Thursday, February 14, 2008

surat tak berapa pendek kepada sahibus samahah...




Assalamualaikum ustaz,

apa khabar ustaz? lama tak dengar cerita.
sebelum tu, maaflah sebab tak reti ber'ana-anta' dgn ustaz.
saya sekolah tak sampai pun mesir atau mana2 negara timur tengah.

saja nak tanya ustaz lah kan, saya ni dah beristeri dan punya 3 orang anak.
saya sayang mereka semua. tiap2 hari pun saya sayang, cuma selalunya tak cakap aje. almaklumlah, saya ni pemalu orangnya :-)

tapi hari ni saya nak bagi mereka hadiah.
hari2 lain pun kadang2 saya bagi hadiah juga...
hari lahir saya bagi hadiah.
hari ulangtahun perkahwinan saya bagi hadiah.
hari ulangtahun first time jumpa bertentang mata bagi hadiah.
hari lahir anak2 pun saya bagi hadiah.
hari cuti sekolah panjang2 saya bagi hadiah, melancung misalnya.
hujung tahun kami bertukar2 hadiah sesama sendiri.
kekadang saja2 nak nak bagi hadiah tanpa sebab pun ada juga.
[hadiah pelempang pun ada jugak :-) ]

tapi hari ni, orang kata tak boleh bagi hadiah? 'murtad' depa kata.
depa kata ustaz yang ajar. betul ke ustaz?
rasa seram sejuk saya dengar bila depa cakap macam tu.
bukan apa ustaz, saya dah beli hadiah tu... bagi je belum.
kalau tak boleh bagi kat mereka, bagi kat anak2 aje yatim boleh?
ke tak boleh jugak?
yelah.. telekung tu untuk orang pempuan, nanti ada yang kata saya 'menghampiri zina' pulak.
layang2 tu pulak buatan negara cha-ya-nyn-alip. depa tu makan ba-alip-ba-ya, komunis pulak tu. ustaz pun pernah kata "makan kelapa tahipusam itu harammm!!!"

depa kata, ustaz cakap tak boleh raikan hari ini sbb ini bukan budaya kita, budaya barat, budaya kapir!!!
depa jugak kata kita sambut dua perayaan aje, raya haji dgn raya puasa.
lain2 perayaan tu semua taghut, bidaah, sesat...
lepas tu depa kata lagi, bidaah tu maknanya benda2 baru yg diadakan, masa zaman Nabi takde...

tapi ustaz... saya nak tanya sikitlah,
zaman nabi ada orang buat pertandingan musabaqah ke?
zaman nabi ada sambutan isra' mikraj ke?
zaman nabi ada org pegi stadium/tempat lapang julang sepanduk dengar pemimpin membebel masa maal hijrah ke?
zaman nabi ada majlis baca yassin di masjid (negara) masa sambutan tahun baru masihi ke? (tahun masihi tu bukan ada kaitan dgn keristian ke?)
tak kira bidaah jugak ke semua tu ustaz???

mintak maaflah ustaz, membebel pulak saya.
bukan apa ustaz, hati saya berdebar2 je ni, rasa tak tenteram..
saya harap ustaz dapat reply secepat mungkin.
tahun ni pun ustaz belum keluar sokabar buat kenyataan kontroversi/fatwa baru lagi kan?
cepat ye ustaz... kalau ustaz lambat reply,
saya hantar je telekung dan layang2 bagi hadiah kat ustaz boleh???


yang keliru lagi jahil,
spyz
damansara darul-shopping-complex

berkenaan :

e-card


5 Comments:

Blogger spyz said...

Artikel asal
UM, 12/2/2004

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian


KUALA LUMPUR 11 Feb. 2004 - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

[ keyword , jika... dan mirip... - spyz ]

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut."

[ hadis ini sangat umum, dan selalunya digunakan secara qias utk menghukum pekara2 baru. btw, siapa tau asbabunnuzul hadis ini? - spyz ]

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

[ keyword , apabila ia dikaitkan... - spyz ]

"Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

[ w/pun paderi, dia masih seorang manusia dan cinta itu adalah fitrah semua manusia tak kira apa pun agamanya...]

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

[ keyword , orang-orang yang mereka sayangi... - tak terhad pada bf/gf sahaja... malas nak bebel lah. baca dan tafsir sendiri the rest... - spyz ]

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

"Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala."

"Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik." kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.


link ni dah mati,

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

2/13/2008 06:08:00 PM  
Blogger sinaganaga said...

Siapa kata tak boleh bagi? Hah, yang penting - nawaitu tu!

Yang benar,
Ustaz

2/13/2008 07:54:00 PM  
Blogger sinaganaga said...

Ha ha.

2/13/2008 07:55:00 PM  
Blogger amyz! said...

Niat saya baik, ustaz.

Hahaha.

2/14/2008 11:49:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

apa maksud tuan?

2/15/2008 07:54:00 AM  

Post a Comment

<< Home