Thursday, August 31, 2006

patRIOTik...

miskinnya kita dgn filem patriotik,
terpaksa tayang 'gandhi' di malam merdeka.

bukit kepong??
leftenan adnan??
embun??
sarjan hassan??
lagi??

perjuangan national level takde ke??

"Whenever I despair, I remember that the way of TRUTH and LOVE has always won. There may be tyrants and murderers, and for a time, they may seem invincible, but in the end, they always fail. Think of it: always." - more...

even more...


3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Epilog: Filem nasional belum rasai erti, semangat merdeka
Oleh Akmal Abdullah

HARI ini kita sambut Hari Kebangsaan. Hari ini kita ingati ulang tahun bumi tercinta ini meraikan kemerdekaannya kali ke-49. Ia simbolik untuk kita lebih sedar dan tegas mengukuhkan apa dimiliki sekarang.

Berkait filem Melayu atau filem nasional, sejauh mana filem kita sudah merdeka dalam erti kata sebenar berbanding zaman kegemilangan filem Melayu pada era pramerdeka dan tahun awal kemerdekaan selepas 1957. Masa itu, filem Melayu lebih dihargai, diiktiraf dan dibanggakan rakyatnya. Dulu, filem Melayu jadi hak orang asing kini produsernya orang Malaysia. Namun, apakah filem Malaysia sudah lama merdeka? Kalau sudah merdeka, sejauh mana ia bebas dan seharusnya menjunjung budaya, bangsa dan negaranya sendiri?

Apakah kita masih lompang dengan filem berunsur patriotik. Filem patriotik bukan saja filem yang bercerita mengenai sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan atau filem perang menunjukkan perwira negara menentang penjajahan atau pengganas komunis, sebaliknya filem patriotik ialah filem memuliakan semangat dan jiwa kenegaraan. Dalam kata lain, filem patriotik harus mengangkat akal budi, falsafah sebuah negara beragama, berbudaya dan bermoral sejajar aspirasi nasional itu sendiri. Kita harus jelas memberi gambaran sebenar kehidupan rakyat Malaysia dan perlu mengikut kaca mata masyarakat kita. Realiti filem harus bergerak seiring realiti yang tidak mengganggu sensitiviti rakyat dan berpegang pada norma serta prinsip nilai.

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) harus jelas dalam mengukuhkan erti filem Malaysia mengikut sentimen negara. Namun, sedikit kenyataan Menteri KeKKWa, Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi satu temu bual dalam majalah Sinema Malaysia terbitan Finas edisi pertama April lalu, agak mengelirukan berhubung pendiriannya dalam mengkelaskan definisi filem nasional. “Tidak perlu definisi filem nasional atau filem kebangsaan. Itu tidak perlu lagi, yang perlu ialah cerita yang bagus...”

Pandangan Dr Rais seperti itu dilihat kurang wajar sebagai menteri yang melindungi seni budaya dan warisan kebangsaan yang seharusnya lebih jelas mempunyai pendirian kukuh terhadap definisi filem nasional.

Filem adalah produk seni budaya untuk merakam kehidupan masyarakat dan bangsanya. Malaysia sebagai negara berbudaya berpegang kepada prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang meletakkan kepentingan imej dan ciri nusantara sebagai tunjangnya dengan diperkuatkan imej Melayu diikuti Cina, India, Iban, Kadazandusun, Orang Asli dan pelbagai etnik lain. Semua kaum di Malaysia bersatu atas nama bahasa kebangsaan dan wajarlah ia diiktiraf dalam filem nasional secara jelas. Cerminan filem nasional harus berpaksikan filem berbudaya iaitu menonjolkan seni budaya murni, ada pengukuhan jati diri dan bangsa serta membina spiritual dan intelektual dalam estetika dan artistiknya.

Dr Rais kena berpendirian lebih jelas dalam mempertahan definisi filem nasional, apatah lagi Finas itu sendiri bermaksud Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Bayangkan, dalam usia Finas lebih 25 tahun, Finas dan warga filem kita masih teraba-raba mengenai identiti filem nasional.

Kita tidak boleh hanya bergantung pada prinsip filem Malaysia yang bagus haruslah ceritanya bagus. Persoalan bagus itu dibuat mengikut kayu ukur apa? Apa nilai, ciri dan identiti yang harus meletakkan sesuatu itu bagus, sama ada seni semata-mata, biarpun maruah bangsa dan negara tergadai, atau ukuran bagus itu pada sudut pemikiran, estetika mahupun nilai moral dan budaya? Perlu ingat, sesuatu filem itu kalau ceritanya bagus sekalipun kalau ia sudah mengelirukan budaya dan agama, apatah lagi ada agenda jahat terhadap negara dan hilang kepada kehormatan bangsa dan tidak mencerminkan jati diri, maka porak-perandalah sistem sosial. Seni dan kerja kreatif tidak mengizinkan kekeliruan atau putar belit untuk mengetepikan pegangan yang didukung selama ini oleh sesuatu masyarakatnya.

Definisi filem nasional tidak pernah mengongkong dan mengekang kreativiti orang filem, sebaliknya ia adalah cabaran berkreatif mencari pemikiran besar dan unggul supaya seni filem itu menjadi filem berbudaya, sejajar tuntutan dalam suasana di Malaysia dan lebih penting, berguna untuk masyarakatnya. Akibat pemikiran besar yang tidak boleh dicapai, kita selalunya mencari jalan mudah menghasilkan filem murahan dan mencipta karya menentang arus, protes sosial dan menghina maruah bangsa sendiri, kononnya kita berani buat perubahan dan meniru budaya filem songsang dari luar. Itu menjurus kepada agenda bacul, merosakkan nama baik Malaysia.

Sudah tiba masanya KeKKWa dan Finas berganding bahu bersama warga filem meletakkan asas kukuh berhubung definisi filem nasional. Warga filem termasuk generasi filem kini kenalah berdepan cabaran lebih sukar menerusi kerja kreatif dan bijak meletakkan imej filem nasional diharapkan, bukannya filem yang cenderung menghilangkan imej dan identiti sebenar Malaysia. Ingatlah, filem bukan sekadar simbol ekspresif dan permainan visual berdasarkan teori Barat, tetapi lebih besar ertinya untuk bertanggungjawab sebagai produk berbudaya menerusi pemikiran dan kerja seni kerana ia tuntutan masyarakat dan negara. Di sinilah, erti merdeka sebenar untuk filem nasional yang boleh dibanggakan majoriti rakyat. Di mana-mana negara di dunia, filem tetap bercakap atas nama bangsanya.

Kata orang, hutan batu di kampung orang, hutan kayu di kampung sendiri, lebih baik kampung sendiri... - akmel@bharian.com.my

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Hiburan/20060831085231/Article/

8/31/2006 04:01:00 PM  
Blogger Tok Rimau said...

Memamg kemerdekaan kita tidak Dramatik seperti Indonesia.

Pun begitu, kalau aku bikin filem Merdeka:

Kisah Jali yang tertangkap untuk membina landasan keretapi maut. Dia dan 5 kawannya (Pijol, Opi, Mat Jan, Tahrizi dan Naga) melepaskan diri dari kem di Burma dan menempunh hutan tebal Siam untuk kembali ke tanah Air. Berjayakah jali dan kawan-kawannya? Ya. Kita tunggu hingga tok rimau ada masa nak habiskan skrip.

p.s.
Tahrizi dan Naga mungkin aku tak cast, diorang terlalu sihat untuk jadi tahanan.

9/04/2006 12:45:00 PM  
Blogger sinaganaga said...

Matinya Seorang Patriot bukan filem patriot ke, Tom?

9/05/2006 09:21:00 PM  

Post a Comment

<< Home