Tuesday, July 15, 2008

rock kangkang : the legend...

"tom!! malam ni datang dorm aku..." bisik man miskam tika kami berjerujut ke kelas untuk prep malam.


"apasal?? ada projek baik ke?".


"a'ah.. aku ada beli 'barang baik' keluar bandar petang tadi".


selesai solat isyak di belakang kabinet buku ('cabut' tak pergi surau), aku bergegas ke kamar B5. ada 2 tilam terlantar di atas lantai.


"ni nak buat apa ni, nak bawak gi mahkamah apa??" (ayat ni aku reka2 aje, ini tahun '87 lah...).

man miskam mengambil bungkusan plastik dari bawah bantal lalu membukanya perlahan-lahan di depan mata aku. berhati-hati sungguh.


"taraaaaaa....".


kaset search, 'mentari merah di ufuk timur' di gawang-gawangkannya di muka aku.


"fuyoooo... " mata aku terbeliak kekaguman.


"nahhh, belek elok-elok aaa... pecah ke, koyak ke, ko ganti balik...".





aku teliti dengan khusyuk. cantik sungguh cover album lukisan boul dengan gambar amy menonggek. di dalamnya pula ada gambar betul, amy pakai seluar ada corak 'salib'. dan kasut.. ha ha...


arman dan medan baru pulang dari surau.


"tu lah tom, ko tak ikut kitorang keluar bandar tadi, aku pun beli satu!!" ujar medan dengan megahnya.


kami berbaring di atas tilam di tengah dorm sederet 4 orang.


"tom, ko share dgn aku. arman share dengan medan".


"ni walkman ni ada bateri ke?".


"tengok orang sikitlah brader, satu dozen aku beli bateri tadi. malam ni kita rock sampai pagiii!!!".





suka-suka :

berapa ramai agaknya search-wannabe dan amy-wannabe?
worldwide? (jaramillo maskara 8 contohnya)

www.muzikrock.com

www.lagendarock.com


6 Comments:

Blogger rosevsky said...

Spyz kau ada ke dalam gambar tu?

rock kapak!

7/15/2008 07:53:00 PM  
Blogger A t i Q a h said...

HA HA.
'Barang baik' dulu, tak sama dengan 'barang baik' budak sekolah sekarang.

7/17/2008 02:42:00 AM  
Blogger xrajunax said...

sayang sekali,
zaman aku..
hanya tinggal axl's, scoin dan spoon.
tak boleh melaram lebih-lebih.
budak yang dgr silkhannaz je yang rock masa tu.

7/21/2008 12:54:00 AM  
Blogger pipiyapong said...

peh..kaset dia kaler putih ke tak?

7/21/2008 01:42:00 AM  
Blogger spyz said...

ros - aikk.. lain sgt ke muka aku time muda2 dulu?

atiqah - itu le.. kami bajet murah...

xrajunax - '85 hingga awal '90an adalah zaman terbaik rock malaysia.. lepas tu samada berpecah atau jadi rock leleh.. tp scene underground tetap maju...

pipi - tak ingat plak aku kaler dia. tp masa aku dah keje, aku carik balik kaset2 awal search utk buat koleksi lengkap.. aku tgk inlet cover tu masih sama mcm yg dulu, ringkas n kertas tebal skit.. stok lama lah tu kot..

7/24/2008 07:25:00 PM  
Blogger rosevsky said...

Spyz, sebenornya aku tak nampak kau pun dlm gambar tu!

7/24/2008 07:43:00 PM  

Post a Comment

<< Home