Sunday, February 10, 2008

khalid yang lagi satu...




"aku jumpa dua orang hero zaman kanak2 aku malam ni..." bisik aku pada rakan di sebelah.

bersambung bila aku tak sibuk (yg entah bila-bila agaknya...)


-----------------


1 Comments:

Blogger spyz said...

badut

perutnya seakan bungkusan suratkhabar
yang di dalamnya mengandungi tulisan-tulisan dari setiap penjuru dunia
adakalanya tulisan-tulisan itu membayangkan jarak perjalanan yang tak pernah dijejaki manusia

demikian juga halnya mengenai dosa pahala tak terungkapkan
siapa yang lebih berhak mengukur dan meletakkan
harga kepayahan menyajikan jari telunjuk
di pengucapan syahadat

Alhamdulillah... (zikir)

Subhanallah... (zikir)

Allahhuakbar... (zikir)

Astaghfirulahal'azim...

ada juga tulisan yang membayangkan manisnya menjadi badut
kerana sekujur tubuhnya memang dibalut dengan balutan berupa keanehan
termasuk kakinya yang menyerupai burung penguin
dan mulutnya yang lebar bagai gendang terkoyak

anehnya malaun ini
ada sebutan yang berbau khamar
bulan bintang matahari melirik ke pintu kebesaran

sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui mereka yang berada di jalan kebenaran
hanya Allah yang menentukan maqam sebenar kejadian makhluk yan dijadikanNya
syurga atau neraka jahanam kelangsungan hidup atau kematian
atau keporakperandaan

Bismillahirrahmannirrahim

Wai lul likul lihuma zatil lumazah
kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela

Allazi jama a' mallau wa 'ad dadah
yang mengumpul harta dan menghitung-hitung

Yah sabu anna ma lahu akhladah
dia mengira bahawa harta iu dapat mengekalkannya

Ka la layun bazan nafil huthomah
sekali-kali tidak, sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam 'hutamah'

Wama adra kamal hutamah
dan tahukah kamu apakah 'hutamah' itu?

Na rullah hil mu'kadah
api Allah yang dinyalakan

Allati tat tali ul 'alal 'af idah
yang naik sampai ke hati

Innaha alaihi mu' sodah
sesungguhnya api itu ditutup rapat di atas mereka

Fi amadim mumad dadah
dan mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang

surah al-humazah (pengumpat)


badut!!
tingkah lakunya seakan pemurah dan penyabar
tapi sebenarnya ia penagih mimpi di sebalik jubah ketauhidannya
di bawah lingkaran prejudisnya pulak bermakna kurungan

bulat bukan global atau universal
kulit disebagaikan perut atau isi
maka ditelunjuknya tersukat berbagai rupa
dosa atau pahala yang peratusnya ditentukan olehnya

sekian kalinya
badut telah membenarkan arak diperjual-belikan di dalam masjid
ketika manusia berimam berpegang dan percaya
sesungguhnya arak adalah minuman yang memabukkan

Ya ayyuhallazi na amanu la takrabus solawaah
wa antum sukra hatta ta'lamu ma taqu lun..

surah annisa', ayat 43.

hai orang yang beriman
jangan kamu bersolat sedang kamu dalam keadaan mabuk
kecuali kamu mengerti apa yang kamu ucapkan

arak bukan minuman semata-mata
arak adalah pakaian,
pemujaan,
ketaksuban,
keseronokan,
kejahilan,
kesombongan,
keangkuhan,
kekuasaan,
kedudukan,
perjawatan
sesiapa pun yang masuk oleh perkara dikatakan itu
sesungguhnya araklah yang sedang diminumnya

palingkan sejenak wajahmu ke langit terbentang
katakan siapa sebenarnya yang sedang kau sembah dalam kehidupan ini
malaikat menyembunyi titian kealpaan
sedang pintu langit merahsiakan ratusan juta tahun
sejarah kejadian yang asalnya tidak ada kemudian menjadi ada
atau dalam sebutan pragmatisnya
ADAM
yang tumbuh dari hawa keinginan Tuhan

maka badut adalah pemain sandiwara yang tidak mampu mengenali
dan memahami sisipan makna tentang jari telunjuk
yang mengisyaratkan makna ketiadaan diri dalam naskhah perjalanan manusia
kembali kepada Tuhannya

badut adalah pentas kehidupan manusia yang terbelenggu oleh perangkap ketololan di pintu kebijaksanaan kulit dan kesombongan

badut tak pernah mengenali dan sedar bahawa
dirinya hanya seorang badut

khalid salleh
rumah pena
8/2/08

karya : tak tau(mungkin khalid sendiri)

surah al-humazah
http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=104&nAya=1&t=mal

surah annisa', ayat 43
http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=4&nAya=43&t=mal

2/10/2008 08:35:00 PM  

Post a Comment

<< Home