Wednesday, October 31, 2007

oppssss...

he did it again...

dulu...

p/s erine, kalau kau terbaca ini, pls leave yr contact no. TQ...


2 Comments:

Blogger spyz said...

Sazali gegar Jaeju

Oleh Kamarulzaman Pid

BUKAN mudah sebenarnya atlit bina badan negara, Sazali Samad, merangkul gelaran Mr Universe selepas menggoncang pentas Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61 di Jaeju, Korea Selatan, Ahad lalu.

Ramai yang tidak tahu bahawa kekejangan otot yang dialami ketika memperagakan susuk tubuh kentalnya di atas pentas kejohanan itu hampir membuatkan Sazali berputih mata buat kali kedua selepas mengalami kekecewaan memilukan di Sukan Asia Doha, penghujung tahun lalu.

Tapi kesakitan yang dialami akibat cuaca sejuk di Jaeju itu tidak mampu mematahkan semangat juang tinggi anggota polis berpangkat Sarjan itu.

"Saya tak pernah putus asa. Kalau lawan bagus, saya pun mahu lebih bagus daripada mereka.

"Walau macam mana sakitpun, saya tetap membulatkan tekad bahawa inilah masanya untuk saya membuktikan anak Malaysia tetap garang di pentas dunia," katanya ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, tengah malam tadi.

Sazali tiba di KLIA kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi dan disambut isterinya, Hashrine Hashim dan empat anak mereka, bapanya, Abdul Samad Kasman dan ibu mentuanya, Rahmah Jusoh serta Pengarah Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang juga Pengerusi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ismail Omar.

Ketibaannya juga disambut dengan sorakan penuh semangat daripada rakan seperjuangannya dan kira-kira 100 anggota polis dari Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur yang turut mengibarkan kain rentang dan sepanduk.

Sebaik Sazali keluar ke Balai Ketibaan, ibu mentuanya, Rahmah, menyuapkan pulut kuning yang dibuat khusus bagi menyambut kejayaan menantu kesayangannya itu.

Kemenangan anak kelahiran Batu Pahat, Johor, itu adalah kali kedua bagi kategori 70kg selepas mencatat kejayaan sama di Kejohanan Sukan Polis dan Bomba Dunia di Australia, Mac lalu.

Sebelum ini, dia menjuarai kategori bantamweight (65kg) sebanyak tiga kali iaitu di Melaka pada 2000, Moscow (2004) dan Ostrava, Republik Czech pada 2006.

Keyakinan Sazali menjuarai kategori yang baru diceburinya itu juga memberi kejutan kepada peserta lawan dan juri kejohanan itu.

"Mereka sebenarnya tidak menyangka saya akan bertanding dalam kategori 70kg kerana saya lebih menyerlah dalam kategori 65kg.

"Biarpun cabaran bagi kategori 70kg ini lebih getir, saya tetap berusaha untuk menjuarainya selepas berhempas-pulas selama empat bulan bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan ini," katanya.

Katanya, cabaran paling hebat bagi kategori itu datangnya daripada peserta Eropah seperti Jerman, Poland dan Slovakia, manakala peserta dari Myanmar, Vietnam dan Thailand turut memberi saingan yang begitu getir.

Kejayaan bergelar Mr Universe buat kali keempat itu, katanya, memberi motivasi terhebat kepada dirinya yang akan bertindak selaku jurulatih kepada tiga anak didiknya yang akan beraksi di Sukan Sea Korat selepas ini.

"Saya akan memastikan mereka menjalani latihan dengan program yang lebih tersusun dalam tempoh yang tinggal ini bagi memastikan mereka juga mampu mengikut jejak langkah saya mencipta kejayaan," katanya.

Sazali juga menghadiahkan kemenangan itu kepada seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan kemerdekaan kali ke-50 tahun ini dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan kakitangan MSN serta warga PDRM yang banyak membantu dan menyokongnya sejak sekian lama.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Arena/66465/Article/index_html

10/31/2007 05:49:00 AM  
Blogger spyz said...

last year news...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/11/12/focus/15995735&sec=focus

10/31/2007 01:49:00 PM  

Post a Comment

<< Home