Tuesday, August 15, 2006

pencemar akhlak...

words of wisdomlah tu konon.
sekarang siapa yg malu?
mereka dan keluarga mereka jugak...


5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Dr Rais marah gelagat Amani
Oleh Zainuri Misfar

DI atas alasan apa sekalipun, ungkapan "It will sound stupid, if I speak Malay" mendatangkan rasa dukacita dan kemarahan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menganggapnya terang-terangan menghina bahasa bahasa dan budaya Melayu.

Ungkapan itu antara perkataan yang dikeluarkan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM19), Sharifah Amani semasa berucap selepas menerima trofi kemenangannya dari pelakon veteran, Rubiah Suparman dan Datuk Rahim Razali.

Perkataan lain yang dikeluarkan pelakon muda ini ialah, “Lets do it more often if filem ini dikatakan mencemarkan budaya." Ucapannya yang dianggap sebagai kurang ajar itu mengejutkan hampir seluruh yang hadir di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dan sekali gus merosakkan acara FFM19.

Dr Rais yang ditemui media selepas acara itu berlangsung, berkata ucapan Sharifah Amani yang dirujuknya sebagai ?bintang filem perasan? itu, sebagai terlalu merendahkan reputasi bangsa dan bahasa sendiri.

“Sebutan yang dikeluarkan pemenang tertentu mungkin lantaran rasa "gubra" lantas merendahkan bahasa dan bangsa sendiri. Saya harap bintang filem seperti ini jangan diajak ke atas pentas lagi untuk memberi ucapan.

“Sebab apa yang disebutkan itu terlalu merendahkan reputasi bangsa dan bahasa sendiri. Jadi kalau seorang bintang filem berperasaan begitu, masa depan filem tempatan kurang dapat saya apitkan dengan kejayaan" katanya lagi.

Tambah Dr Rais lagi, beliau memang duka cita dengan gelagat "bintang filem itu" dan yakin perasaan itu akan turut dirasai penonton yang menonton siaran langsung FFM19.

“Caranya mencemarkan keadaan. Tentu sekali penonton seluruh tanah air memberi reaksi yang sama. Jadi sebelum surat mencurah-curah (menyatakan tidak puas hati) kepada saya, lebih saya buat pengumuman yang saya sendiri dukacita di atas gelagat bintang filem seperti itu,? katanya.

Menurutnya, walaupun bagaimana emosi pun, sebagai seorang pelakon, sekurang-kurang jiwa berpijak di bumi nyata, tidak sepanjang masa melihat bintang di langit.

“Kalau seorang (dari kaum) India dia tak mengatakan "sound stupid, to speak Indian or Tamil", (sedangkan) dia seorang Melayu dia mengatakan "sound stupid, if I speak Malay".

“Tidak ada cara lain yang paling dahsyat saya rasa, bagi seseorang pelakon menyatakan sedemikian, di khalayak ramai dan seantero tanah air. Saya harap ibu bapanya mengajar sedikit budi bahasa. Belajar bagaimana bercakap dan tidak mengeluarkan kata-kata yang menghina bangsa dan bahasa sendiri.

“Macam mana seronok pun, takkan kita hilang punca. Kalau nak menjatuhkan bahasa sendiri tak usah sebut kepada orang ramai. Kami di kementerian (Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan) mengajar orang berbudi bahasa, berbahasa dengan baik.

“Tapi bintang filem naik pentas, lanyak bahasa sendiri, lanyak bangsa sendiri. Ini saya tidak boleh maafkan!" sambungnya lagi.

Sehubungan itu, Dr Rais memberi amaran kepada semua pihak yang menganjurkan, kalau masih ada perkara seperti ini, lebih baik jangan diadakan.

“Sebab mahu tak mahu, kerajaan Malaysia terbabit dalam anjuran ini. Orang memandang kerajaan, orang memandang KeKKWa. Ini yang orang tak faham. Jadi saya mohon penganjur berbudi bahasa dan kalau tidak boleh bercakap, jangan bercakap,? katanya sambil menyerahkan isu itu kepada PFM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Puas hati dengan penganjuran FFM19

KECUALI insiden daripada Sharifah Amani, Dr Rais juga menyatakan rasa puas hati terhadap keseluruhan acara FFM19 kerana susunan program dapat mengisi aspirasi dunia perfileman.

"Program anjuran Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dengan Astro bersama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Finas ini, saya anggap berjaya. Kami akan buat post-moterm atau kaji selidik tentang malam ini, dan apa-apa kelemahan kita akan atasi" katanya.

Menurutnya, beliau akan melihat bagaimana penajaan dan kerajaan sekarang ingin melihat pihak swasta memainkan peranan lebih dalam penganjuran festival filem tanah air pada masa akan datang.

“Tetapi walaupun lebih, dasar nilai masih ditentukan kerajaan dan Finas. Jadi tahun ini kita (kerajaan) mengambil peranan yang agak sederhana, tidak seperti tahun lalu.

“(Tapi) hasilnya yang saya lihat agak menggalakkan juga kecuali satu dua peristiwa yang diketahui umum.” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa kurang puas dengan format penjurian kerana meletakkan orang tertentu yang mungkin tidak mendatangkan manfaat kepada perfileman nasional.

“Seperkara lagi penjurian harus diketahui umum lebih lagi, dan saya akan mengarahkan Finas supaya buka telinga dan mata lebih, lepas ini.

“Saya tidak suka pihak-pihak mengangguk saja, kemudian mengatakan beres tetapi dari segi nilai dan budayanya perlu kita perbaiki. Meletakkan orang tertentu yang tidak ada arus dan halanya mungkin tidak mendatangkan manfaat kepada perfileman kita. Sebab kandungan budaya, misi dan ceritanya harus memberi satu gaya dan hala tuju yang jelas.” jelasnya lagi.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hiburan/20060815091157/Article/

8/15/2006 06:18:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Manis, masam, kelat, pahit dalam FFM19
Oleh Zainuri Misfar & Zul Husni Abd Hamid

Gandingan AC Mizal, Linda Onn sebagai pengacara, persembahan artis buatkan majlis tidak meleret

SEGALA-GALANYA berjalan lancar, memenuhi jangkaan masa yang ditetapkan iaitu tiga jam. Sebagai penganjur, ternyata Jawatankuasa Induk Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), bersama Astro selaku penyiar utama, mengenakan peraturan ketat untuk memastikan Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) tidak meleret-leret.

Atas sebab itulah, pengacaranya, AC Mizal dan Linda Onn dari semasa ke semasa memberikan peringatan mengenai ?langkah-langkah keselamatan? yang mesti dipatuhi setiap pelakon, pengarah atau krew filem yang hadir sama ada dicalonkan atau tidak supaya ?tidak mengada-ngada? apabila nama mereka diumumkan sebagai pemenang.

Sekalipun kemeriahan FFM19 tidak dapat dirasai secara maksimum, ia tetap berjalan dengan sempurna. Namun, pengisian acara FFM19 ini menjadi cacat dan sedikit tercemar kerana dipenuhi dengan kata-kata sindiran, ?kasar? dan ungkapan yang tidak sepatutnya disebut sesetengah artis.

Persembahan FFM19 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria ini bertemakan atau berlatar belakang ciri-ciri dalam sebuah persembahan wayang kulit. Ini sesuatu yang dipuji kerana ia tidak mengetepikan nilai warisan dan budaya bangsa. AC Mizal sebelum memulakan tugas selaku pengacara menyanyikan lagu Bikin Filem yang pernah dipopularkan M Nasir.

Seterusnya, penyampaian tiga kategori dibuat serentak dan diselang seli dengan persembahan. Ini memberi peluang kepada semua pemenang naik ke pentas untuk menerima trofi yang disiarkan secara langsung di televisyen. Hanya pemenang bagi empat kategori utama saja dibenarkan memberi ucapan, itupun tidak lebih daripada 30 saat.

Pada saat inilah, acara FFM19 yang disangka berlangsung dengan tenang, tiba-tiba berkocak dengan ungkapan yang dianggap ?kasar? daripada Sharifah Amani selepas menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik yang disampaikan Datuk Rahim Razali dan Rubiah Suparman.

Dia juga dengan emosional yang tidak bertempat mengungkapkan kata-kata dalam bahasa Inggeris yang bermaksud, ?Marilah kita terus buat filem yang mencemarkan budaya Melayu.? Entah kepada siapa dan apa tujuannya bercakap seperti itu, memang tidak diketahui.

Perkataan yang diucapkan ternyata mengundang rasa tidak puas hati menteri, rakan artis dan juga media seolah-olah pelakon itu mahu mencari ?masalah? dalam dunia perfileman yang tidak sebesar mana ini.

Selain Dr Rais, acara ini turut dihadiri isterinya, Datin Masnah Rais; Timbalan Ketua Setiausaha KeKKWa, Datuk Mohammed Mohd Daud; Pengerusi Finas, Datuk Jins Shamsudin dan Pengerusi Astro, Datuk Basri Masri.

Orang pertama yang menegur dan mungkin membayangkan rasa kurang senang dengan perangai Sharifah Amani pada waktu itu ialah AC Mizal apabila dengan bersahaja mengatakan, ?Sharifah Amani, apa nak marah-marah sangat, awak baru berlakon dua filem.?

Dalam satu insiden pula, AR Badul semasa ditugaskan mengumumkan dan menyampaikan anugerah Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik bersama Ida Nerina, meluahkan rasa tidak puas hati kerana pelakon veteran seperti dirinya tidak dipedulikan Astro untuk sama-sama memeriahkan festival filem Malaysia.

Beliau kemudian tanpa teragak-agak mengatakan pernah menang Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik dan Filem Terbaik dalam festival filem Malaysia pada tahun 1989. Bunyinya seperti berlawak, tetapi apa yang dimaksudkan Badul agak mendalam, agar pelakon veteran tidak dipinggirkan dalam acara seperti itu.

Sememangnya, persembahan pada keseluruhan FFM19 kali ini banyak menampilkan pelakon dan penyanyi generasi muda. Ini mungkin sejajar dengan hasrat penganjur dan juga Astro sebagai penaja yang mahu menonjolkan barisan pelapis.

Persembahan pada FFM19 kali ini menampilkan Misha Omar menyanyikan lagu tema Ku Seru, manakala Mawi dengan lagu Hanya Untuku iaitu lagu tema Persona Non Grata, Cat Farish pula dengan lagu dari filem Remp-It iaitu Cahaya Di Atas Tar. Turut mengambil bahagian menyerikan festival ini ialah Jeffreydin, Ning Baizura, Zahid, Faizal bersama rakan-rakannya dalam AF4 iaitu Amirul, Haziq dan Didi.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hiburan/20060815091007/Article/

8/15/2006 06:22:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

'Saya tak hina bahasa Melayu'
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


'It will sound stupid if I speak Malay' daripada mulut Sharifah Amani selepas terima trofi Pelakon Wanita Terbaik undang kemarahan Datuk Seri Rais Yatim

ANTARA rasa bangga dan terharu, tanpa disangka kenyataan jujur luahan perjalanan berliku yang terpaksa direntasi Gubra yang mengangkat namanya sebagai Aktres Terbaik memerangkap Sharifah Amani.




Ungkapan “It will sound stupid if I speak Malay” yang keluar dari bibirnya, selepas meminta kebenaran untuk berucap dalam bahasa Inggeris bernada sinikal, biarpun terbit tanpa secalit niat untuk memandang rendah bahasa ibunda.

Kesan ucapan spontan itu mendatangkan kemarahan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menganggapnya sebagai menghina bahasa dan budaya Melayu.

“Saya tidak menghina bahasa Melayu. Apa yang saya maksudkan lebih mudah untuk saya meluahkan rasa dalam bahasa Inggeris. Saya tidak mahu orang sakit hati mendengar kerana saya kurang fasih berbahasa Melayu.

“Salahkah saya menggunakan bahasa Inggeris kerana di sana sini sedang melaungkan supaya memperkuatkan penguasaan bahasa itu di kalangan masyarakat,” kata Amani.

Biarpun terpinga kerana diasak kontroversi, Amani mengakui, kenyataan itu terbit gejolak daripada Gubra yang menerima kritikan termasuk dilabel sebagai filem yang mencemarkan budaya bangsa.

Ada yang menyifatkan Amani terlalu emosional apabila meluahkan kata-kata dalam bahasa Inggeris yang bermaksud, “Jika membuat filem seperti ini dikatakan mencemar budaya, marilah kita terus buat filem yang mencemar budaya.”

“Belum pun 10 minit saya menang, sudah ditanya pasal kontroversi. Orang tidak tahu betapa susahnya untuk menyiapkan sesebuah filem yang baik. Saya sakit hati apabila Sepet dan Gubra dikata sebagai pencemar budaya,” katanya.

Tidak jangka menang

BERTERIMA kasih kepada pengarah Yasmin Ahmad yang terlebih dulu melihat bakat besarnya, sebelum diintai orang lain, Amani mengakui menggenggam trofi Aktres Terbaik adalah pencapaian yang di luar jangkaan.

“Saya langsung tidak menjangka, memang saya ingin menang tetapi bukan tahun ini,” kata pemegang watak Orkid dalam filem kesinambungan Sepet yang turut mengangkatnya sebagai Pelakon Harapan, tahun lalu.

Menggenggam kejayaan besar pada usia muda iaitu 20 tahun, Amani mensyukuri nikmat Tuhan yang tidak putus bertandang dalam kehidupannya mutakhir ini.

“Allah melimpahkan hidup saya dengan pelbagai rezeki. Saya bersyukur dilahirkan sebagai perempuan Islam dan saya percaya jika disertakan dengan keimanan kepada Allah, apa yang kita doakan akan mendatangi,” katanya.

Dijolok pertanyaan tidakkah dia bimbang kejayaan daripada dua filem itu akan terus membayangi dirinya dengan watak Orkid, Amani berkata, dia tidak bimbang jika selepas ini dia tidak menerima sebarang tawaran.

“Saya tidak akan kecewa jika tidak menerima tawaran baru. Saya akan menyambung pelajaran dalam bidang perfileman dan apabila tamat, saya ingin menghasilkan sesuatu yang membuat ibu bapa dan Malaysia berbangga.

“Itu cita-cita saya,” katanya.

Komen pemenang:

AFDLIN SHAUKI - Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik

“SIAPA kata pelakon gemuk tak boleh menang? Tidak popular pun tidak mengapa, namun saya lebih terharu apabila menerima trofi ini daripada pelakon yang saya begitu hormati iaitu Datuk Rahim Razali.
“Saya berterima kasih kepada isteri, anak-anak dan juga pelakon Buli Balik yang banyak membantu. Begitu juga dengan pihak penerbit yang percaya kepada projek ini.

“Saya juga berterima kasih kepada Hans Isaac kerana jika dia tidak bagus, saya juga tidak akan bagus dalam filem ini. Juga kepada penggiat industri filem yang masih membara semangat untuk menghasilkan filem terbaik.”

YASMIN AHMAD - Pengarah Filem Terbaik

“SAYA menaruh harapan Gubra akan memenangi Lakon Layar Terbaik manakala Sharifah Amani pula diangkat sebagai Aktres Terbaik. Hanya itu, namun Alhamdulillah, Tuhan memberi lebih daripada itu.

“Biarpun tidak menang anugerah Pengarah Terbaik, saya percaya dalam diri ini ada sebuah trofi yang tidak kelihatan dalam bidang pengarahan. Saya berpegang kepada kata-kata dua guru iaitu Nang Siddigu dari Thailand dan Kamal Mustafa yang mengajar untuk menjadi pengarah yang baik.

“Untuk menghasilkan filem yang baik, hanya perlu ada pelakon dan skrip yang betul. Alhamdulillah, saya mendapat kedua-dua elemen itu untuk Gubra.”

SAZZY FALAK - Pelakon Wanita Terbaik (Watak Pembantu)

“APABILA diumumkan sebagai pemenang saya jadi tertanya-tanya. Saya jangka Ida Nerina akan menang kerana wataknya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 berkembang dengan baik dan lakonannya juga berkesan.

“Sukar untuk saya memberitahu di mana kekuatan saya dalam Gol & Gincu. Melihat lakonan sendiri saya menjadi kritikal. Apabila ramai yang memuji ketika tayangan perdana, saya tertanya sendiri apakah betul kenyataan mereka itu?

“Saya bimbang harapan orang ramai, bimbang tidak mampu untuk memenuhinya. Namun, saya akan teruskan lakonan dan berharap dapat meneroka watak yang lebih mencabar serta menguji kemampuan”.

QUE HAIDAR - Pelakon Harapan Lelaki

“LAPAN tahun saya berlakon, enam tahun saya menanti peluang ke layar perak, alhamdulillah akhirnya membuahkan hasil. Saya akui tidak mudah untuk menembusi ke dalam industri perfileman namun saya bertuah kerana ditemukan dengan karya serta tenaga kerja yang baik.

“Saya langsung tidak meletak harapan kerana kesemua finalis mempunyai kekuatan dan datang daripada latar belakang yang berbeza. Kalau tidak bagus mana mungkin mereka tersenarai dalam Top 5.

“Cuma rezeki menyebelahi saya dan saya akan terus buktikan bakat dalam filem akan datang”.

HANS ISAAC - Pelakon Lelaki Terbaik (Watak Pembantu)

“KETIKA hendak memulakan penggambaran Buli Balik, Afdlin ada cakap kalau saya tak menang anugerah untuk watak ini dia akan mandi bunga. Malah, dia pernah tulis di belakang topi saya akan menang dalam festival ini.
“Saya terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang dan mengambil masa beberapa saat untuk mempercayainya.”

EJA - Pelakon Wanita Pilihan

“TAK jangka akan menang kerana Bilut masih belum ditayangkan, namun peminat sudah menaruh kepercayaan dengan memilih Eja. Syukur sangat kerana kemenangan ini menjadi titik permulaan untuk Eja terus aktif dalam lakonan filem. Watak Eja dalam Bilut tidak besar.

“Pada mulanya Eja ingat tidak mahu hadir memandangkan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Namun, tidak sampai hati pula kerana sudah berjanji dengan Betty (Banafe) yang keseorangan jika Eja tidak menemaninya. Alhamdulillah, kehadiran untuk memeriahkan acara berakhir dengan sebuah trofi yang cukup berharga.”

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hiburan/20060815091400/Article/

8/15/2006 06:31:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Luahan hati Amani cetus kontroversi di FFM19
15-08-2006 10:25:45 AM
Radin Sri Ghazali

KUALA LUMPUR: Walaupun dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19, Sharifah Amani masih rasa sedih serta tidak puas hati terhadap layanan sesetengah pihak terhadap filem Gubra.

"Kalau bikin filem itu mencemarkan budaya, kita harus bikin banyak lagi filem," begitulah ungkapan yang diberi semasa menerima anugerahnya pada FFM-19 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Malah, ungkapan itu telah mencetuskan kontroversi di kalangan para hadirin yang melabelkan pelakon muda itu sebagai tidak sedar diri.


Amani serta mentornya, Yasmin Ahmad membuktikan bahawa Gubra masih unggul walaupun menerima banyak kutukan
(The Star)

"Itu bukan kenyataan saya tetapi petikan dari sebuah artikel dan saya rasa, saya perlu melontarkan balik kata-kata itu," jelas Amani apabila ditanya mengenai kenyataan 'berani mati' yang dilakukannya.

Malah, kenyataan itu yang diambil daripada salah sebuah akhbar tempatan telah mengklasifikasikan filem lakonan Amani iaitu Sepet dan Gubra sebagai filem yang mencemarkan budaya.

"Saya kesal...," keluh pelakon yang berusia 20 tahun itu mengenai kutukan serta tomahan yang diberi kepada Yasmin Ahmad serta krew Gubra dan Sepet.

"Kami bersusah payah serta berkerja keras untuk memastikan Gubra menjadi antara filem yang terbaik namun terdapat banyak pihak yang tidak dapat menghargainya langsung," jelas Amani lagi yang kelihatan sedih serta enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Ketika ditanya keengganannya menggunakan Bahasa Malaysia semasa berucap, beliau menjawab bahawa dirinya selesa menggunakan bahasa Inggeris.

"Saya berdarah kacukan dan dibesarkan dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa percakapan di rumah," ujar Amani, iaitu anak kedua dari pasangan aktres Fatimah Abu Bakar dan Syed Rashid.

Amani khuatir tidak dapat berbahasa Malaysia dengan sempurna kerana mungkin menggunakan slanga yang diibaratkan mencemarkan bahasa Malaysia.

"Tak kan saya mahu bertutur dengan menggunakan 'Gua' atau 'Lu' di majlis sebegini," tambah pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Sepet pada FFM ke-18 . Amani juga adalah adik kepada pelakon dan juruhebah Sharifah Aleya.

Pengarah dan juga mentor kepada Amani, Yasmin Ahmad walau bagaimanpun, tetap bersyukur kerana Gubra dipilih sebagai filem terbaik, mengikut jejak langkah fielm Sepet pada tahun yang lalu.

"Alhamdulillah. Saya terharu sangat kerana diberi kemenangan kedua sebagai filem terbaik," ujar pengarah yang sering mencetus kontroversi menerusi karya-karyanya.

Yasmin yang tiba lewat pada majlis tersebut turut meminta maaf akan kelewatannya.

Ketika ditanya jika kelewatan tersebut berdasarkan perasaan merajuk terhadap sesetengah pihak di dalam industri perfileman, beliau menjawab, "Saya bukan merajuk ataupun sengaja datang lewat tetapi saya terpaksa menghakimi sebuah pertandingan filem pendek di Starlight Cinema di Bukit Kiara".

Afdlin Shauki yang turut menjadi tumpuan pada FFM ke-19 telah memenangi beberapa kategori penting seperti Pelakon Lelaki Terbaik serta Cerita Asal Terbaik.

"Saya tidak menjangkakan kemenangan ini, maklumlah ramai yang menduga orang lain yang akan menang," ujar Afdlin ketika ditanya perasaan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Buli Balik.

Pelakon yang turut dicalonkan sebagai pengarah terbaik menerusi filem Buli Balik merasakan bahawa beliau mahu memberi fokus yang lebih terhadap bidang pengarahan.


Afdlin yang tidak sempat bertukar baju ke FFM 19 dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Buli Balik
(The Star)

"Saya masih akan meneruskan aktiviti lakonan namun saya akan meneliti skrip sebelum menerimanya. Malah, anugerah ini turut membakar semangat saya untuk terus berkarya di dalam industri ini," ujar Afdlin yang berpakaian seperti seorang Sumo dan telah bergegas dari lokasi penggambaran Sumo-Lah ke FFM19.

Beliau serta beberapa orang temannya yang juga turut berlakon did alam filem Sumo-Lah, masih berpakaian Jepun ketika menghadiri majlis tersebut.Antara mereka adalah Awie, Radhi Khalid serta Gurmit Singh.

Majlis yang gilang gemilang itu telah disampaikan oleh dua gandingan mantap, pengacara popular Linda Onn serta AC Mizal.

Walaupun terdapat banyak lawak berunsurkan sindiran serta kata-kata sinis berkaitan dengan perkahwinan penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza dan pasangannya Datuk K, gosip percintaan dan kisah pancing ikan di kolam Mawi dan Diana Rafar dan bekas isteri Cicakman Era Fazira, majlis berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Majlis itu turut diserikan lagi dengan persembahan artis-artis terkenal seperti Mawi, Ning Baizura, Faizal AF4, Misha Omar, Ella, Jeffridin dan Zahid AF2.

Bekas pelajar AF4 seperti Haziq, Amirul, Diddy dan Shaz telah memberi satu persembahan yang cukup menghiburkan di dalam lagu 'Seruling Bambu' sebelum mengiringi Jeffridin untuk persembahan penyanyi popular tahun 60an itu.

Pengacara No. 1 Malaysia Aznil Nawawi juga telah cuba mempamerkan kebolehannya sebagai penyanyi latar dalam filem ketika menyanyikan lagu 'Di Dalam Air Terpandang Wajah' di dalam dua suara - perempuan dan lelaki.

Linda Onn dan AC Mizal berjaya menimbulkan suasa ceria dengan ad-lib mereka yang melucukan dan juga 'langkah-langkah keselamatan' oleh mereka yang hadir ke FFM19.

Penganjuran majlis FFM19 tahun ini yang turut dihadiri oleh tetamu kehormat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berlangsung dengan meriah dan tidak menjemukan. Begitu juga kesemua keputusan yang diumumkan pada malam itu diterima dengan sepenuh hati kerana iannya adil dan tidak menimbulkan ketidakpuasan hati.

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_86c316a0-c0a85062-1eafe130-3d440b54

8/17/2006 07:03:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Rais tegur Sharifah Amani
14-08-2006 09:47:07 PM
Oleh M KRISHNAMOORTHY

KUALA LUMPUR: Ucapan kontroversi yang disampaikan oleh pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) Sharifah Amani sewaktu menerima anugerah itu ternyata telah menjengkelkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Saya amat sedih dan kesal dengan kejahilannya terhadap bahasa ibunda. Ibu bapanya seharusnya mengajarnya bagaimana untuk bercakap di khalayak ramai.


Sharifah Amani berucap sewaktu menerima anugerah malam tadi (foto The Star)
"Pengakuan bahawa anda tidak tahu berbahasa Malaysia adalah sesuatu yang memalukan dan ia sungguh tidak sopan," ujar Rais yang ditemui selepas tamat Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) itu malam tadi.

Menurut beliau, insiden itu akan dilaporkan kepada Persatuan Penerbit Filem Malaysia dan menyerahkan pada badan itu untuk mengambil tindakan yang wajar, jika mereka ingin berbuat demikian.

Dalam ucapannya, pelakon itu semalam berkata: "Jika saya bercakap dalam bahasa Melayu, saya akan nampak bodoh dan saya lebih senang berbahasa Inggeris."

Rais mempersoalkan, bagaimana pelakon itu boleh menonjolkan kejahilannya berbahasa Malaysia, sedangkan dia memenangi anugerah tersebut melalui filem lakonannya, Gubra yang dibuat dalam bahasa Malaysia.

"Jika tidak boleh bertutur dalam Bahasa, diamkan saja mengenai perkara itu. Jangan kata kamu nampak bodoh bila bercakap dalam Bahasa Malaysia," tegasnya.

Tambah beliau lagi, kemenangan bukanlah segala-galanya dan setiap pelakon itu perlu bersopan-santun dan merendah diri.

"Pelakon-pelakon perlu tahu bagaimana untuk bercakap dengan sopan di khalayak ramai. Berfikir dengan baik sebelum berkata sesuatu kerana semua yang menonton di televisyen adalah rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

"Kita tidak mahu generasi muda bercakap seperti mereka tidak tahu berbahasa Malaysia," tambah Rais.

Sementara itu Amani, yang diberitahu tentang kekesalan menteri tersebut terhadap ucapannya, amat terkejut dengan perkara itu.

"Apa yang saya maksudkan ialah, jika saya berbahasa Melayu, ia akan terselit pelat utara dan ramai yang tidak akan faham.

"Saya amat gembira apabila memenangi anugerah itu memandangkan ia satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya cuma ambil jalan selamat dan bercakap dalam bahasa Inggeris kerana keluarga saya adalah bilingual," kata pelakon berusia 20 tahun itu.

Mengenai komennya "kalau bikin filem itu mencemarkan budaya, kita harus bikin banyak lagi filem," Amani menjelaskan dia sebenarnya memuji pihak berkuasa kerana dapat menerima babak-babak dan dialog tertentu dan tidak memotongnya.

"Mari kita buat lebih banyak filem seperti ini kerana secara realitinya ia tidak merosakkan imej kita. Jika benar filem tersebut merosakkan imej kita, pihak berkuasa tentunya tidak akan meluluskannya tanpa potongan.

"Maksudnya, selepas bertahun-tahun penapisan, pihak-pihak berkuasa termasuklah Datuk Seri Rais sudah berfikiran terbuka untuk membenarkan kreativiti dalam industri perfileman Malaysia.

"Sebagai contoh, filem Gubra, Pontianak Harum Sundal Malam 2 dan Remp-it telah diluluskan dan turut memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

"Filem-filem ini menonjolkan kisah yang benar dan ini membenarkan kita memahami diri kita sendiri sebagai rakyat Malaysia," tambahnya.

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_c3a94b70-c0a85062-1eafe130-8c91e945

8/17/2006 07:04:00 AM  

Post a Comment

<< Home