Monday, January 05, 2009

hari pertama saya..




Child's play... masihkah kau ingat?


3 Comments:

Blogger A t i Q a h said...

Adek hensem nangis tak tadi? Hihihi.

1/05/2009 11:35:00 PM  
Blogger spyz said...

terima kasih kak atiqah kerana bertanya.

sebelum itu saya nak cakap.. saya memang hensem (mcm bapak saya jugak...).

pagi tadi saya bangun pukul 7.45 pagi. kakak ngan abang dah pegi sekolah awal. saya masuk 8.30 pagi. ummi pun takde sbb tahun ni ummi kena tukar sekolah pagi.

jadi, abahlah tukang mandikan saya, buatkan air dan pakaikan baju sekolah. abah ambik cuti 3 hari sbb saya nak masuk sekolah ni.

8.30pg abah pegi ambik ummi kat sekolah ummi. ummi cakap kat cikgu dia, dia nak time-off sbb nak hantar saya masuk sekolah. sampai sekolah saya tgk kawan2 saya dah beratur. saya pun beratur sama. ada ustazah tu cakap apa2 ntah kat depan, mcm ummi membebel aje bunyiknya. afiff cuma sibuk tgk beg sekolah kawan2. ada ultraman, ada superman, ada batman. beg afiff ultraman, warna biru.

afiff masuk kelas cikgu gee. ummi pesan kat cikgu gee saya ni nakal sikit tak mcm abang saya ariff tu. cikgu gee angguk aje, lepas tu ummi cakap saya baru belajar tak pakai pampers, kadang2 terkucil. apalah ummi ni.. buat malu afiff aje benda camtu pun nak cakap cikgu..

paling best masa rehat. lepas makan biskut chipsmore dan air milo kotak kecik yg ummi bekalkan dlm beg, afiff pegi main gelongsor dan panjat2.. bestnya!!!! sbb lepas ni boleh main tiap2 hari. tak payahlah tunggu abah bawak pegi taman (yg jarang2 pun) baru nak dpt main mcm selalu..

masa rehat afiff tak nampak abah dan ummi pun? agaknya ummi dah masuk sekolah dia agaknya. abah pun takde.. (nota : abah ada tapi saja nyorok tak bagi afiff nampak..).

pukul 11.30 afiff balik. tunggu van cik ani depan masjid. abah temankan afiff.

sekian cerita hari pertama afiff masuk sekolah.

p/s utk pengetahuan kak tiqah, afiff tak nangis pun kat sekolah.

tapi...

afiff nangis masa tunngu bas kat masjid. kaki afiff termasuk kat besi longkang.. adusssss sssakitnyaaaaa... afiff jerit + nangis kuat sampai semua org tengok. lepas tu abah gosok2 kaki afiff bagi tak sakit. agaknya dia rasa bersalah lah tu sbb masa tu dia tgh sibuk bertenet guna henpon..

tenet.. tenet.. tenet...
ehh.. mcm ummi membebel plak..
:-)

1/06/2009 02:14:00 PM  
Blogger mugiwara said...

comelnye....

1/13/2009 07:10:00 PM  

Post a Comment

<< Home