Sunday, December 09, 2007

cuti-cuti ngabiskan duit (dan penatkan badan...)





















hari itu, kami musafir.

Usai jenuh melihat gajah berak, harimau kencing, singa tidur (musim hujan kan?) di mini zoo afamosa, cadangnya hendak ke PD pula. entah di mana silapnya, kami tak jumpa jalan (kalau dah sesat tu, ngaku ajelah...). langsung menuju ke gemas.

"bukan rumah mak teh awak kat gemas ke?"

"dekat dgn gemas, pasir besar. jgn tanya saya jalan, saya dok situ sampai umur 7 tahun aje" getusnya. hmmm... typical wanita!

tanpa disangka, signbard 'pasir besar' terpampang di kiri jalan. memang dah rezeki...

zohor baru saja lewat. singgah kedai buah di simpang masuk membeli buah tangan.

kelihatan 2,3 orang kanak2 berbasikal memakai baju melayu turun dari bukit.

"bagus budak2 sini, solat zohor di masjid..." kata hatiku.

perlahan-lahan menyusur jalan ke puncak bukit. kiri kanan dipenuhi kereta.

"orang sini pegi mesjid semua naik kereta ke?"

"entah...".

sekonyong-konyong, berbondong-bondong manusia keluar dari pintu pagar masjid.

"wak, hari ni hari apa?"

"jumaat..."

"laaaaaa..."

gelak besar memenuhi ruang kereta. mengetawakan diri sendiri sebenarnya.

hari itu, kami musafir. sungguh!!!


1 Comments:

Blogger ahmad said...

Dengan topi koboinya ingatkan senapang tadi.rupanya payung!!!

12/12/2007 11:30:00 PM  

Post a Comment

<< Home