidak, seperti perancangan SJER di Johor, pendapatnya tersendiri…tak dak siapa pengaruh dia…tapi tunggulah lima tahun lagi.

WARTAWAN (AGENDADAILY) : Proton yang memiliki saham lebih 50 peratus dalam MV Agusta didakwa tidak ada kuasa dan terpaksa tunduk pada pemegang saham minoriti dalam membuat keputusan hal yang berkaitan dengan pengurusan, sejauhmana benar?

DR MAHATHIR : Ada satu syarat saja…kalau kita nak lupuskan saham kita pada orang tertentu maka pada ketika itu kita kena bagi tahu pada minority share holder …ini dimana-mana pun macam tu juga, kalau kita nak buat sesuatu yang mungkin menjejaskan pemegang saham minoriti, kita kena dapatkan persetujuan dari pihak minoriti.

Tapi dalam pengurusan Agusta, kita kuasa penuh, kita ada director , ekskutif pun ada dalam Agusta.Tanyalah Tengku Mahaleel apa syarat yang dia buat… bila kita tanya tak boleh masuk (tulis dalam akhbar)… you pun tak boleh masuk… you suratkhabar mana…?

Wartawan Agendadaily menjawab : saya dari Agendadaily, web news melalui internet

Tun Dr Mahathir menyambung : Internet…tak lama lagi internet pun nak kena juga…pasal kita open society …mesti censor semua internet…cuma mana perintah patik sokong saja boleh masuk (siar)…

WARTAWAN : Apakah seorang Perdana Menteri yang didakwa jual negara itu perlu ditukar sebelum lima tahun?

DR MAHATHIR : I don't say …kalau dia jual negara...tak payahlah tunggu lima tahun.

WARTAWAN : Apa cadangan Tun pada rakyat.

DR MAHATHIR : Janganlah cakap saya sokong…saya sokong…bila tanya,apa yang disokong…depa jawab tak tahu…tapi kata, kita sokong, kita sokong…macam kata Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim Menteri Besar Perlis) dan Tajol Rosli (Menteri Besar Perak), kita 'support' dia sebelum ini, ketika beliau jadi Perdana Menteri dan kita support lah PM sekarang sebab Pak Lah PM sekarang.

Apa! tak dak fikir langsung ke…I don't want this supporters for doing something wrong , saya mahukan sokongan sekiranya saya buat sesuatu yang betul.

WARTAWAN : Adakah Tun tahu bahawa ada usul dari bahagian UMNO tertentu agar Tun diberi layanan baik, ada yang gesa agar MKT adakan mesyuarat khas kemudian panggil Tun agar diberi penjelasan sebaik mungkin dan tidak bersikap biadab terhadap Tun?

DR MAHATHIR : Saya tahulah ada usul itu dari ketua pemuda UMNO bahagian di Perak…tapi ianya tak boleh diterima.

Tak boleh buat macam itu ianya ditegah oleh Majlis Tertinggi…MT tidak benar buat usul yang menyentuh pemimpin bukan menyentuh UMNO.

UMNO tak dak apa-apa tapi pemimpin jangan ditegur…

WARTAWAN (AGENDADAILY) : Perkara ini apakah tidak pernah berlaku di zaman Tun menerajui UMNO dan negara. Apakah Tun bersikap terbuka semasa berkuasa dulu.

DR MAHATHIR : Saya bukan saja terbuka semasa memimpin parti bahkan saya dicabar oleh Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Pak Lah pun…mereka nak jatuhkan saya. Saya tak larang mereka pergi ke kampong-kampung, ke bahagian, ke cawangan…buat ucapan nak bagi jatuh saya…

Dan saya hampir jatuh, hanya menang 43 undi saja. Saya tak tahan mereka, mungkin mereka tak ingatlah sebab Melayu mudah lupa…Tengku Razaleigh kata, saya lebih dahsyat dari Pak Lah…agaknya dia terlupa dia pergi dok kempen semasa dia lawan dengan saya (rebut jawatan Presiden UMNO), dia lupa bahawa dia berjalan rata jumpa semua orang dan ceritalah apa keburukan saya dan kebaikan mereka…saya tak larang.

Sekarang saya tak boleh pergi dekat dengan orang bekas UMNO pun tak boleh...Mubarak adalah bekas wakil rakyat pun tak boleh juga…

WARTAWAN : Tun kata bukan hendak jatuhkan UMNO tapi nak perbetulkan keadaan, jadi apakah salahnya untuk Tun berbuat begitu.

DR MAHATHIR : Inilah demokrasi…demokrasi bermakna dengar sebelah pihak saja (sinis).

WARTAWAN ( AGENDADAILY) : Adakah Tun akan hadir ke mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu, juga ada desas desus kata Tun nak jadi wakil ke perhimpunan agong UMNO pertengahan November ini?.

DR MAHATHIR : Kalau boleh tu...kalau orang jemput saya akan pergilah…saya ada hak juga dipilih sebagai wakil daripada cawangan untuk hadir mesyuarat bahagian, saya akan pergilah. Kalau panggil atau dipilih…

Tapi nak jadi wakil ke mesyuarat agong (Perhimpunan agung UMNO di PWTC ) , tak payahlah kot…kalau saya jadi wakil pun tak boleh bercakap .- 7/8/2006

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e905c840-3132372e-10a4a320-585d75d6

8/09/2006 07:05:00 AM  

Post a Comment

<< Home