Monday, January 28, 2008

jom gaduh...

+ wak, jom gaduh?

- dah takde kerja apa?

+ awak nak panjang umur tak?

- apa kena mengenanya?

+ tengok sokabar ni... 'Pasangan kerap bertengkar panjang umur'...

- oooooo... okeh, jom gaduh...

+ ehhh.. nanti dulu, dia kata 'bertengkar',
bukan 'gaduh atas katilll'...

- ooooo....

arakian, maka berdentum-dentumlah riuh rendah rumah mereka setiap hari...


1 Comments:

Blogger spyz said...

Pasangan kerap bertengkar panjang umur

LONDON: Ia mungkin kedengaran agak pelik, tetapi pasangan suami isteri digalakkan bertengkar kerana ia adalah rahsia panjang umur.

Penyelidik mendapati, suami isteri yang tidak membincangkan perbezaan pendapat dan memendam kemarahan antara satu sama lain berkemungkinan meninggal dunia lebih awal berbanding yang bergaduh.

Ia kerana cubaan menyelesaikan konflik - walaupun dalam tingkah laku menaikkan kemarahan - adalah lebih baik bagi kesihatan berbanding memendam perasaan.

Laporan akhbar Daily Mail menyebut, saintis mengkaji 192 pasangan selama 17 tahun dan meletakkan mereka dalam empat kategori.

Kumpulan pertama mengandungi pasangan suami isteri yang membincangkan kemarahan mereka dan kumpulan kedua diisi pasangan yang cuma suami menunjukkan kemarahan sebaliknya isteri memendam perasaan.

Kumpulan ketiga membabitkan pasangan yang cuma isteri menunjukkan kemarahan manakala kumpulan keempat mengandungi pasangan yang kedua-duanya memendam perasaan.

Penyelidik mendapati kematian ketika tempoh kajian dua kali ganda berlaku dalam kumpulan terakhir berbanding kategori lain.

Aliran itu nyata walaupun faktor lain seperti usia, merokok, berat badan, tekanan darah, masalah bronkus dan risiko kardiovaskular diambil kira. Di kalangan 26 pasangan yang kedua-duanya memendam kemarahan, 13 kematian dicatatkan.

Bagaimanapun, dalam tiga kumpulan lagi membabitkan 166 pasangan, cuma gabungan 41 kematian dicatatkan.

Profesor Ernest Harburg dari Fakulti Kesihatan Awam Universiti Michigan, yang menjalankan kajian itu berkata: “Apabila pasangan bersama, salah satu tugas utama mereka ialah menyelesaikan konflik. Selalunya tiada siapa dilatih untuk berbuat demikian. Jika mereka mempunyai ibu bapa yang baik, mereka boleh mencontohi cara penyelesaian, itu tiada masalah. Namun selalunya pasangan tidak jahil mengenai proses menyelesaikan konflik.

“Kunci utama ialah apabila konflik berlaku, bagaimana anda menyelesaikannya? Apabila tidak berbuat demikian, jika anda memendam kemarahan, dan anda berfikir mendalam mengenainya dan anda marahkan orang lain, dan anda tidak cuba menyelesaikan masalah, memang anda ada masalah.” - Agensi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20080127090626/Article

1/28/2008 06:29:00 PM  

Post a Comment

<< Home